Wednesday 17 September 2008

Cerita Berbuka Puasa lagi....

Ni kisahnya berbuka puasa minggu lepas jugak. tak sempat ler nak update everyday. Packing tak abih lagi. Esok barang dah nak angkut masuk kontena. Busy busy busy ler....

Memandangkan tak der pun celebrate birthday me last Tuesday tuh, Sam ajak la berbuka kat luar. Tapi hujan pulak kat luar tuh, so at last dah pukul 7pm hari Jumaat tuh kami ke Lahori Kebabish la utk Iftar. Tinggal satu jer lagi meja kat situ. Punya ramai orang siap ada yang tak dapat meja. Nasib baik cepat sikit.

We order nasi beriani ayam, lamb chop, chicken masala n kuih ala2 cucuq vege la. Nasi beriani order satu portion jer, tuh pun punya la banyak. At last tapau jugak bawak balik rumah.

Juadah untuk hari ini belum complete nih.

Dah complete set. all the main dishes yer. starter just buah kurma la.

Jom makan. Iqbal baru bangun tidor masa nih. Adik pulak dalam car seat atas meja tuh masih tido.


The next day we had majlis berbuka puasa MCCH. Majlis berlangsung di Cheetham Hill community school. Ramai la warga lama dan baru hadir untuk majlis tu. Seronok dapat jumpa ramai orang and food memang ter'angkat' sungguh. Ada kari kambing, ayam masak kicap, sayur taugeh dan specialnya ada sambal belacan la. Memang walla. Tapi biasa la bila dah ramai nih tak der la dapat concentrate menikmati makanan tuh sangat sebab asyik sembang jer banyak. And that day baby Mika muntah lagi. Abih basah baju dia, me pulak tak bawak baju spare hari ni, so kena la cepat2 makan and balik. tu yang tak sempat nak snap gambar tuh.

Rezeki bulan puasa nih memang murah sungguh. Hari Ahad ada pulak jemputan berbuka kat rumah jiran kami Auntie Nofri, Uncle Nizam & Maisarah. Yang bestnya boleh pulak papa lupa. So mama dah masak semua dah simple2 jer la. Masa nak hidang food Nizam call hah mula la kelam kabut bersiap. Ok la rumah dorang turun tangga flat kami nih jer. Seronok la Iqbal main lagi dengan Azim sbb Family Uncle Jukie pun join sama. Maisarah yang tengah demam pun join main jugak.

Wa makanan selera kampung kali ni sungguh terangkat. Complete dishes plak tuh. From starter and end with dessert. Balik ada lagi bekal kek coklat kukus. Main dishes hari tu ayam masak lemak cilipadi, ikan goreng, sambal ikan bilis. Terima kasih yer Nofri & Pakku.

Ni la tuan rumah. Nofri, Nizam & Tengku Maisarah

Juadah hari ini. Jom kita makan.

Tetamu yang hadir. Baby Mika tengah nak tido tuh

Family Uncle Jukie.

Ni pulak cerita hari Isnin. Awal lagi dapat call dari Dr Nurul jemputan berbuka puasa kat rumah dia. Macam biasa la 'besar tapak tangan, stadium Old Trafford kami tadahkan'. Jemputan disambut dengan senyuman mama sebabnya dapat cuti masak lagi hari ni. Kali ni Kak Nurul hidangkan nasi minyak with kari daging, ayam masak apa yer kuzi ke?sedap sangat, kerabu vege ada green apple dan mix fruits. Semuanya sedap. Fruits ada asam lagi. Bole try kat Mesia nanti nih. :). Terima kasih banyak la yer Auntie Nurul & Uncle Jupri.

Mula kan dengan bismillah.....sudahi dengan alhamdulillah............

Semalam pula jemputan berbuka dari keluarga Fahimah & Taufiq. Tapi mama tak dapat hadir kan diri sebab kesihatan baby Mika. Pagi tuh adik ok lagi but dah petang suhu mula naik dan dah mula tak mo duduk nak mama pegang jer. Nak tido dalam pangkuan mama jer. So, Iqbal and papa jer la yang join majlis tu. But mama still dapat rasa juadah berbuka yang Auntie Fahimah bekalkan ada apam balik and kuih apam pelangi dan nasi lemak ayam goreng. Memang sedap hingga menjilat jari betul la. Terima kasih yer. tak der gambar sebab papa tak der bawa kamera pun.


p/s: Kepada semua yang sudi menjemput kami ucapkan Terima kasih banyak-banyak. Didoakan semoga Allah memurah kan lagi rezeki pada kalian. Dan semoga perkenalan kita yang singkat ini akan dapat dipanjangkan hingga di Malaysia nanti. Amin.





2 comments:

Al Khalifah said...

Keep it up ....nice stories u have here.

mAs said...

Thanks. Blog ini hanya sebuah nukilan kehidupan harian kami. Jemput datang lagi yer