Thursday 5 June 2008

Family Day MCCH-31 May 2008

Ha ni cerita Sabtu lepas, kami join Family day MCCH kat padang Cardinal. Meriah dapat berjumpa dengan Malaysian sekampung Bukit Cheetam. Siap ada pasang khemah lagi. Cuaca pun memang nampak cantik sangat. Mama sempat masak pasta goreng pagi tadi untuk pot luck breakfast. Lunch pulak provided.

Ketibaan Iqbal & Family di padang Cardinal. Papa tolong bawak lucky draw.

Apa-apa pun kita makan dulu. Ni juadah pot luck. Iqbal selera makan nasi goreng cina.

Mama, nenek & family Dr Asmah. Tengah breakfast tuh.

Biasa la mama nih dah lama rasanya tak bersosial, malu-malu la jugak sebab rasa macam tak der orang yang akan kenal mama kan. Lagi2 pulak sejak dah saiz triple XL nih. Rupa-rupanya ada lagi yang masih ingatkan daku ini. Saja la nak bawak nenek jumpa ngan komuniti Malaysia di Manchester nih. Awal sampai jumpa ngan Kak Onie (wife penghulu) dia kata la dah lain tak perasan pun dulu. yerla dulu mana nampak sebab dalam jacket tebal jer sekarang nih dah macam sarung nangka dah tak buleh nak sorok kan lagi. heheheh rezeki....

Bersama komuniti Malaysian yang lain. Kaum ibu especially.

Acara sukaneka dimulakan. Iqbal bebas berlari di padang ini. Siap guling-guling lagi.

Lepas tuh jumpa ngan Asmah, sembang2 dengan dia rupanya dia pun dah pindah rumah lain. lepas tuh mula la makin ramai yang bertegur sapa. Then, Nor & co pun sampai.
Nor & anak2 dah sampai. Iqbal tunggu nak main dengan Azim.

Acara sukaneka pun dimulakan. Dimulakan dengan acara kanak-kanak, pastu remaja, budak bawah 4 tahun, kaum bapa dan kaum ibu. Memang sungguh meriah. Yang best nya Iqbal pun join acara untuk 4 tahun ke bawah tuh. iaitu acara pakai baju sendiri. Tapi Iqbal mengelat sebab uncle Jukie ngan papa yang tolong pakaikan baju dia. Hehhehe. Belum start lagi dia dah bising go!go!go!.
Iqbal ngelat yer.....

Papa pulak masuk acara bowling padang menggunakan bola ragbi. Heheh tak jatuh pun pin tuh. Tapi pasukan papa dapat tempat kedua. Ok la tuh papa.

Aksi seorang pro. Gaya mesti ada, tapi botol tak jatuh da....

Lepas tuh acara makan2 tengahari la pulak.
Menu tengahari curry kambing, ayam goreng, salad & buah-buahan.

Lollipop tak dapat dipisahkan dengan Iqbal nih tau.

Lepas lunch ada sambung acara sukaneka lagi. Pastu ada lucky draw. Ha papa ada sumbangkan hadiah untuk lucky draw nih. Mama yang balutkan hadiah tuh. Ok la untuk memeriahkan suasana majlis. Dah settle semua penyampaian hadiah kami pun balik. Iqbal dapat la goodie bag. Ada lollipop, milky bar & chocolate sikit.

Si budak tembam dengan buah favoritenya. Heheheh

Dua sekawan dengan dunia power rangers mereka. Yah yah. Iqbal dok bodek Azim nak main power rangers Azim. Hehehehe






No comments: