Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, 17 September 2008

Cerita Berbuka Puasa lagi....

Ni kisahnya berbuka puasa minggu lepas jugak. tak sempat ler nak update everyday. Packing tak abih lagi. Esok barang dah nak angkut masuk kontena. Busy busy busy ler....

Memandangkan tak der pun celebrate birthday me last Tuesday tuh, Sam ajak la berbuka kat luar. Tapi hujan pulak kat luar tuh, so at last dah pukul 7pm hari Jumaat tuh kami ke Lahori Kebabish la utk Iftar. Tinggal satu jer lagi meja kat situ. Punya ramai orang siap ada yang tak dapat meja. Nasib baik cepat sikit.

We order nasi beriani ayam, lamb chop, chicken masala n kuih ala2 cucuq vege la. Nasi beriani order satu portion jer, tuh pun punya la banyak. At last tapau jugak bawak balik rumah.

Juadah untuk hari ini belum complete nih.

Dah complete set. all the main dishes yer. starter just buah kurma la.

Jom makan. Iqbal baru bangun tidor masa nih. Adik pulak dalam car seat atas meja tuh masih tido.


The next day we had majlis berbuka puasa MCCH. Majlis berlangsung di Cheetham Hill community school. Ramai la warga lama dan baru hadir untuk majlis tu. Seronok dapat jumpa ramai orang and food memang ter'angkat' sungguh. Ada kari kambing, ayam masak kicap, sayur taugeh dan specialnya ada sambal belacan la. Memang walla. Tapi biasa la bila dah ramai nih tak der la dapat concentrate menikmati makanan tuh sangat sebab asyik sembang jer banyak. And that day baby Mika muntah lagi. Abih basah baju dia, me pulak tak bawak baju spare hari ni, so kena la cepat2 makan and balik. tu yang tak sempat nak snap gambar tuh.

Rezeki bulan puasa nih memang murah sungguh. Hari Ahad ada pulak jemputan berbuka kat rumah jiran kami Auntie Nofri, Uncle Nizam & Maisarah. Yang bestnya boleh pulak papa lupa. So mama dah masak semua dah simple2 jer la. Masa nak hidang food Nizam call hah mula la kelam kabut bersiap. Ok la rumah dorang turun tangga flat kami nih jer. Seronok la Iqbal main lagi dengan Azim sbb Family Uncle Jukie pun join sama. Maisarah yang tengah demam pun join main jugak.

Wa makanan selera kampung kali ni sungguh terangkat. Complete dishes plak tuh. From starter and end with dessert. Balik ada lagi bekal kek coklat kukus. Main dishes hari tu ayam masak lemak cilipadi, ikan goreng, sambal ikan bilis. Terima kasih yer Nofri & Pakku.

Ni la tuan rumah. Nofri, Nizam & Tengku Maisarah

Juadah hari ini. Jom kita makan.

Tetamu yang hadir. Baby Mika tengah nak tido tuh

Family Uncle Jukie.

Ni pulak cerita hari Isnin. Awal lagi dapat call dari Dr Nurul jemputan berbuka puasa kat rumah dia. Macam biasa la 'besar tapak tangan, stadium Old Trafford kami tadahkan'. Jemputan disambut dengan senyuman mama sebabnya dapat cuti masak lagi hari ni. Kali ni Kak Nurul hidangkan nasi minyak with kari daging, ayam masak apa yer kuzi ke?sedap sangat, kerabu vege ada green apple dan mix fruits. Semuanya sedap. Fruits ada asam lagi. Bole try kat Mesia nanti nih. :). Terima kasih banyak la yer Auntie Nurul & Uncle Jupri.

Mula kan dengan bismillah.....sudahi dengan alhamdulillah............

Semalam pula jemputan berbuka dari keluarga Fahimah & Taufiq. Tapi mama tak dapat hadir kan diri sebab kesihatan baby Mika. Pagi tuh adik ok lagi but dah petang suhu mula naik dan dah mula tak mo duduk nak mama pegang jer. Nak tido dalam pangkuan mama jer. So, Iqbal and papa jer la yang join majlis tu. But mama still dapat rasa juadah berbuka yang Auntie Fahimah bekalkan ada apam balik and kuih apam pelangi dan nasi lemak ayam goreng. Memang sedap hingga menjilat jari betul la. Terima kasih yer. tak der gambar sebab papa tak der bawa kamera pun.


p/s: Kepada semua yang sudi menjemput kami ucapkan Terima kasih banyak-banyak. Didoakan semoga Allah memurah kan lagi rezeki pada kalian. Dan semoga perkenalan kita yang singkat ini akan dapat dipanjangkan hingga di Malaysia nanti. Amin.





Saturday, 28 June 2008

Parcel from Malaya

Hehehe wait almost one week. Got this from mak. Alhamdulillah dah sampai pun. Parcel from Malaya. Apa ada dalam this box? Hehehe ada ikan talang posted by mak untuk anakanda terchinta yang dalam pantang nih. Siap ada rempah kari lagi. Ada ikan bilis juga. Rempah kari ikan, daging & ikan masin. Pastu mak ada bg jintan putih and halba campoq juga sebab parcel dah declare as spices kan. Nampak nya lepas ni kak cik masuk dapuq masak kari la mak sebab mak salimah tak tau buat kari. Cheq kan org Baling pakar masak kari. Hehehe. Apapun thank you mak & family kat kampung tuh.

Actually lagi 2 minggu mak dan abah nak mai UK. wah bestnya. Tak sabaq nak makan masakan mak. Rindu la mak dan abah. :)

Tuesday, 3 June 2008

Farewell Lunch & Boys Day Out

Entry ni papa yang rela hati nak tulis.... :)

Sebelum kami start research project, kami bebudak malaysia dah plan dgn bebudak Libya utk mkn tgh hari. Plannye makan tgh hari rumah bebudak Libya tapi start mkn pukul 3 ptg. Sebabnye masakan Libya lama plak nak masak. Lapar gak. Masakan tu ada la 2-3 jam nak siap. Diaorang plak mula masak kul 11 tgh hari. So, kitaorang bersembang je sampai makanan siap. Makanan memang sedap. Pandai bebudak Libya ni masak. Kenyang kitaorang. Cara diaorang mkn kali ni ala ala makan dulang. So, kitaorang dok keliling makanan and makan ramai ramai.


Nasi 'Mashi' nasi dimasak dalam Pepper n dicampur dgn daging cincang and rmpah. Pedas sikit.


Nasi minyak. Ayam direbus dulu dgn rempah kemudian beras dicampurkan.


Semua makan dihidangkan sekali bersama salad and fries.


Bebudak Libya bersama Hafizan and Jukie.


Iqbal and Azim menikmati juadah sambil tgk cartoon.


Lepak dulu sebelum makanan siap.

Lepak lagi sambil tunggu makanan siap.

Gelagat Iqbal and Azim.


Iqbal and Azim dikelilingi uncle.


Papa Iqbal Sam and ayah Azim Jukie.

Friday, 23 May 2008

MIL Birthday Celebration

Hi....

Hmm hari nih tak der la plan jalan2 mana2 pun sebab Sam ada pegi school pagi tadi. By the way Sam dah balik last Wednesday night. Suma anak hero mama tuh. Selamat tinggal le nenek dia tak der nak manja or ajak nenek main lagi sebab papa dah balik rumah. Heheheh macam tu la perangai Iqbal pandai pujuk orang supaya main dengan dia.

Yesterday papa pun ajak kami keluar awal lagi dalam tengah hari cam tuh. We went to Trafford Center. bukan apa nak bawak si kecik Iqbal jalan2. Yer la dekat seminggu lebih tak keluar jalan2 kan setakat ke klinik and hospital mmg nampak Iqbal excited bebenar. budak2 kan siap bila sampai area nak ke rumah kami dia dok sibuk cakap Iqbal nak jalan2. Kesian budak ni dah kemaruk nak jalan kat luar la nih.



At Trafford Center we just had our lunch jer pun at Nando's. It was a simple birthday celebration for my mother in law. Roasted chicken mmg ler my mom bole makan. suka dia nampaknya. Iqbal pun sama jugak nampak berselera sekarang nih. Mama lah orang yang paling happy bila tengok selera anak mama dah kembali...Alhamdulillah kena dengan selera dia la tu.






Lepas makan tak shopping pun sebab kejar masa nak ke Old Trafford Stadium lagi. Yer la semalam kan MU jadi champion mana la tau ada merchandise dia yang sale. pastu plak mmg niat nak bawak mak jalan2 stadium. Tapi malangnya tak der pun merchandise yang clearance. Next time ada la kot. So dapat beli sikit2 jer la.





Iqbal dah mula buat perangai bila dah lama sangat kat gift shop tuh. Ada ker dia yah yah (aksi power rangers) dia sekarang taksub dengan power rangers betul. terkena seorang auntie. Tapi mama dah say sorry dengan auntie tuh. dan mama dah cubit itu budak. Sebab dia rasa bersalah lah dia pun punya nangis sampai lah masuk keta.

Pastu kitorang pun balik sebab nak kejar sembahyang zohor pulak.

Thursday, 15 May 2008

Picnic at Windemere Lake, Lake District

Jalan-jalan hari Selasa. Last Tuesday we went to Lake District again. but this time together with nenek (yey! nenek was arrived more than 1 week already). Since, papa had finished his final exam so all bapak's club pun plan for picnic at Lake District. Nor's and Shida's family pun join jugak.

The kids so happy like never play on the grass before kan. Abih rumput2 kat tepi lake tuh sebab bebudak main kejar2. Heheh. Lets layan the pictures la.

Mula2 sampai survey location untuk picnic dulu. Kena jalan jauh sikit baru jumpa itu lake la. Iqbal dah kedepan siap jerit cepat mama! cepat mama!. Mama yang berat jalan terkedek-kedek ;)

Dah sampai ke destination. Tapi sini lepak jer la. plan nak picnic tempat lain. Iqbal & lollipopnya tak dapat dipisahkan.

Iqbal dan Azim merenung jauh mencari tapak untuk main kejar-kejar.

Kaum ibu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke next location.

Nenek bergambar kat pondok hire boat. Nenek dah seminggu sampai tau.

Mama pun nak possing kat jeti boat2 nih.

Dua beranak MUFC sedang berposing di tepi tasik.

Nenek berlatar belakang kan bukit yang cantik.

Run run Iqbal run. Rasa cam kat T'ganu kat kampung nelayan pun ada. Hehehe

Bentang jangan tak bentang. dah sampai location strategik. apa lagi bukala bekalan. Dah masa makan pun.

Shida's family. Eh nenek pun ada jugak. nenek bawak bekal maggie sebab nenek kena makan masakan berkuah. tak bole makan nasi goreng ler.

Nor's family. menu sama la nasi goreng mamafami Jukie kata heheh. Tengok anak dara tuh sedap makan....

Aik mana 2 orang anak bujang tuh. Abih satu padang diteroka nya. Main ball tak hingat nak makan ler. Mat saleh plak tengah berjemur tuh.

Vroom! vroom! Iqbal main car Azim. Dia kata dia pinjam jap yer. Lepas main ball main car ler plak.










Wednesday, 30 April 2008

Nasi Ayam Sempoi

Hehehe ni kira entry lapok la. Sebab tak der crita best nak masukkan dlm blog. So, masukkan la crita makan2 lagi. Friday lepas papa off. apa lagi mmg ler plan nak masak2 sikit. kononnya nak buat cheese cake. tapi bahan2 macam tak complete jer. Apa lagi ajak ler papa ke Tesco. Actually ni first time ke Tesco selalu lalu jer tepi tesco untuk ke car boot Oldham. Selalu shopping groceries kat ASDA jer.

Masa nak ambik troli tu ada nampak car troly yang budak ble duduk dlm car tuh. Teringin nak bagi Iqbal try. tapi tak sure plak kena bayar ke tak. Sam pun tanya la kat penjaganya. dia ckp sure you can take it. Heheh cam jakun la plak tu pun nak tanya. Ya la kat Malaysia rasanya kena deposit bagai kan.

Si Iqbal plak masuk jer dalam car terus sengeh2. Suka la dia tuh. pastu bila Sam tarik je nak undur masuk dalam dia cam pandang pelik. Memang sah la dia nih tgh pelik dengan car yang bergerak nih. Mulut dia dok bising car car katanya. Lepas shopping groceries sikit terus ler ke the store nak beli sayur sikit and baby chicken kat kedai sebelah.

Hari nih plan nak masak nasi ayam sempoi la untuk lunch. Sempoi nyer sebab just rebus jer ayam tuh. and mas guna air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Sam tak suka nasi yang meriah ngan pelbagai rasa cam letak mentega ke minyak sapi ke. Tapi dalam air rebus ayam tuh dah campur dengan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang dah.

Ayam plak just sapu kicap, sos tiram and madu sikit then bakar tak sempat nak marinate lama. pastu blend cili besar ngan bawang putih and sikit jus limau. dah siap. Sam balik sembahyang jumaat duduk kejap dah ble makan. Ini la dia nasi ayam sempoi for our lunch.

Petang tuh plak ym ngan Nor tanya pasal cream cheese. Alamak den salah beli ler. terbeli double cream bukan cream cheese. nasib la Sam kata nak ke ASDA cari cream cheese dah teringin nak buat cheese cake nih. So ini la hasilnya cheese cake ku yang tak menjadi nih. Tak nak paste resepi la sebab cilok dari blog En Mat Gebu. Thnx to you anyway. ni la antara gambar menu untuk hari tuh

Sunday, 27 April 2008

Acara makan-makan

Hmmm makan lagi but this time mama tak yah singsing tangan sebab mlm Jumaat tuh papa bawak kami sekeluarga makan kat Al-Jazeera restaurant, Rasholme. Together2 with family uncle Jukie & uncle Poeng. Plan kaum bapak. Katanya nak celebrate habis satu assignment. lagi 3 assignment menunggu....;) Apa pun bebudak ler paling excited dapat jumpa2 kawan sebab dah agak lama Iqbal tak jumpa peer group dia. Hehehe. Siap ble berkenalan lagi si Iqbal ngan anak orang Pakistan meja sebelah.

Papa order kabile pillow (nasi yang di masak dengan kambing tuh) and seekor baby chicken roasted and ada gravy dan salad. Minum plak mint tea (memang kena ngan juadah hari nih). Meh ler kita layan gambar-gambar nih yer.

Mama yang dah ready nak gi Rasholme. Hero kecik kat belakang.

Adik Diyah action ngan air tin...Dah besar dia. asyik dok jeling kat uncle Sam.


Sementara tunggu makanan sampai.

Iqbal pun nak jugak air tin nih. Sabar cik abang kecik nih menunggu mama tuang air dalam sippy cup dia.


Order nasi satu jer share 2 orang. portion nasi dia mmg banyak.

Dah abih makan baru nak pose ramai2. Eh mana Iqbal?


Ibal di sini mama....