Wednesday 17 September 2008

Cerita Berbuka Puasa lagi....

Ni kisahnya berbuka puasa minggu lepas jugak. tak sempat ler nak update everyday. Packing tak abih lagi. Esok barang dah nak angkut masuk kontena. Busy busy busy ler....

Memandangkan tak der pun celebrate birthday me last Tuesday tuh, Sam ajak la berbuka kat luar. Tapi hujan pulak kat luar tuh, so at last dah pukul 7pm hari Jumaat tuh kami ke Lahori Kebabish la utk Iftar. Tinggal satu jer lagi meja kat situ. Punya ramai orang siap ada yang tak dapat meja. Nasib baik cepat sikit.

We order nasi beriani ayam, lamb chop, chicken masala n kuih ala2 cucuq vege la. Nasi beriani order satu portion jer, tuh pun punya la banyak. At last tapau jugak bawak balik rumah.

Juadah untuk hari ini belum complete nih.

Dah complete set. all the main dishes yer. starter just buah kurma la.

Jom makan. Iqbal baru bangun tidor masa nih. Adik pulak dalam car seat atas meja tuh masih tido.


The next day we had majlis berbuka puasa MCCH. Majlis berlangsung di Cheetham Hill community school. Ramai la warga lama dan baru hadir untuk majlis tu. Seronok dapat jumpa ramai orang and food memang ter'angkat' sungguh. Ada kari kambing, ayam masak kicap, sayur taugeh dan specialnya ada sambal belacan la. Memang walla. Tapi biasa la bila dah ramai nih tak der la dapat concentrate menikmati makanan tuh sangat sebab asyik sembang jer banyak. And that day baby Mika muntah lagi. Abih basah baju dia, me pulak tak bawak baju spare hari ni, so kena la cepat2 makan and balik. tu yang tak sempat nak snap gambar tuh.

Rezeki bulan puasa nih memang murah sungguh. Hari Ahad ada pulak jemputan berbuka kat rumah jiran kami Auntie Nofri, Uncle Nizam & Maisarah. Yang bestnya boleh pulak papa lupa. So mama dah masak semua dah simple2 jer la. Masa nak hidang food Nizam call hah mula la kelam kabut bersiap. Ok la rumah dorang turun tangga flat kami nih jer. Seronok la Iqbal main lagi dengan Azim sbb Family Uncle Jukie pun join sama. Maisarah yang tengah demam pun join main jugak.

Wa makanan selera kampung kali ni sungguh terangkat. Complete dishes plak tuh. From starter and end with dessert. Balik ada lagi bekal kek coklat kukus. Main dishes hari tu ayam masak lemak cilipadi, ikan goreng, sambal ikan bilis. Terima kasih yer Nofri & Pakku.

Ni la tuan rumah. Nofri, Nizam & Tengku Maisarah

Juadah hari ini. Jom kita makan.

Tetamu yang hadir. Baby Mika tengah nak tido tuh

Family Uncle Jukie.

Ni pulak cerita hari Isnin. Awal lagi dapat call dari Dr Nurul jemputan berbuka puasa kat rumah dia. Macam biasa la 'besar tapak tangan, stadium Old Trafford kami tadahkan'. Jemputan disambut dengan senyuman mama sebabnya dapat cuti masak lagi hari ni. Kali ni Kak Nurul hidangkan nasi minyak with kari daging, ayam masak apa yer kuzi ke?sedap sangat, kerabu vege ada green apple dan mix fruits. Semuanya sedap. Fruits ada asam lagi. Bole try kat Mesia nanti nih. :). Terima kasih banyak la yer Auntie Nurul & Uncle Jupri.

Mula kan dengan bismillah.....sudahi dengan alhamdulillah............

Semalam pula jemputan berbuka dari keluarga Fahimah & Taufiq. Tapi mama tak dapat hadir kan diri sebab kesihatan baby Mika. Pagi tuh adik ok lagi but dah petang suhu mula naik dan dah mula tak mo duduk nak mama pegang jer. Nak tido dalam pangkuan mama jer. So, Iqbal and papa jer la yang join majlis tu. But mama still dapat rasa juadah berbuka yang Auntie Fahimah bekalkan ada apam balik and kuih apam pelangi dan nasi lemak ayam goreng. Memang sedap hingga menjilat jari betul la. Terima kasih yer. tak der gambar sebab papa tak der bawa kamera pun.


p/s: Kepada semua yang sudi menjemput kami ucapkan Terima kasih banyak-banyak. Didoakan semoga Allah memurah kan lagi rezeki pada kalian. Dan semoga perkenalan kita yang singkat ini akan dapat dipanjangkan hingga di Malaysia nanti. Amin.





Saturday 13 September 2008

Buka Puasa di rumah Kak Ita.

Entry tertunda nih, al maklumler dok sibuk packing barang. Rumah ni penuh ngan kotak. Dah jadi macam stor la pulak. Ni cerita last week nih. Hari Sabtu balik dari London hari tuh. Dapat jemputan dari Kak Ita sefamily utk berbuka puasa. Seronok sangat. Iqbal la dok excited tanya ane umah eiman, mama. dah ler kami dok sesat cari maner la 'fairy lane' tuh (jgn percaya sangat itew tom tom yer. At last jumpa jugak.

Sampai jer makanan dah terhidang. dan masuk waktu pun. Juadah hari nih nasi ayam special dari Kak Ita, ada murtabak desert yg tak tahan tuh. Apa namanya yer. fruity in cream tuh. Apapun terima kasih yer Kak Ita. Kami balik ngan perut kekenyangan cam 'king kong' ler. (actually masa nak balik tuh ada cerita King Kong kat TV).


Makan time...sedap semuanya. me tengah suap desert for the day....

Kaum bapa. papa the one who snap the photo. So tak der la muka papa kat sini.

Taraa..ni la chef for the day. Kak Ita. cantik kak Ita. So sweet.

Iqbal & Eiman. Dorang main games. Iqbal tengok jer la.


Alamak keciwa jugak ler coz tak snap all the family. Kak Ita ni ada twin. So cute the twin and adik Eizan. Naper eh actually me yang malu2 lagi yer la baru nak kenal2 la katakan. heheh but gambar me and Kak Ita taken by half of the twin tuh.


p/s: Hari ni ada Majlis Berbuka MCCH, seronok lepas nih ade ke sesapa nak jemput kami berbuka. Bole we are available to this coming Saturday a. Happy sangat sebab nak gi shopping lagi nih.

Friday 12 September 2008

Ten more days to go....

Hmmm kira-kira sepuluh hari lagi tinggal kami di bumi Manchester.
We are going back for good soon.
Hooray miss Malaysia so much.
Miss my home
Home sweet home
Apa dah jadi ngan istana kami di BTP???
Huh pastinya tanaman aku kering dan mati...
huk huk huk
now to do packing packing packing
Lotih den

Tuesday 9 September 2008

It's the day called birth day

glitter-graphics.com

Today is my birthday. yang ke-28. no more sweet sweet already. Dah beranak 2 dah pun. Happy Birthday to me. Semoga tambahnya usia akan lebih mematang kan diri ini dan menjadikan diri ini lebih tabah dan sabar menghadapi ujian Illahi. Amin

Katanya mereka yang lahir di bulan ini........

  1. sangat besopan santun dan betolak ansur
  2. sangat cermat, teliti, dan teratur
  3. suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  4. pendiam tetapi pandai bercakap
  5. sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
  6. sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  7. sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  8. banyak berfikir
  9. daya penakakulan yang baik
  10. otak bijak dan mudah belajar
  11. suka mencari maklumat
  12. mengawal diri dari selalu mengkritik
  13. pandai mendorong diri sendiri
  14. mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  15. sukakan sukan, hiburan, dan melancong
  16. kurang menunjukkan perasaan
  17. lama menyimpan jika terluka hati
  18. terlalu memilih pasangan
  19. sukakan benda yang luas
  20. bersistematik

But all this just interpretation by Motivator Dr Fadhilah Kamsah.

Apa kata mereka yang dekat dengan ku???? (papa?? you know me better)

Apa pun ku doakan agar dapat diri ini menjalankan tanggungjawap sebagai seorang:

Muslim, isteri, mama, anak, adik, kakak, pekerja and etc la.....


Amin




Monday 8 September 2008

Journey to London

We'd arrived Manchester safely on Friday evening. Alhamdulillah. Sampai rumah jer dah around pukul 8.00mlm. Iftar time already. Sempat tapau makanan dari Lahori Kebabish kat depan tuh. Itupun dah kira lambat sebab queue panjang betul la. Plan asal nak berbuka di situ jer but Iqbal plak melabor. Kena la rush back home.

Actually tujuan kami ke London sebab papa ada urgent meeting kat ofis Petronas LNG kat Exchange Tower. We sampai Marriott Hotel (West India Quay) pun dah pukul 4.00 pm. Bertolak awal jugak tapi sebab melencong ke Portmerion Stoke, Aston Villa FC dan Birmingham FC tu yang lambat sikit sampai. Check in suma and siap2 dah pukul 5.30 headed ke Exchange Tower. The meeting start at 6.00. Took taxi tapi at last jalan kaki separuh jalan sebab punya la jem sebab ada jalan under construction. Sampai jer meeting pun ber mula.

Mulanya ingat mama nak jugak join the meeting. Yer la eager to know the company news la kan, but then mana nak letak 2 heroes nih, so tunggu ler kat office sama2 dgn mommies yg lain. Iqbal macam biasa berlari sana sini macam tak cukup tanah (mmg bukan atas tanah pun) dengan his best fren Azim. Huh lotih mama ngejar nya.

Apa pun majlis berbuka ala kadar jer. Tapi alhamdulillah semua pun kenyang ler. Balik dah agak lewat jugak. Masuk bilik bersihkan anak-anak dan tidor la.

Esoknya awal pagi mama dah siap semua barang untuk check out. Plan nya nak ke Tower Bridge. Sekali train station kat Tower Bridge tu tutup, hujan plak tuh, so kami pun naik keta terus ke Wesham Stadium ler. pastu balik. On the way balik ni la traffic very bad along the way home. Geram betul driver. Mama and anak-anak ok jer sebab kami just tido kat belakang. ;)


Possing kat Aston Villa FC. Hujan masih turun, mama dalam car jer ngan Mika.


Possing kat Birmingham FC. Hujan makin lebat. Papa stop kejap jer pegi ke store nak beli gift.


Sementara tunggu kaum bapa check-in we all possing dulu la yer. Anak-anak paling aktif.


Possing-possing in the hotel room. Dah lama tak tidor hotel la katakan.


From Manchester to London with.....all here la. Bawah plak gambar Iftar


Confius traffic light. Berserabut betul.Dah nak balik pose dulu. Papa n Ibal at West Ham United.

Seronok lagi mama dapat award dari Mama 3Hz. Mama dah tepek kat award corner tuh. Terima kasih yer.

Thursday 4 September 2008

Our journey today

Huh lotih nya. This will be our second day tak bangun sahur. Asyik terbabas jer. sedar-sedar dah kul 4.25am. But our sahur end at 4.26am. Only 1 minutes left mana sempat daa.

But today we have a very urgent mission. We are going to London this morning. Mama little bit hurry arranging everything . Have to pack all the stuff (Mikhail, Iqbal, papa & mama). Huh completed everything for almost 3 hours jugak. Kelam kabutnya. Ini lah jadinya bila semua dibuat for last minit dot com nih. Yang pasti it is not our fault. Suma salah dorang. Saper? Will updates later when I am back to Manchester.

Monday 1 September 2008

Old Trafford Museum & Stadium Tour




Papa's dream comes true, when yesterday was the day. After came back from Bowlee CBS, we went to the stadium. Again. For more than 10 times already. Will be the last one for the year (mana tau ada rezeki datang lagi). With unplanned decision of course. First place just for merchandise hunting, but then papa decide for stadium tour as well.

One hour tour so meaningful (tiringful) for us. Plus got to take a lot of photos as well. Snap everywhere and me and my 2 heroes were the models of the day. After all we are so excited and the pictures as the collection for future.






Salam Ramadhan

From Stadium Tour

Assalamualaikum

Esok 1 September 2008 juga adalah 1 Ramadhan 1429H, umat Islam di Malaysia akan melaksanakan ibadah puasa. Begitu juga bagi warga Malaysia di perantauan seperti kami di Manchester. Penghulu telah umumkan pada Sabtu lepas bahawa ibadah puasa akan dijalankan hari Isnin.

Di kesempatan ini, mas,sam,iqbal dan mikhail ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Pohon maaf dan semoga ibadah puasa kita kali ini diterima dan diberkatiNya. Amin.

p/s: tak sabaq nak balik bukak posa umah mak kat kampung. InsyaAllah dapat menikmatinya hujung Ramadhan ini. :)



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!









Selamat Hari Merdeka ke-51