Tuesday 22 July 2008

Cerita Jalan-jalan London



Nama kota gah ini sudah lama di nanti-nanti untuk ke sana. Sebut sahaja London terbayang bilakah agaknya dapat kami jejakkan kaki ke sana. Jadi, pada 16 July (Rabu) lepas kami bertolak ke London. Rombongan di sertai oleh papa (driver), mama, abah, mak, nenek, Iqbal dan adik Mikhail (di usianya 38hari). Tujuan asal memang untuk bawak family jalan-jalan sebab nenek akan bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa the next week. Papa kata alang2 kami ke London so, teruskan sekali register birth adik dan apply pasport Mikhail.

Di sana kami bermalam di rumah sewaan di mana pemilik nya juga Malaysian. Cadangan awal nya nak bermalam di hotel tapi sebab kan kami terlambat booking banyak hotel yang kami mampu dah fully booked. But ok juga dapat sewa rumah tuh. Murah dan bole masak makanan sendiri. Click sini untuk info pasal guess house tuh.


Day 1:

HAri Rabu tuh sampai dalam kul 12 tghari. Lepas lunch (Bekal nasi goreng yang mak sediakan) kami bertolak ke Malaysia Hi Comm. Kami ke sana menaiki tube. Actually kami guna tiket one day pass (any train & bus). Sepatutnya dekat jer nak ke Hi Comm from the station tapi kami tak tahu jalan memang ler sesat jadinya. puas keliling park jugak dibuatnya. dengan mendukung Mikhail. Ala-ala penat buat field work lah. Dalam sesat jalan tuh sempat jugak menjeling designer butik yang tengah summer sale kala ini. Alangkah best kalu dapat singgah sebentar ke butik2 ini. At last sampai la kami di Imigresen Malaysia. Tapi malang nya kami sampai dah petang. Semua urusan sepatutnya dilakukan awal pagi dan collection di buat sebelah petang. So, today we just get the application form. Have to come back again tomorrow.

Lepas jer balik dari Hi Comm kami jalan2 ke Birkingham Palace. Sempat la bergambar walau pun kaki nih dah penat melangkah. Singgah rehat sebentar di taman berdekatan. Selepas tuh kami teruskan perjalanan ke Trafargar Square. Ada konsert plak. so kami terus kan perjalanan ke Horse Guard. Ambik gambar ngan askar berkuda tuh. Then jalan lagi ke Big Ben. Sampai sini suma orang dah pancit. Iqbal pun dah mula buat perangai sebab dia kelaparan. Sempat bergambar sekejap then shopping biskut dan kek buah kat TESCO untuk Iqbal, lepas tuh kami ambil bas balik semula ke rumah sewaan.

Day 2:

Awal pagi lepas sarapan pagi mama & papa isi borang. Ingat kan dapat bertolak awal, tapi bila deal ngan anak-anak jadi kami bertolak dah pukul 9.30 pg. Sampai Hi Comm dalam kul 10 lebih. Siap urusan penghantaran borang dalam kul 12 lebih. So sempat la kami jalan2 sementara nak tunggu untuk collection kul 3 ptg nanti. Kami ke Queensway. Shopping sorvinior buat teman dan kenalan di tanahair nanti. Tak sempat lama di sini kami terpaksa ambil bas dan kembali ke Hi Comm for pasport collection. Selesai urusan di Hi Comm kami terus ambil bas ke Big Ben dan berjalan menyusur sungai ke London Eye. Singgah rehat sebentar dibangku yang disediakan sambil menikmati milo panas dan roti dari Mark & Spencer. Bekalan untuk kami hari ini. Iqbal sempat bermain dengan merpati2 liar dengan memberi makan potato chips nya.

Bergambar sebentar di sini dan akhir nya kami membuat keputusan untuk terus pulang di sebabkan adik Mikhail dah mula meragam kerana kesejukkan agaknya.

Day 3:

Check out rumah sewa dalam pukul 10 pagi. Hari ini lawatan ke stadium di sekitar kota London. First destination Fulham. Chelsea & Arsenal. Papa macam biasa bought the official merchandise from all the FC. Dah petang dalam pukul 5 petang kami bertolak pulang ke Manchester. Sebabkan papa yang kepenatan banyak la services yang kami singgah. Akhirnya alhamdulillah kami selamat sampai ke 16 Larch Gardens pada pukul 11mlm. Ini lah cerita jalan-jalan ke London.

2 comments:

mURis said...

bestnya pi london...bila agaknya angah nak pi kan.. kena usaha lebih lg ni..kim salam mak abah n semua...utk iqbal n mikhail..muah2

mAs said...

best memang best tapi penat lor sbb badan tak kuat lagi masa tuh. dlm pantang lg kan. tp so far OK la alhamdulillah. ada rezeki nak pi lagi la.