Sunday 15 June 2008

Innalillah

Ajal maut di tangan Tuhan. Bila mana Allah telah tentukan ajal seseorang tak akan lambat walau sesaat. dan tak akan cepat walau sedetik. Begitulah juga ajal yang Tuhan telah tentukan buatmu Muhammad Shauqi (Rinduku) Mukhriz bin Samsul Bari.

Mama, papa, Abang Iqbal dan Mikhail hanya dapat mengenali "Rinduku" Mukhriz dalam rahim mama. Belum sempat kita bersua muka Allah telah mengambil kembali Mukhriz dari mama. Sesungguhnya begitu berat dugaan ini, tapi sesungguhnya jua Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Rinduku" Mukhriz, sesungguhnya mama meredhai pemergian mu anak ku. Mama redha dengan ketentuan Illahi. Masih mama ingat tiap kali kita bertemu masa scanning session, mama la ibu paling gembira saat melihat kedua-dua degup jantung anak-anak mama. Sesungguhnya mama ibu yang terpilih nak. mama bangga kerana nikmat memiliki 2 anak kembar, Allah anugerahkan buat mama dan papa.

"Rinduku" Mukhriz, walaupun kita hanya bertemu di kala jasad anak mama kaku, tapi mama tahu Mukhriz juga tahu mama sayang dan akan terus merindui Mukhriz sepanjang hayat mama. InsyaAllah kita akan bertemu di akhirat kelak. Mukhriz nanti kan mama, papa, abang Iqbal dan abang Mikhail di syurga ya.

"Rinduku" Mukhriz, Mama mohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita (di alam rahim) mama pernah menyakiti mu. Tapi percayalah mama tidak pernah berniat begitu. Maaf juga Mukhriz mama tak dapat bersama di saat akhir pengebumian Mukhriz sebab mama sakit. Mama wakilkan papa untuk sampaikan salam sayang mama buat Mukhriz. Dengan pesanan mama akan sentiasa merindui "Rinduku" Mukhriz dan semoga kita bertemu di sana nanti. Alhamdulillah papa cakap semua pesanan mama papa dah sampaikan. Syukur mama.

"Rinduku" Mukhriz, jasad mu di semadikan di Southern Cemetery, Manchester, 212 Barlow Moor Road, Chorlton Manchester M21 7GL. Alhamdulillah urusan pengebumian berjalan dengan lancar. "Rinduku" Mukhriz, walau pun kuburan mu di perantauan, mama dan papa berazam andai ada rezeki mama dan papa akan menziarah Mukhriz nanti.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua warga Malaysia Cheetam Hill, Manchester yang banyak membantu urusan pengebumian jenazah ini. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan kalian.

3 comments:

chitra said...

@yahoo.comMas, moga kau dan baby kau sentiasa sihat sentiasa yer.Take care tau. Be a strong mama ya!

Jelly said...

Innalillah.. Al-Fatihah....
Be Strong..........

Nazean Jomhari said...

salam Mas, thanks for the update. Ujian yg Mas lalui sama seperti yang dilalui oleh Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad (saw) di mana kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal waktu kecil. Kesemua ini ketentuan Ilahi dan pasti ada hikmah disebaliknya. Tak silap akak la, masa akhirat nanti Mukhriz akan selamatkan mama dan papa. Wow, Tahniah! :)