Sunday 4 January 2009

Lunch di Tahun Baru

Sempena cuti tahun baru kami yang tak der plan nak gi jalan2 jauh ni, tak der lain aktiviti makan jer la. Breakfast pagi tuh mama masak. then, for lunch ask papa to have lunch kat luar. Iqbal dok asyik mintak nak kek hapi berday. Siap tunjuk action tiup lilin. Kesian anak mama dok teringin tiup lilin tuh. So papa kata jom cari kek ler. Dah la anak kami ni susah betul nak makan.

Kami pun ke Bandar Baru Sg. Buloh. melalui Bandar Rahman Putra. Entah la tiap kali lalu jalan area kampung kat sini aku selalu doa one day aku mampu untuk punya banglo macam kat area sini or at least punya rumah corner lot yang luas kawasan tanahnya. Enough for my vegetable patch plan. Oh teringat aku ngan angah tanam sayur masa semester break kat kampung dulu. Memang ler tak sempat petik hasilnya sendiri but at least mak ada bgtau semua sayur tuh menjadi. Siap bole bagi pada jiran2 lagi.

Tapi apa pun aku tetap bersyukur aku punya rumah sendiri walaupun punya la jauh dari tempat aku mencari rezeki. Kami tenang di sini. dan aku rasa sini adalah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak2 kami. Aku dulu selalu merungut. (sekarang pun sebagai alasan sebab rumah ni pilihan papa). Tapi aku pikir balik kalau kita sabar pasti Tuhan akan membantu kita. Papa sebenarnya tak penah berungut langsung rumah ni jauh la. penat bangun pagi la, penat buat keja rumah la (papa seorang yg byk membantu keja rumah) drive gi keja la. So aku sekarang pun dah boleh terima tuh semua. Dalam diam mama bangga punya suami seperti papa.

Seriously, aku memang suka sangat dengan environment sini. Tenang especially hujung minggu dapat bukak tingkap pagi2 tu masa yang mama tunggu. Ada kabus tau pepagi kat area rumah kami nih.

Oh Ok balik cerita jalan2 cari makan tadi kami pun singgah ke secret recipe. Our fav banana chocolate cake utk Iqbal, tom yam kung noodle for papa, grill chicken black pepper for mama and puting kosong for Mika. Hihihi

Sebenarnya mama nak tom yam tuh sebab papa dah order yang tuh tak kan mama nak order sama kot so bila order kami sampai mama bodek papa. Hehehe at last tomyam tuh mama yang punya and papa makan grill chicken mama. Sedapppppp nyerrrr.




Yummy!!! tengok tuh tak sabar nak makan mata dah tak pandang camera.


Jemput makan semua. Papa memang tak sesuai makan tom yam udang tuh sebab papa ada resdung. Selalu gatal2 hidung. Huhuhu sukanya mama.



Dah bagi kek hepi berday pun tak happy lagi muka tuh. Mana la hilang nafsu makan anak mama nih. Pulangla.....



"Sayang adik abang long ni"


Bahagianya mama dan papa tengok. Semoga keakraban adik dan abang akan terus berkekalan.



Sayanyer order tak der ker mama. Puting kosong pun ok jugak saya lagi suka. ;)




p/s: Nak siap gi Tanjung Malim pulak nak tengok rumah angah. Pastu nak gi ambik baju mama tailor tuh kata dah bole siap hari nih. But adik Mika tidor lagi la.


****************************

No comments: