Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Monday, 1 September 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!









Selamat Hari Merdeka ke-51

Monday, 28 July 2008

Ziarah kuburan Mukhriz

Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga termasuk mak dan abah ke Tanah perkuburan di mana jasad Mukhriz di kebumikan. Kami bertolak dlm pukul 10pg dan sampai satu jam kemudian. Iqbal kata kami pegi lawat baby 'yiz' sleep. Mikhail mama tinggalkan dalam kereta. Kami yang lain sahaja yang turun sedekah kan bacaan doa buat Mukhriz. InsyaAllah mama dan papa akan datang lagi menziarah Mukhriz. Papa dan abah ada discuss dan letakkan tanda pada kubur Mukhriz. Supaya senang dikemudian hari kami nak datang ziarah lagi. Semoga Mukhriz tenang dan happy di sana.

Saturday, 12 July 2008

Birth Registration

Last Wednesday was Mikhail one month birthday. We had appointment to register adik's birth. Pretty late kan but here we have up to 6 weeks to register the birth. Early morning after pujuk Abang Iqbal to stay at home with nenek we went to town. The registration department at Heron House. Easy to find the place and just parked the car in front of the building.

We took less than one hour to register adik. Adik official name Muhammad Shauqi Mikhail SAMSUL BARI. and adik very behave on that day through out the proses. Good boy.


Bergambar sebelum bertolak. Mama yang mok mok. Post adik depan camera. Lepas pujuk abang Iqbal stay ngan nenek kat rumah.


Mama depan Register Office. Ni dah nak balik dah settle keroje.


Mama and Mikhail depan Heron House building. Dah nak balik after less than one hour berurusan.



This is adik's birth certificate. Adik dah register. Nanti kena ke London to register adik kat Malaysia High Comm and nak buat adik nyer pasport. Tapi bila tuh? Hari ni juga papa minta registra print still-birth cert Arwah Mukhriz. We will keep it to remember.......





Sunday, 15 June 2008

Innalillah

Ajal maut di tangan Tuhan. Bila mana Allah telah tentukan ajal seseorang tak akan lambat walau sesaat. dan tak akan cepat walau sedetik. Begitulah juga ajal yang Tuhan telah tentukan buatmu Muhammad Shauqi (Rinduku) Mukhriz bin Samsul Bari.

Mama, papa, Abang Iqbal dan Mikhail hanya dapat mengenali "Rinduku" Mukhriz dalam rahim mama. Belum sempat kita bersua muka Allah telah mengambil kembali Mukhriz dari mama. Sesungguhnya begitu berat dugaan ini, tapi sesungguhnya jua Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Rinduku" Mukhriz, sesungguhnya mama meredhai pemergian mu anak ku. Mama redha dengan ketentuan Illahi. Masih mama ingat tiap kali kita bertemu masa scanning session, mama la ibu paling gembira saat melihat kedua-dua degup jantung anak-anak mama. Sesungguhnya mama ibu yang terpilih nak. mama bangga kerana nikmat memiliki 2 anak kembar, Allah anugerahkan buat mama dan papa.

"Rinduku" Mukhriz, walaupun kita hanya bertemu di kala jasad anak mama kaku, tapi mama tahu Mukhriz juga tahu mama sayang dan akan terus merindui Mukhriz sepanjang hayat mama. InsyaAllah kita akan bertemu di akhirat kelak. Mukhriz nanti kan mama, papa, abang Iqbal dan abang Mikhail di syurga ya.

"Rinduku" Mukhriz, Mama mohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita (di alam rahim) mama pernah menyakiti mu. Tapi percayalah mama tidak pernah berniat begitu. Maaf juga Mukhriz mama tak dapat bersama di saat akhir pengebumian Mukhriz sebab mama sakit. Mama wakilkan papa untuk sampaikan salam sayang mama buat Mukhriz. Dengan pesanan mama akan sentiasa merindui "Rinduku" Mukhriz dan semoga kita bertemu di sana nanti. Alhamdulillah papa cakap semua pesanan mama papa dah sampaikan. Syukur mama.

"Rinduku" Mukhriz, jasad mu di semadikan di Southern Cemetery, Manchester, 212 Barlow Moor Road, Chorlton Manchester M21 7GL. Alhamdulillah urusan pengebumian berjalan dengan lancar. "Rinduku" Mukhriz, walau pun kuburan mu di perantauan, mama dan papa berazam andai ada rezeki mama dan papa akan menziarah Mukhriz nanti.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua warga Malaysia Cheetam Hill, Manchester yang banyak membantu urusan pengebumian jenazah ini. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan kalian.