Monday, 30 June 2008

Toy Baru Papa


Last entry mama ada mention pasal papa's new toy kan. Actually bukan toy pun just to update here papa tukaq his new used car dari Renault Megane kepada Honda Odyssey. Yerla family member dah bertambah. Lagi pun mak tok ngan abah nak sampai tengah bulan Julai nih. Pastu plan nak jalan-jalan during summer lagi. Ha kena la big car. Baru selesa.

Tapi seriously memang selesa sungguh la dapat naik car nih. Actually mama ada try naik masa papa lepas cuci hari tuh. tak gerak mana pun just tengok2 jer. Ada ke papa ajak mama ikut dia ke post office tinggal 2 hero mama ngan nenek, just nak merasa car baru. Memang tak sesuai tul papa nih.

Tapi Jumaat lepas mama ngan baby Mikhail ikut papa, along Iqbal ngan nenek naik car baru. Nak tahu ke mana? temankan papa shopping barang dapor. ke Wing Yip, ASDA dan the store. Hehehe tapi mama ngan baby Mikhail kena tinggal dalam car jer la. tak dapat lesen jejak tanah lagi. heheh bukan apa ikutkan mama memang nak redah jer. tapi kesiankan baby Mikhail la kan. Dia kecik lagi.

Pastu hari Sabtu tu plak papa ajak mama ke Mothercare nak beli barang untuk baby. Dari dalam perut dulu lagi papa dah plan bila adik keluar nak beli satu untuk adik. Apa barang tuh? Nanti mama story kat entry lain yer. Sama jugak mama mintak papa ngan nenek gi survey dulu ada tak barang tuh. kalau ada baru mama turun plak. tapi baby Mikhail tetap kat dalam car juga. This time nenek yang jaga.

Hari ni Midwife nak datang. mama tengah tunggu la nih. Tak sabar rasa nak tengok progress weight adik after one week nih kan. Hopefully you will grow healthier and bigger adik. Amin. Mama selalu bisikkan kat adik supaya adik kena strong and brave macam abang Iqbal. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama sayang.




Saturday, 28 June 2008

Parcel from Malaya

Hehehe wait almost one week. Got this from mak. Alhamdulillah dah sampai pun. Parcel from Malaya. Apa ada dalam this box? Hehehe ada ikan talang posted by mak untuk anakanda terchinta yang dalam pantang nih. Siap ada rempah kari lagi. Ada ikan bilis juga. Rempah kari ikan, daging & ikan masin. Pastu mak ada bg jintan putih and halba campoq juga sebab parcel dah declare as spices kan. Nampak nya lepas ni kak cik masuk dapuq masak kari la mak sebab mak salimah tak tau buat kari. Cheq kan org Baling pakar masak kari. Hehehe. Apapun thank you mak & family kat kampung tuh.

Actually lagi 2 minggu mak dan abah nak mai UK. wah bestnya. Tak sabaq nak makan masakan mak. Rindu la mak dan abah. :)

Iqbal's Milestone


Abang Iqbal dah masuk 2 tahun 4 bulan. Macam kanak-kanak lain Iqbal lebih suka jajan dari makanan berkhasiat macam nasi. tapi lauk fish atau chicken mmg dia suka makan jugak. Berat badan nak kata mama dah berpuas hati tuh mmg ler belum. Rasa macam nak jer offer dia makan setiap satu jam. Tapi so far ada peningkatan la. Alhamdulillah. Dan dia sangat la active dengan aksi power rangers dia tuh.

Berbahasa dengan lenggok pelatnya. Hmm nak kata dia ada masalah dengan speaking I will say tunggu dan lihat. Hopefully not. He can speak but dalam pelatnya la. Kekadang dia selalu guna bahasa power rangers juga. Mungkin anak mama sorang ini ada masalah language confuse. Sebab mama of course cakap dalam Malay, pastu TV plak dalam English. Hmmm entahlah. But so far mama ble paham apa dia kata. Bak kata pak ndak budak punya bahasa mmg la ckp telo, dah besar dia pandai la tukaq sendiri. Hmm betui ka? Mintak2 macam tuh la.

Dah ada adik nih nampak nya dia seorang yang sayang adiknya. Everyday dia akan datang kat adik mintak hug and kiss adik Mikhail. Pastu kalau mama kata nak tinggal adik mesti dia sibuk suruh bawak baby sekali. Cuma bila time dia nak bermanja ngan mama (time papa pegi school) mesti dia mintak mama letak adik dalam bilik adik nak bam katanya. Hehehe...

Kalau mintak ambik kan barang adik macam nappy adik ker mmg dah ble suruh along nih. Sama la juga ngan nappy dia sendiri. Iqbal masih pakai nappy. sebab dah berak baru dia ckp. Apa ble buat. InsyaAllah balik Malaysia ble la train betul2 kan. Kalau mintak ambik minyak olive oil adik pun dah pandai. pendek kata dah bole mintak tolong mama la. Cuma kalau mintak dia ambik seluar masalah sikit sebab dia tak ble beza seluar atau baju, mesti dia ambik baju juga. (sebenarnya dia tak pandai nak cari kat mana mama letak seluar dia sebenarnya).

Inilah sedikit sebanyak perkembangan along Iqbal. Semoga kasih sayang abang Iqbal pada adik Mikhail akan terus berpanjangan.

Petua:
  1. Kata orang nak bagi adik-beradik sentiasa rapat antara satu sama lain bagi mandi adik beradik dengan air laluan pelepah pokok pinang. Alirkan air atas pelepah tu kena pada adik beradik. Lakukan masa mandi la.
  2. Ada plak yang bg petua campurkan pusat (pusat yang gugur masa baby tu, simpan dan bersihkan) adik beradik dalam satu bekas berisi air dan kemudian bagi adik beradik tuh minum. InsyaAllah akan erat ikatan mereka. Tapi sanggup ker? Hmmmm.

Wednesday, 25 June 2008

Progress weight adik ;)

Alhamdulillah setelah 2 minggu adik Mikhail dilahirkan nampak nya progress berat adik memberangsangkan. Masa nak discharge adik keluar ward dulu weight adik drop to 2.18kg. Banyak kan more than 10%. Tapi dah balik rumah, my little sucker nih mmg ler makin naik beratnya. Syukur sangat. Semoga adik akan terus membesar dengan sihat macam abang Iqbal juga yer.Syukur Alhamdulillah juga susu cap "gantung" nih ada untuk adik ;). Rezeki buat Mikhail.

Day 1 : 2.46kg
Day 4: 2.18kg
Day 6: 2.22kg
Day 10: 2.31kg
Day 15: 2.51kg (very good said Midwife, more than his birth weight)

p/s: Papa ada toy baru. baru beli tadi. Nanti mama story OK.

Friday, 20 June 2008

Welcome to the Family

Mikhail and abang Long, suka abang Iqbal dapat hug baby Mikhail. Sayang anak-anak mama dunia akhirat. Background gambar roses papa belikan untuk mama. Romantik kan papa ni?


Muhammad Shauqi Mikhail Bin Samsul Bari dilahirkan pada 9 Jun 2008 (Monday 3.49pm), di North Manchester General Hospital. Kembar pertama mama selamat dilahirkan melalui emergency ceaserian section. Dengan berat 2.46kg. Alhamdulillah. Pengalaman kelahiran akan mama coretkan di lain kelapangan. Bila mama dah bersedia......

Tenang setenang nya bila dapat ku tatap wajah anak kecil ini. Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepadanya.




Sesungguhnya kelahiran Mikhail dinanti-nanti oleh mama, papa dan abang Iqbal. Semua persedian sudah dilakukan. Hanya doa mengiringi perjalanan mama ke hospital tengah hari itu.


Mikhail, walaupun adik kembar Mikhail tak dapat diselamatkan hari itu, tapi ketahuilah Mikhail pengubat duka hati mama. Kehadiran Mikhail menyelamatkan mama, sayang. Terus terang mama katakan mama menjadi kuat dengan adanya Mikhail di sisi mama. Sesungguhnya mama beruntung masih punya Mikhail yang perlukan kasih sayang dari mama. InsyaAllah mama dan papa akan sedaya mungkin menjalankan tanggungjawap dan amanah ini sebaiknya.


Anak mama Mikhail, sedih mama lihat anak mama dipasang drip untuk antibiotik di tangan halus mu kerana kekurangan kandungan glucose dalam darah mu. Mikhail juga terpaksa bermalam di Special Care Unit kerana suhu badan mu yang rendah. Alangkah sedihnya bila mama kenangkan keadaan anak kecil mama saat itu. Hanya papa yang menjadi penghubung antara kita sebab mama tak berdaya menjengok Mikhail di sana.


Syukur Alhamdulillah anak mama cuma semalaman sahaja di Special Care Unit. Midwife khabarkan pada mama hero mama ini menjerit mintak kan susu. Tersenyum mama dalam sakit saat itu. Anak ku, mama doakan agar Mikhail akan kuat, dan terus sihat dan membesar seperti abang Iqbal juga.



Sunday, 15 June 2008

Innalillah

Ajal maut di tangan Tuhan. Bila mana Allah telah tentukan ajal seseorang tak akan lambat walau sesaat. dan tak akan cepat walau sedetik. Begitulah juga ajal yang Tuhan telah tentukan buatmu Muhammad Shauqi (Rinduku) Mukhriz bin Samsul Bari.

Mama, papa, Abang Iqbal dan Mikhail hanya dapat mengenali "Rinduku" Mukhriz dalam rahim mama. Belum sempat kita bersua muka Allah telah mengambil kembali Mukhriz dari mama. Sesungguhnya begitu berat dugaan ini, tapi sesungguhnya jua Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Rinduku" Mukhriz, sesungguhnya mama meredhai pemergian mu anak ku. Mama redha dengan ketentuan Illahi. Masih mama ingat tiap kali kita bertemu masa scanning session, mama la ibu paling gembira saat melihat kedua-dua degup jantung anak-anak mama. Sesungguhnya mama ibu yang terpilih nak. mama bangga kerana nikmat memiliki 2 anak kembar, Allah anugerahkan buat mama dan papa.

"Rinduku" Mukhriz, walaupun kita hanya bertemu di kala jasad anak mama kaku, tapi mama tahu Mukhriz juga tahu mama sayang dan akan terus merindui Mukhriz sepanjang hayat mama. InsyaAllah kita akan bertemu di akhirat kelak. Mukhriz nanti kan mama, papa, abang Iqbal dan abang Mikhail di syurga ya.

"Rinduku" Mukhriz, Mama mohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita (di alam rahim) mama pernah menyakiti mu. Tapi percayalah mama tidak pernah berniat begitu. Maaf juga Mukhriz mama tak dapat bersama di saat akhir pengebumian Mukhriz sebab mama sakit. Mama wakilkan papa untuk sampaikan salam sayang mama buat Mukhriz. Dengan pesanan mama akan sentiasa merindui "Rinduku" Mukhriz dan semoga kita bertemu di sana nanti. Alhamdulillah papa cakap semua pesanan mama papa dah sampaikan. Syukur mama.

"Rinduku" Mukhriz, jasad mu di semadikan di Southern Cemetery, Manchester, 212 Barlow Moor Road, Chorlton Manchester M21 7GL. Alhamdulillah urusan pengebumian berjalan dengan lancar. "Rinduku" Mukhriz, walau pun kuburan mu di perantauan, mama dan papa berazam andai ada rezeki mama dan papa akan menziarah Mukhriz nanti.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua warga Malaysia Cheetam Hill, Manchester yang banyak membantu urusan pengebumian jenazah ini. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan kalian.

Monday, 9 June 2008

Doa buat mama :)

Assalamualaikum.

Ni kira my last entry InsyaAllah before mama deliver. Actually tomorrow dah kena admitted kat NMGH at 12 noon and will going to induce due to no space for the baby lagi. Esok jugak ada last check up and scanning. Based on report on Friday tu both babies in good condition and saiz pun lebih kurang sama. Tapi sonographer tuh confius sikit dengan report on Wednesday compared dengan growth report last 2 weeks nye growth result show they are bigger than last Wednesday. Mana mungkin kan. Mama rasa technical problem la sebab different sonographer yang measured. Lepas tuh they call me back on Friday to repeat the scanning. As the result I have to be induce on Monday which is tomorrow.

Alamak mak cik ni tengah takut nih......Apa pun tawakkaltoalallah.

Walaupun dah experienced induced masa Iqbal dulu tu la yang lagi menakutkan daku. sebabnya sakit ooo. At last kena request Epidural. But this time wallahuaalam. Mintak2 Tuhan permudahkan hambanya ini. Amin

Kepada sesiapa yang pernah baca blog nih atau penah singgah, saya nak ambik kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andai penah mengguris perasaan kalian semua secara langsung atau tidak langsung.

Especially to my hubby Samsul Bari, sorry dan ampunkan Mas yer bang sebab selalu sangat moody tak tentu pasal, dan abang tetap memahami situasi Mas dengan terus melayan kerenah Mas nih. dan juga anak mama Muhammad Shafique Iqbal mama mintak maaf andai mama selalu angin ngan Iqbal sebab Iqbal tak dengar cakap mama. But you still a very good boy to me. cuma mama yang kekadang tak boleh control amarah ini. Sorry darling.

Hmm barang2 nak bawak ke spital tak packing habis lagi. Macam nak gi bercuti plak rasa tapi kali ni bukan bawak baju jalan tapi banyak bawak baju tido la. Nasib tak der bawak baju kelawar ke sini dulu kalau tak harus ku bawak bersama.

Doakan keselamatan mama dan kembar. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran kembar yang sihat dan sempurna. Amin. Adusss mama masih takut jugak nih..........

Semoga ketemu lagi di lain entry. Bye


Thursday, 5 June 2008

Family Day MCCH-31 May 2008

Ha ni cerita Sabtu lepas, kami join Family day MCCH kat padang Cardinal. Meriah dapat berjumpa dengan Malaysian sekampung Bukit Cheetam. Siap ada pasang khemah lagi. Cuaca pun memang nampak cantik sangat. Mama sempat masak pasta goreng pagi tadi untuk pot luck breakfast. Lunch pulak provided.

Ketibaan Iqbal & Family di padang Cardinal. Papa tolong bawak lucky draw.

Apa-apa pun kita makan dulu. Ni juadah pot luck. Iqbal selera makan nasi goreng cina.

Mama, nenek & family Dr Asmah. Tengah breakfast tuh.

Biasa la mama nih dah lama rasanya tak bersosial, malu-malu la jugak sebab rasa macam tak der orang yang akan kenal mama kan. Lagi2 pulak sejak dah saiz triple XL nih. Rupa-rupanya ada lagi yang masih ingatkan daku ini. Saja la nak bawak nenek jumpa ngan komuniti Malaysia di Manchester nih. Awal sampai jumpa ngan Kak Onie (wife penghulu) dia kata la dah lain tak perasan pun dulu. yerla dulu mana nampak sebab dalam jacket tebal jer sekarang nih dah macam sarung nangka dah tak buleh nak sorok kan lagi. heheheh rezeki....

Bersama komuniti Malaysian yang lain. Kaum ibu especially.

Acara sukaneka dimulakan. Iqbal bebas berlari di padang ini. Siap guling-guling lagi.

Lepas tuh jumpa ngan Asmah, sembang2 dengan dia rupanya dia pun dah pindah rumah lain. lepas tuh mula la makin ramai yang bertegur sapa. Then, Nor & co pun sampai.
Nor & anak2 dah sampai. Iqbal tunggu nak main dengan Azim.

Acara sukaneka pun dimulakan. Dimulakan dengan acara kanak-kanak, pastu remaja, budak bawah 4 tahun, kaum bapa dan kaum ibu. Memang sungguh meriah. Yang best nya Iqbal pun join acara untuk 4 tahun ke bawah tuh. iaitu acara pakai baju sendiri. Tapi Iqbal mengelat sebab uncle Jukie ngan papa yang tolong pakaikan baju dia. Hehhehe. Belum start lagi dia dah bising go!go!go!.
Iqbal ngelat yer.....

Papa pulak masuk acara bowling padang menggunakan bola ragbi. Heheh tak jatuh pun pin tuh. Tapi pasukan papa dapat tempat kedua. Ok la tuh papa.

Aksi seorang pro. Gaya mesti ada, tapi botol tak jatuh da....

Lepas tuh acara makan2 tengahari la pulak.
Menu tengahari curry kambing, ayam goreng, salad & buah-buahan.

Lollipop tak dapat dipisahkan dengan Iqbal nih tau.

Lepas lunch ada sambung acara sukaneka lagi. Pastu ada lucky draw. Ha papa ada sumbangkan hadiah untuk lucky draw nih. Mama yang balutkan hadiah tuh. Ok la untuk memeriahkan suasana majlis. Dah settle semua penyampaian hadiah kami pun balik. Iqbal dapat la goodie bag. Ada lollipop, milky bar & chocolate sikit.

Si budak tembam dengan buah favoritenya. Heheheh

Dua sekawan dengan dunia power rangers mereka. Yah yah. Iqbal dok bodek Azim nak main power rangers Azim. Hehehehe






Jom Jalan ke Taman

Ni pun kisah lama, cerita pada 29 May 08, Khamis lepas. Papa ajak shopping groceries kat ASDA, lepas jer shopping kami terus ke Heaton Park sebab dah janji ngan hero kecik nak bawak dia main ball kat taman. On da way ke taman macam biasa hero kecik nih tido plak. but kali nih kami tetap teruskan perjalanan sebab mmg nak bawak nenek gi jalan ke Heaton Park jugak.

Rupanya sekarang tengah ada fun fair kat Heaton Park nih. Ada la orang yang main tapi tak ramai sangat mungkin sebab hari kerja ajaknya. Iqbal pulak dengar jer muzik kuat dari fun fair tuh terus terjaga and tersenyum. Excited la tuh. Mama mintak papa bagi Iqbal main car pusing2 tuh, tapi papa kata nanti Iqbal takut pulak. At last kami jalan sampai playground. Oh playground penuh dengan budak2 la pulak, so tak dapat ler Iqbal nak naik kuda kayu lagi hari nih. Ha kat animal park tuh dah tak der horse lagi. Dah ditukar dengan donkey pulak. ada la beberapa ekor donkey.

Dah malas nak ambik gambar sangat sebab mama dah penat jalan rasa nak cari kerusi jer masa tuh. Lepas tuh kami ke area padang dekat ngan fun fair tuh sebab dah plan asal nak main ball. mama apa lagi cari tempat landing kat atas rumput tuh sambil makan buah limau yang mama bawak bekal tuh. Sekejap jer layan Iqbal main ball pastu kami pun balik. Mama dah penat da....

Tuesday, 3 June 2008

Monday Bank Holiday

Last Monday 26 May 08 was bank holiday in UK. We did not planned to go anywhere in the morning then at the afternoon dah mula rasa boring sesangat, then papa ajak jalan2 at Picadilly. Ok la kan since mama pun ada a few things to buy kat Primark tuh. Papa park the car kat Arndale then kami jalan ke Primark. Orang punya la ramai, but baru jer start nak shopping si hero kecik Iqbal dah sleep dalam stroller itu. Lega mama ble la merayau sakan lagi.

Mama beli baju tido sepasang yang strechable, robe dah lama cari nih, pakaian dalam dan sliper 1 pound. Semua barang untuk persiapan bercuti di North Manchester General Hospital nanti. Hehehe.

Nenek pun ada shopping baju jugak. Then we went to TK Maxx. Mama tak plan nak beli apa 2 pun kat sini tapi sekali ternampak jumper (yer ke nama dia jumper) yang mmg ku cari selama ini. sesuai plak. Nenek pun kata cantik. So mama beli la. Nenek pun ada beli blouse kat sini. cantik. Papa pulak gi beli PSP game Transformers kat entertainment shop.

On the way balik ke car Iqbal baru bangun. Siap menggigil kesejukan rupanya pastu dia cakap dia takut naik lift yang glass kat Arndale mall tuh. Kesian anak mama. Sampai jer area rumah dah bising 'Ibal tak nak alik umah, Ibal nak gi alan2 aje'. Faham tak? :)

Posing kat depan Primark lepas shopping hehehe. Tengah2 jalan pun dah tak heran.

Iqbal yang lena tidur tak sedar dah habis shopping kat Primark tuh. Lepas nih ke Arndale pulak ke TK Maxx.

Iqbal bergaya dengan jersey England papa baru beli kat Sport Centre Outlet.

Aksi Iqbal lagi. Macam nak kick ball jer.

Eh! at last main game. Ingatkan main football pakai jersey bukan main lagi. Apa la....







Farewell Lunch & Boys Day Out

Entry ni papa yang rela hati nak tulis.... :)

Sebelum kami start research project, kami bebudak malaysia dah plan dgn bebudak Libya utk mkn tgh hari. Plannye makan tgh hari rumah bebudak Libya tapi start mkn pukul 3 ptg. Sebabnye masakan Libya lama plak nak masak. Lapar gak. Masakan tu ada la 2-3 jam nak siap. Diaorang plak mula masak kul 11 tgh hari. So, kitaorang bersembang je sampai makanan siap. Makanan memang sedap. Pandai bebudak Libya ni masak. Kenyang kitaorang. Cara diaorang mkn kali ni ala ala makan dulang. So, kitaorang dok keliling makanan and makan ramai ramai.


Nasi 'Mashi' nasi dimasak dalam Pepper n dicampur dgn daging cincang and rmpah. Pedas sikit.


Nasi minyak. Ayam direbus dulu dgn rempah kemudian beras dicampurkan.


Semua makan dihidangkan sekali bersama salad and fries.


Bebudak Libya bersama Hafizan and Jukie.


Iqbal and Azim menikmati juadah sambil tgk cartoon.


Lepak dulu sebelum makanan siap.

Lepak lagi sambil tunggu makanan siap.

Gelagat Iqbal and Azim.


Iqbal and Azim dikelilingi uncle.


Papa Iqbal Sam and ayah Azim Jukie.

Shopping di Cheshire Oaks Designer Outlet

Ni kira entry lama baru nak update sebab mama dah tahap malas lately nih. Anyway we went to Cheshire Oaks Designer Outlet on Saturday 24 May 08. Nak bawak mak shopping baju2 kat sini sebab Monday tuh bank holiday in UK. Ada la sale sikit but still tak byk discount pun. Our first visit Sport Center. Cuma beli Iqbal nyer England jersey. Suka dia sampai tak mo lepas. Dia kata Iqbal nak pakai main foot ball. hehehe.

Then we went to Timberland Outlet. Papa borong his office shoes plus boot and sandal sekali. So, here papa grabbed 3 pairs of shoes. Semua shoes papa ada discount. Siap ada yg 9.99pound jer. Murah kan. Cuma sandal jer mahal sikit 25pound but it is comfortable kata papa. Mama pun dah nampak shoes yang mama berkenan dah lama dulu price dia dlm 40 pound tak mampu den hari ni dah turun jadi 19.99pound, so apa lagi mama pun ambik ler satu. mintak2 lepas babies kluar nanti ble pakai la yer sebab sekarang kaki ku sebesar kaki gajah. Ohh no!. Pastu tengok but yg discount tuh ada lagi mama pun beli kan satu for my beloved brother Anjang. Rasanya sesuai sangat la untuk digayakan dengan motor RXZ dia tuh. hehehe.

Lepas tuh masuk Levi's. Mahal la jeans kat sini compare Malaysia. Papa tak jadi shopping seluar tapi beli juga satu kat GAP. Masuk clarks shoes nenek dah excited dapat beli sandal yang nenek suka. bestnya price 25pound and buy the next one with 1pound. Ha melilau cari, nenek tak jumpa saiz plak. pastu mama pun ambik kesempatan bought my sandal jugak. share ler ngan nenek nye koata key. Papa bought sepasang kasut kerja. Cantik.

Pastu masuk pumpkin patch outlet mama dah tak der hati nak shopping baju Iqbal n twins, Iqbal pun dah mula buat perangai baik dia. Actually his hungry yer la dah lunch time masa tuh. Dok mintak lollipop dia, but we left all the foods dalam itu car. So, have a break sekejap. kita makan dulu bihun goreng mama plus bananas and teh 'o' panas (dalam keta jer).

Lepas makan kita sambung shopping ke NEXT plak mama's fovourite outlet. But this time sale tak banyak juga even dah clearance. But mama still bought 1 tunic and 1 pant. so dapat ler sepasang. Nenek cari2 baju tetap jugak tak berkenan. rata2 fesyen long sleevenya berleher luas. So, cancel tak jadi la nenek beli.

Dah penat shopping, we went to Liverpool Stadium pulak. Papa nak bawak nenek jalan2 ke stadium pulak (actually papa nak beli servinior for himself, last time tak beli). Pastu ke Everton Stadium pulak. Mama dah malas nak turun kereta so I just waiting for them in the car jer. Kaki dah sakit oooul.

Ni la gambar2 shopping hari nih, but gambar barang shopping tak de sebab dah malas nak snap gambar tuh. :)

Ni la keje mak buyong shopping/jalan sikit cari tempat duduk. Sakit kaki ku. Badan dah berat sangat tau.


Jalan-jalan cari SALE. hehehe

Lepas shopping seluar papa kat GAP

Nenek depan Liverpool Stadium. Mama tak der masa ni tunggu dalam kereta jer sebab kaki dah sakit.

Nenek lagi. Iqbal pun tak der sebab dia dah tido dalam car. kepenatan.....

Papa ngan Iqbal kat depan Everton FC megastore.

Sana nun Stadium Everton.

Ada budak kecik interframe ler.