Wednesday 30 April 2008

Nasi Ayam Sempoi

Hehehe ni kira entry lapok la. Sebab tak der crita best nak masukkan dlm blog. So, masukkan la crita makan2 lagi. Friday lepas papa off. apa lagi mmg ler plan nak masak2 sikit. kononnya nak buat cheese cake. tapi bahan2 macam tak complete jer. Apa lagi ajak ler papa ke Tesco. Actually ni first time ke Tesco selalu lalu jer tepi tesco untuk ke car boot Oldham. Selalu shopping groceries kat ASDA jer.

Masa nak ambik troli tu ada nampak car troly yang budak ble duduk dlm car tuh. Teringin nak bagi Iqbal try. tapi tak sure plak kena bayar ke tak. Sam pun tanya la kat penjaganya. dia ckp sure you can take it. Heheh cam jakun la plak tu pun nak tanya. Ya la kat Malaysia rasanya kena deposit bagai kan.

Si Iqbal plak masuk jer dalam car terus sengeh2. Suka la dia tuh. pastu bila Sam tarik je nak undur masuk dalam dia cam pandang pelik. Memang sah la dia nih tgh pelik dengan car yang bergerak nih. Mulut dia dok bising car car katanya. Lepas shopping groceries sikit terus ler ke the store nak beli sayur sikit and baby chicken kat kedai sebelah.

Hari nih plan nak masak nasi ayam sempoi la untuk lunch. Sempoi nyer sebab just rebus jer ayam tuh. and mas guna air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Sam tak suka nasi yang meriah ngan pelbagai rasa cam letak mentega ke minyak sapi ke. Tapi dalam air rebus ayam tuh dah campur dengan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang dah.

Ayam plak just sapu kicap, sos tiram and madu sikit then bakar tak sempat nak marinate lama. pastu blend cili besar ngan bawang putih and sikit jus limau. dah siap. Sam balik sembahyang jumaat duduk kejap dah ble makan. Ini la dia nasi ayam sempoi for our lunch.

Petang tuh plak ym ngan Nor tanya pasal cream cheese. Alamak den salah beli ler. terbeli double cream bukan cream cheese. nasib la Sam kata nak ke ASDA cari cream cheese dah teringin nak buat cheese cake nih. So ini la hasilnya cheese cake ku yang tak menjadi nih. Tak nak paste resepi la sebab cilok dari blog En Mat Gebu. Thnx to you anyway. ni la antara gambar menu untuk hari tuh

No comments: