Wednesday 30 April 2008

Nasi Ayam Sempoi

Hehehe ni kira entry lapok la. Sebab tak der crita best nak masukkan dlm blog. So, masukkan la crita makan2 lagi. Friday lepas papa off. apa lagi mmg ler plan nak masak2 sikit. kononnya nak buat cheese cake. tapi bahan2 macam tak complete jer. Apa lagi ajak ler papa ke Tesco. Actually ni first time ke Tesco selalu lalu jer tepi tesco untuk ke car boot Oldham. Selalu shopping groceries kat ASDA jer.

Masa nak ambik troli tu ada nampak car troly yang budak ble duduk dlm car tuh. Teringin nak bagi Iqbal try. tapi tak sure plak kena bayar ke tak. Sam pun tanya la kat penjaganya. dia ckp sure you can take it. Heheh cam jakun la plak tu pun nak tanya. Ya la kat Malaysia rasanya kena deposit bagai kan.

Si Iqbal plak masuk jer dalam car terus sengeh2. Suka la dia tuh. pastu bila Sam tarik je nak undur masuk dalam dia cam pandang pelik. Memang sah la dia nih tgh pelik dengan car yang bergerak nih. Mulut dia dok bising car car katanya. Lepas shopping groceries sikit terus ler ke the store nak beli sayur sikit and baby chicken kat kedai sebelah.

Hari nih plan nak masak nasi ayam sempoi la untuk lunch. Sempoi nyer sebab just rebus jer ayam tuh. and mas guna air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Sam tak suka nasi yang meriah ngan pelbagai rasa cam letak mentega ke minyak sapi ke. Tapi dalam air rebus ayam tuh dah campur dengan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang dah.

Ayam plak just sapu kicap, sos tiram and madu sikit then bakar tak sempat nak marinate lama. pastu blend cili besar ngan bawang putih and sikit jus limau. dah siap. Sam balik sembahyang jumaat duduk kejap dah ble makan. Ini la dia nasi ayam sempoi for our lunch.

Petang tuh plak ym ngan Nor tanya pasal cream cheese. Alamak den salah beli ler. terbeli double cream bukan cream cheese. nasib la Sam kata nak ke ASDA cari cream cheese dah teringin nak buat cheese cake nih. So ini la hasilnya cheese cake ku yang tak menjadi nih. Tak nak paste resepi la sebab cilok dari blog En Mat Gebu. Thnx to you anyway. ni la antara gambar menu untuk hari tuh

Sunday 27 April 2008

Delivery suite & ward tour

Alhamdulillah we just came back from North Manchester General Hospital (NMGH) for labour room and ward tour. We had the appointment earlier. Nasib baik datang before they start the tour kalau lambat sikit jer sure terlepas punya. More than 10 couples join the tour and Iqbal was the youngest visitor :). Apa pun we get benefit from the tour la. dapat tengok2 delivery suite and ward dia. mintak2 when the times come both of us can handle it easily tak ler terlalu panic kan. InsyaAllah. Kat delivery suite tu mmg room dia seorang satu. so privacy la kan. but when it comes to post natal ward dah macam cram sikit. Been saperated by the curtain. Quite limited space jugak. ada single bed, baby crib (yg troli kaca for baby) & kerusi. But it is FOC. They just provide 2 luxurious rooms (which attach with bathroom, first come first serve I think) but had to pay 42 pound per night (Bole kah company tanggung nih?, kalau yer best juga. dapat privacy sikit :)). Then, we tour to neonatal ward. tempat premature baby. Alahai kesian tengok the very tiny baby. Siap nurse tuh tunjukkan yang paling kecik baby kat situ. kepala dia besar bola tenis jer, and the hand as my finger size. Diorang kat dalam incubator. Need help for breathing. Sedihnya tengok. Semoga anak2 mama nanti dapat lahir normal saiz nya, sihat tubuh badan dan selamat. Amin.





Acara makan-makan

Hmmm makan lagi but this time mama tak yah singsing tangan sebab mlm Jumaat tuh papa bawak kami sekeluarga makan kat Al-Jazeera restaurant, Rasholme. Together2 with family uncle Jukie & uncle Poeng. Plan kaum bapak. Katanya nak celebrate habis satu assignment. lagi 3 assignment menunggu....;) Apa pun bebudak ler paling excited dapat jumpa2 kawan sebab dah agak lama Iqbal tak jumpa peer group dia. Hehehe. Siap ble berkenalan lagi si Iqbal ngan anak orang Pakistan meja sebelah.

Papa order kabile pillow (nasi yang di masak dengan kambing tuh) and seekor baby chicken roasted and ada gravy dan salad. Minum plak mint tea (memang kena ngan juadah hari nih). Meh ler kita layan gambar-gambar nih yer.

Mama yang dah ready nak gi Rasholme. Hero kecik kat belakang.

Adik Diyah action ngan air tin...Dah besar dia. asyik dok jeling kat uncle Sam.


Sementara tunggu makanan sampai.

Iqbal pun nak jugak air tin nih. Sabar cik abang kecik nih menunggu mama tuang air dalam sippy cup dia.


Order nasi satu jer share 2 orang. portion nasi dia mmg banyak.

Dah abih makan baru nak pose ramai2. Eh mana Iqbal?


Ibal di sini mama....

Heaton Park site visit

Tajuk macam keja kat Minconsult plak (comp lama mama). Rabu lepas papa balik agak awal dari uni, pastu ajak mama gi Woo Sang kat town. Actually mama ada pesan papa beli durian tadi (mama penah nampak durian kat sini last time). Papa kata tak nak ler beli before balik tadi sebab naik bas. nanti berbau. Ok la mama pun plan ler nak ke Heaton Park sekali. Apa kan daya impian tak kesampaian tak der durian hari nih. Mama sempat grab barang2 perlu and dry coconut untuk buat kerisik. Papa and Iqbal tengah tunggu kat dalam car sebab no parking plak. Mama beli kan jugak lollipop strawberry kegemaran Iqbal, mama & papa pun sorang satu. Suka dia sengeh2 dapat lollipop.

Lepas jer shopping groceries sikit kat Woo Sang terus ler ke Heaton Park. Dah lama teringin nak datang sini tapi weather tak mengizinkan. Sekarang nih mmg sesuai la kalu nak picnic kat sini pun. Kira ni first visit tengok site la yer. Ble ajak family Nor and family Shida picnic sini nanti yer. Luas plak park nih. Lelah jugak ler jalan ke sini. Sesekali jalan nih bagus ler jugak untuk ibu mengandung kan.
Kitorang tak explore habis pun sebab dah dekat kul 8 lebih. Park tutup pukul 8.45pm. yang tak bestnye dorang nih (mat saleh) suka sangat lepas doggie2 tuh riadah kat park nih. Ada tuh yg datang dekat dengan Iqbal sebab Iqbal pun panggil juga dog tuh. Geram mama. I kan fobia dengan dog (sebab penah kena kejar ngan 5 ekor anjing liar kat uni dulu). Takut la mama sampai sekarang. Hmmm lepas nih mmg kena jalan sini bawak payung cheti la. ble rasa aman skit jalan kat sini. Ahaks.
Posted by Picasa

Thursday 24 April 2008

Kuih keria kegemaran papa

Tajuk pun dah tau entry for this time cakap pasal makan lagi.....

Last Monday, papa balik school macam lapar jer terus dia cari chocolate biskut dia. Kesian papa Mama plak tak masak dah tak larat sangat hari nih. goreng bihun jer pagi tadi. Pastu pagi tuh ada sembang nagn angah pasal projek keledek. angah pun ada stock keledek kat rumah dia dah masuk 2 minggu beli dok terperap la nampak gayanya. Sama la ngan acik dia di sini.

Pastu terpikir nak buat kuih keria jugak la sat. Sebab kesian tengok papa kelaparan (papa ni mmg susah nak beli makan luar. Dia kata makan luar tak sedap) tapi dia tak hingat tukang masak dia ni tgh mood swing. kalau larat boleh la masak bagai. kalau tak larat mau makan maggie ja kat rumah ya.

Apa mama pun start la project keria plak kat dapur kecik tuh. Siap cari gak resepi kat internet dapat la. Nampak cam comel ja gambar kuih keria tuh. mama bukan apa dulu penah try buat sekali result sungguh mengecewakan doh jadi sangat la lembik rupanya keledek tuh direbus ngan air yang terlalu banyak. dia tak mo cam tuh. kali ni belajaq kat internet and hasilnya sungguh menggembirakan daku. Hehehe

Ni la resepi mama paste kan kat sini. Yer la senang kalu nak buat reference kemudian hari. Resepi dari Blog En. Ah Mat Gebu. Thx you.


Bahan-Bahannya :-)

600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-) (betui2 paste dari blog)
  1. Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan, cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam loyang. Buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
  4. Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.
  5. Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan gula seperti gambar diatas...selamat mencuba!!
Doh yang dah siap di bentuk.

Kuih keria yang dah siap digoreng kekuningan.

tengah menggoreng kuih keria papa plak dapat sms dari kawan dia cakap ada jemputan bacaan tahlil kat rumah saudara Malaysian kat Cheetam. Alamak mama kena la buat keja sepantas kilat sebab nak jugak bagi papa rasa kuih favorite dia ni sebelum dia keluaq. Pastu papa jemput jugak la yang dah siap digoreng tapi tak complete ngan gula lagi. mama cakap jugak tunggu la sat sebab dah nak siap dah gula tuh. papa pun bersiap pakai baju melayu purple dia. Iqbal plak tegur papa pakai baju bak bak (baju orang main kompang katanya. Dia pun nak pakai jugak. nasib la mama tak sempat nak layan dia pun lupa la. Siap semua sempat la papa pekena 2 ketul kuih keria kegemaran dia sebelum bertolak ke Cheetam. Balik dari majlis tahlil dia sambung makan sampai licin. Hehehe.....

Friday 18 April 2008

Lunch Masakan Kampung

Ni cerita hari minggu lepas. Ahad pagi tuh kami ke Openshaw market. Hajat hati nak cari kain cotton yang Syikin, bestfriend mama pesan tuh. Sambil tuh nak ler cari sleeping mat for twins and plastic lapik meja. (Almaklumler orang jauh nak datang). Dulu masa first time datang mama pernah nampak suma tuh ada jual kat sini. This time tak der plak. Kechiwa jugak la. At last I got my new jumpers. Hehehe. Murah jer 5 pound. ble buat pakai gi spital nanti. hehehe.

Balik dengan hati yanga agak keciwa, mama pun decide la nak masak2 special sikit hari nih. Best jugak sebab semua bahan memasak mmg ada cukup. mula la start project kat dapur sempit tuh. Start dengan siang ikan. Ha ayam plak papa yang tolong siangkan. Papa pun dah rajin menolong mama di dapur sekarang. Dah bole siang ikan and ayam ler. Untuk jadi chef belum ler lagi. :)

So, ini la juadah tengah hari for that day lah. Ada ikan bakar Lenggong, Ayam goreng gajus Mantin, Ulam bendi dan terung rebus dan yang best ada air asam mama. (Nama2 resepi diberi sempena teringat makan lauk2 tuh kat sana. Hehehe)

Ikan Bakar Lenggong:
1 ekor ikan sea bass (siang dan bersihkan)

Sambal
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili kering
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.

Semua bahan dikisar dan di tumis dah masak sambal sapukan pada ikan. Lapik alluminium foil ada daun pisang lagi best nih, letak sambal sikit dulu then letak ikan. pastu sapu sambal pada keseluruhan ikan. Bakar dalam oven jer nih. Dah masak cicah ngan air asam.

Ayam goreng gajus Mantin

2 ketul dada ayam ( potong dadu)
1 sudu besar tepung jagung
gula
garam
semua bahan di atas digaul bersama
gajus di goreng dengan minyak hingga kekuningan angkat dan asingkan.
goreng bahan gaul hingga masak angkat dan toskan

tinggal 2/3 sudu minyak dalam kuali gorengkan bawang besar, bawang putih (cincang), masukkan sos tiram dan sedikit air. dah agak pekat masukkan ayam dan gajus tadi. dah siap.

Wednesday 16 April 2008

Breakfast di Sekolah Malaysia Manchester

Saturday always the day yang mama tunggu2 because Saturday mama tak payah prepared breakfast. We will having breakfast at Abraham Moss High School sebab setiap Sabtu ada jual-jual masakan Malaysia and ada kelas Bahasa untuk anak2 perantau kat sini. Bagus kan. Semoga usaha murni ini akan diteruskan forever :)

Iqbal dah siap nak gi breakfast. pagi bangun terus mandi.

Actually dah lama mama nak snap pictures kat Sekolah ni tapi asyik lupa jer lepas nampak nasi lemak ngan byk lagi makanan lain la. But last Saturday mama mmg sempat jugak minta papa tolong snap gambar kitorang masa breakfast kat sana.

Our menu for today's breakfast nasi lemak daun pisang Pak Awie, lemang Kerteh ngan rendang ayam (sedap la rendang ayam tuh) dan soto ayam dari Kak Mas sefamily. Eh one more mama perasan papa suka makan pulut lemang. Before this he is not into pulut2 nih. Ni mesti dah terikut selera mama nih. Mama ni lain ler berdarah Siam tau. hehehe. Papa lak berdarah Bugis.... So Iqbal berdarah apa?.....Darah A+ la jawabnya. hehehe. Terubat la dapat makan makanan Malaysia dah plak dikelilingi oleh orang Malaysia (biarpun den tak konal suma). Den kenal family Nor jer. Hehehe tak berkesempatan la nak bersosial ngan yang lain.

mama tengah nak suap kan soto kat Iqbal. Iqbal mmg suka la soto nih.

Nak makan and nak main sama banyak yer Iqbal. Tak sempat tunggu Azim makan nak ajak main la tuh.


Nor and co.

Mama tukar tempat la. Senang nak suap Iqbal. Belakang tuh gerai nasi beriani. ada mcm2 lauk tau.

Depan2 tuh la gerai makanan.

Hari nih nampak nya ramai gak yang bukak gerai makanan ada mee rebus, nasi lemak sambal sotong, nasi berlauk, nasi beriani, lauk yang pelbagai, nasi dagang lontong. Mcm2 lagi la.

Dah kenyang suma kami pun berangkat pulang ke rumah tapi sempat singgah kat the store beli groceries sikit stock kat rumah banyak dah abih.

Cepat-cepat shopping sebab papa kena pi school plak lepas nih ada discussion rupanya.

Sampai rumah Iqbal dok pujuk papa nak main PSP papa. Budak bertuah betul suka main toys yang advance. His own toy dia tinggal ketepi. Anak papa nih.....



Sunday 13 April 2008

perjalanan tak dirancang

Lihat tajuk pun dah tahu kan.....hehehe last friday, papa was on leave. So, he keep on asking me where to go today? I just said stay at home lah. I don't know where is the exciting places at this area because papa just want to go somewhere here only.

After our heavy breakfast, nasi goreng belacan papa said siap ler, then he know where to go. Mama pun siap ngan cepat sekali at last he keep asking the same question mana nak pegi nih? Geram geram deh. tadi cakap dah tau mana nak pegi. Dia cakap tau pegi TESCO la. ok la TESCO pun tak pe la after lil' bit angin with the question. :(

Actually masa papa keep on asking the same question mana nak pegi mama ada ckp mana mama tau kat sini. mama tau leed & sheffield jer la. pastu dlm car papa kata jom kita gi Sheffield. So ke Sheffield ler kita hari nih.Scenery valley along the way ke Sheffield

At first our journey was so boring yer la asyik jammed jer and jalan kejap traffic light. At last we are welcome with really nice scenery at the hilly area tuh. Kalau I have the good camera everyone will enjoyed the scenery jugak tau. apa kan daya camera comel ku itu tak cukup power. But we still snap a few pictures along the way.
Wow! Ada jeram. Contoh fractured kat area sini.
Iqbal baru bangun tido terus nak join mama & papa menikmati keindahan alam.

Dah sampai Sheffield our first destination was Sheffield FC. Yer la kita kena la ngikut driver nyer kan. nanti cakap banyak kena tinggal (sanggup ker papa tinggal mama kat sini?) Dah shopping sikit merchandise and possing kami pun balik... (papa nak jer cepat balik sebab petang nanti dia ada activity pembolaan.)

Papa & Iqbal possing. Wall full with the players name.


Lepas shopping sikit.


Sheffield United FC.


Tuesday 8 April 2008

Steamboat Perantau

Oh happy rasa bila yang diidamkan kesampaian. Nak tahu a few days back mama really nak makan steamboat. tapi sekarang bukan kat KL. Kalau kat KL ble ajak papa ke Johny's Restauran atau Kelana Seafood. but kat sini mana nak cari steamboat kan. So, lepas surf kat internet resepi steamboat, mama bertekad wanna try. Yesterday, papa came back quite early from school, he plan to shop our groceries kat the store jer, but mama asked him to shop at Wing Yip Supermarket. Nak juga cari bahan for steamboat. But then, bahan still tak cukup ler. Ok papa ajak ke another chinese supemarket yg mama tak hingat namanya. Beli la mushroom yang mama cari2 tuh. Then headed to ASDA as usual our groceries hunt bermula kat sini. Dari plan beli dua tiga barang jer end up penuh satu troli jugak. Hmmm. Semua nya barang keperluan so tak la rasa membazir pun.

Sampai rumah dah pukul 8 mlm. Kemas barang shoppingan then maghrib kejap terus start my steamboat project. Very simple. Papa kata marvelous sangat. ntah ler kalau orang lain makan kan. Both of us really enjoyed it. Iqbal macam biasa makan dah last2 masa asyik tengok Ratatoiui.

Bahan-bahan mentah untuk steamboat simple jer sebab itu jer yang jumpa kat sini. Ahaks ada udang (produk of Malaysia tau), telur burung puyuh, fish ball, sosej ayam. Rendam bihun untuk makan sama nanti.

Sayur sawi, baby mushroom, mushroom panjang2, tauhu kering.

Sos pulak mula tuh ingat beli Thai sos rupanya that is chili sos biasa, so I managed to prepare sendiri sos steamboat tu (4 biji cili merah, 3 sudu besar gula, 2 ulas bawang putih, 1 sudu teh cuka makan & 2 sudu cili sos) masak sampai pekat. Dah siap

Untuk kuah nya plak I just used kuah tomyam. Very simple guna rebus air dan separuh kiub ayam maggie, Then masukkan 1 paket paste tomyam ADABI, campur 1 batang serai, seketul lengkuas dan bawang besar potong baji. Nak tambah lagi rasa tomyam I add 1 tablespoon Nona tomyam paste juga. then garam secukup rasa. Dah siap.

Dah ready semua sediakan rice cooker (konon jadi steamboat nye cooker la) tu pasal nama steamboat perantau. Masuk la kuah tomyam tuh sikit dulu untuk session tuh. then tambahler kemuadian. Memang makan sampai tak hingat.

Taraa....ini la hasilnya steamboat perantau tuh.




Nak crita lagi last Sunday we went to Trafford Centre. hajat memang ler nak shopping lagi sikit barang twins, tapi cam mahal jer la barang2 kat sini. So, mama just bought a pair of jumpers for the twins from Boots. Then jalan2 kejap and balik. Rupanya kat luar tgh hujan snow lagi. patut ler sejuk semacam.

Ni gambar2 mama kat dalam Trafford Centre.

Iqbal yang dah lena lepas buat perangai tak nak duduk dlm stroller nak bebas.

Thursday 3 April 2008

Mari Belajar membuat karipap

Hi....
Macam cikgu plak wanna teach other masak2 nih. Tak der actually I am so excited because after 3 times trial, baru jadi karipap nih. Most of Malaysian know how to prepare karipap kan. But I still wanna paste the recipe here for my reference later on.

Yesterday masa Iqbal nap, I started the karipap project nih. Terasa nak makan karipap la plak. Tengah nak isi inti tu hero mama bangun la plak. Dia pun mintak nak tolong sama. kena la bagi sikit tepung kat Iqbal nih. siap nak letak inti sama. Aik tak bole itu macam yer.

Ok la ini la hasilnya. Taraa. Karipap kentang dari mama. Minggu ni papa tak der pegi field trip ke Wales, kalau karipap dah abih mama promise papa balik nanti mama buat lagi yer. Sebab dah pandai buat karipap seronot la plak.

Sebelum digoreng

Ready to eat

Ni ler recipe nye:

Kulit karipap:
300g tepung gandum
75g butter/margerin (I used butter)
sedikit garam dan air

Caranya:
1) Gaul butter, garam dan tepung dengan hujung jari
2) Setelah sebati, masukkan air sedikit semi sedikit
3) Uli sampai tepung tak melekat pada tangan.

Inti:
4 biji kentang - dipotong dadu
1 labu bawang besar - cincang halus
1 biji bawang putih - cincang halus
segenggam udang kering - rendam dan blend
2 sudu besar serbuk kari daging
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air

Caranya:
1) Panaskan minyak
2) Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu
3) Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau sampai serbuk kari pecah minyak
4) Masukkan udang kering masak sedikit
5) Masukkan kentang, air, garam dan gula secukup rasa

Semua dah siap bolehlah mula kerja rolling kulit karipap dan isi intinya. tak pandai ler nak kelim ngan tangan so guna acuan karipap jer la (MIL ku hantar hari tuh...hehehe)

Siap jer Iqbal dok mintak nak karipap terus ler goreng dengan minyak yang tak terlalu panas, sbb kalau panas sangat nanti kulit karipap jadi menggelembung. Pesanan from my friend Aiza, masa sekolah dulu mak dia jual karipap so dia mmg pakar karipap ler.