Monday 28 July 2008

Ziarah kuburan Mukhriz

Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga termasuk mak dan abah ke Tanah perkuburan di mana jasad Mukhriz di kebumikan. Kami bertolak dlm pukul 10pg dan sampai satu jam kemudian. Iqbal kata kami pegi lawat baby 'yiz' sleep. Mikhail mama tinggalkan dalam kereta. Kami yang lain sahaja yang turun sedekah kan bacaan doa buat Mukhriz. InsyaAllah mama dan papa akan datang lagi menziarah Mukhriz. Papa dan abah ada discuss dan letakkan tanda pada kubur Mukhriz. Supaya senang dikemudian hari kami nak datang ziarah lagi. Semoga Mukhriz tenang dan happy di sana.

No comments: