Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Saturday, 4 July 2009

Bye Mommy Aida


Ni hero 1st Aida, Aiman. sama jer macam Iqbal bila nak ambik gambar dia mula nak tutup muka yer.
Cheeky sangat.

Last Thursday I met with my old friend. Mem Aida. She so gorgeous forever even now with her 3 heroes. But to bad just met her for a few minutes only (tak sempat borak la we...). Her flight was that night.

She accompanied her husband working in Doha. Ala next time balik we meet again la yer.





Wednesday, 31 December 2008

Teman tapi mesra

Ni kira entry terkenang kisah lama. Actually tadi tengok2 gambar raya lepas. Then come across gambar2 nih. Rasa nak blog la pasal dorang ni. Mereka ini adalah sahabat karib ku. Jom kita kenal dorang.

For the first time ever in this blog present to you Shida. or nama penuh dia Noor Shida bt Mohd Hazam. Dia kawan sekampung I tau. Kami kira membesar together la. We know each other and our family pun kenal sesangat. We share everything. Kiranya semua cerita suka duka zaman kanak-kanak and remaja kami tersimpan dalam poket masing2. Kami penah tidur sebantal (sebantal??? eh no sebilik yer) and makan maggie sesama tau. Balik sekolah pegi jalan ke sungai. Main dengan kawan sekampung yang lain. Shida ni kira ratu kat kampung dulu. Menjadi rebutan pemuda kampung. Heheheh. Kalau la dia baca ni jangan marah yer.

Shida and the kids. the girl is her niece anyway. Juadah raya sebab masa ni kan raya lagi yer.


Muhammad Shafique Iqbal, Muhammad Danish Haikal & Muhammad Duranni Haziq (Hush nama anak2 sekarang too long but nice and meaningful)

Seronok sangat zaman kanak-kanak. Pagi ke sekolah, petang sekolah agama. Balik terus tukar baju jalan dan main kat kampung belakang. Happening nya hidup. Tak der rasa penat pun. Bila dah remaja kami sama2 keja lepas SPM. (walaupun di halang keras oleh abah pada masa tuh, sebab abah takut I akan hilang minat nak sambung belajar lagi). Abah tak tau anak dia ni cita2 besar. :)

Dah dapat sambung belajar kat UKM life of course makin happening. SS Club still remember? Member of the club Syikin, Bibi Iklima & Ad. We all not the person who really active with college or fac nyer activity but we have our block nyer activity. but after all we still have place in the college for 3 years tau. Lucky us.


Me and kids, Syikin & Balqis, Bibi & Damia. Picture taken by Mr. Papa.


So, last Aidilfitri I managed to meet the three of my best friends except for Ad (dia jauh kat pantai timur). Very happy eventho the time very limited. Shida of course we met at our hometown. Shida, she's married with 2 kids (Danish and Haziq) and now she settle down at Malacca.

While the other two friends I met during Syikin's open house purposely for us kan. Syikin with R*nhi*l, Bibi plak teacher cum master's student tau. Gigih sungguh la this lady. She so lady like and sangat rajin OK. Hihi seronok met with the kiddos jugak. Syikin and kids (Balqis & Baslan). Bibi plak ngan Damia. and of course with their hubby jugak. makin meriah bila sekarang anak2 pun dah ble berlari2.

Last time when we on the way back from Malacca dapat jumpa Shida lagi. tapi sorry untie tak bawak buah tangan pun. Too bad kan. Bole terlupa. InsyaAllah next time yer.

p/s: Hopefully we can meet again next year. I pray for happiness to all my family and friends.

Wednesday, 17 September 2008

Cerita Berbuka Puasa lagi....

Ni kisahnya berbuka puasa minggu lepas jugak. tak sempat ler nak update everyday. Packing tak abih lagi. Esok barang dah nak angkut masuk kontena. Busy busy busy ler....

Memandangkan tak der pun celebrate birthday me last Tuesday tuh, Sam ajak la berbuka kat luar. Tapi hujan pulak kat luar tuh, so at last dah pukul 7pm hari Jumaat tuh kami ke Lahori Kebabish la utk Iftar. Tinggal satu jer lagi meja kat situ. Punya ramai orang siap ada yang tak dapat meja. Nasib baik cepat sikit.

We order nasi beriani ayam, lamb chop, chicken masala n kuih ala2 cucuq vege la. Nasi beriani order satu portion jer, tuh pun punya la banyak. At last tapau jugak bawak balik rumah.

Juadah untuk hari ini belum complete nih.

Dah complete set. all the main dishes yer. starter just buah kurma la.

Jom makan. Iqbal baru bangun tidor masa nih. Adik pulak dalam car seat atas meja tuh masih tido.


The next day we had majlis berbuka puasa MCCH. Majlis berlangsung di Cheetham Hill community school. Ramai la warga lama dan baru hadir untuk majlis tu. Seronok dapat jumpa ramai orang and food memang ter'angkat' sungguh. Ada kari kambing, ayam masak kicap, sayur taugeh dan specialnya ada sambal belacan la. Memang walla. Tapi biasa la bila dah ramai nih tak der la dapat concentrate menikmati makanan tuh sangat sebab asyik sembang jer banyak. And that day baby Mika muntah lagi. Abih basah baju dia, me pulak tak bawak baju spare hari ni, so kena la cepat2 makan and balik. tu yang tak sempat nak snap gambar tuh.

Rezeki bulan puasa nih memang murah sungguh. Hari Ahad ada pulak jemputan berbuka kat rumah jiran kami Auntie Nofri, Uncle Nizam & Maisarah. Yang bestnya boleh pulak papa lupa. So mama dah masak semua dah simple2 jer la. Masa nak hidang food Nizam call hah mula la kelam kabut bersiap. Ok la rumah dorang turun tangga flat kami nih jer. Seronok la Iqbal main lagi dengan Azim sbb Family Uncle Jukie pun join sama. Maisarah yang tengah demam pun join main jugak.

Wa makanan selera kampung kali ni sungguh terangkat. Complete dishes plak tuh. From starter and end with dessert. Balik ada lagi bekal kek coklat kukus. Main dishes hari tu ayam masak lemak cilipadi, ikan goreng, sambal ikan bilis. Terima kasih yer Nofri & Pakku.

Ni la tuan rumah. Nofri, Nizam & Tengku Maisarah

Juadah hari ini. Jom kita makan.

Tetamu yang hadir. Baby Mika tengah nak tido tuh

Family Uncle Jukie.

Ni pulak cerita hari Isnin. Awal lagi dapat call dari Dr Nurul jemputan berbuka puasa kat rumah dia. Macam biasa la 'besar tapak tangan, stadium Old Trafford kami tadahkan'. Jemputan disambut dengan senyuman mama sebabnya dapat cuti masak lagi hari ni. Kali ni Kak Nurul hidangkan nasi minyak with kari daging, ayam masak apa yer kuzi ke?sedap sangat, kerabu vege ada green apple dan mix fruits. Semuanya sedap. Fruits ada asam lagi. Bole try kat Mesia nanti nih. :). Terima kasih banyak la yer Auntie Nurul & Uncle Jupri.

Mula kan dengan bismillah.....sudahi dengan alhamdulillah............

Semalam pula jemputan berbuka dari keluarga Fahimah & Taufiq. Tapi mama tak dapat hadir kan diri sebab kesihatan baby Mika. Pagi tuh adik ok lagi but dah petang suhu mula naik dan dah mula tak mo duduk nak mama pegang jer. Nak tido dalam pangkuan mama jer. So, Iqbal and papa jer la yang join majlis tu. But mama still dapat rasa juadah berbuka yang Auntie Fahimah bekalkan ada apam balik and kuih apam pelangi dan nasi lemak ayam goreng. Memang sedap hingga menjilat jari betul la. Terima kasih yer. tak der gambar sebab papa tak der bawa kamera pun.


p/s: Kepada semua yang sudi menjemput kami ucapkan Terima kasih banyak-banyak. Didoakan semoga Allah memurah kan lagi rezeki pada kalian. Dan semoga perkenalan kita yang singkat ini akan dapat dipanjangkan hingga di Malaysia nanti. Amin.





Saturday, 13 September 2008

Buka Puasa di rumah Kak Ita.

Entry tertunda nih, al maklumler dok sibuk packing barang. Rumah ni penuh ngan kotak. Dah jadi macam stor la pulak. Ni cerita last week nih. Hari Sabtu balik dari London hari tuh. Dapat jemputan dari Kak Ita sefamily utk berbuka puasa. Seronok sangat. Iqbal la dok excited tanya ane umah eiman, mama. dah ler kami dok sesat cari maner la 'fairy lane' tuh (jgn percaya sangat itew tom tom yer. At last jumpa jugak.

Sampai jer makanan dah terhidang. dan masuk waktu pun. Juadah hari nih nasi ayam special dari Kak Ita, ada murtabak desert yg tak tahan tuh. Apa namanya yer. fruity in cream tuh. Apapun terima kasih yer Kak Ita. Kami balik ngan perut kekenyangan cam 'king kong' ler. (actually masa nak balik tuh ada cerita King Kong kat TV).


Makan time...sedap semuanya. me tengah suap desert for the day....

Kaum bapa. papa the one who snap the photo. So tak der la muka papa kat sini.

Taraa..ni la chef for the day. Kak Ita. cantik kak Ita. So sweet.

Iqbal & Eiman. Dorang main games. Iqbal tengok jer la.


Alamak keciwa jugak ler coz tak snap all the family. Kak Ita ni ada twin. So cute the twin and adik Eizan. Naper eh actually me yang malu2 lagi yer la baru nak kenal2 la katakan. heheh but gambar me and Kak Ita taken by half of the twin tuh.


p/s: Hari ni ada Majlis Berbuka MCCH, seronok lepas nih ade ke sesapa nak jemput kami berbuka. Bole we are available to this coming Saturday a. Happy sangat sebab nak gi shopping lagi nih.

Thursday, 5 June 2008

Family Day MCCH-31 May 2008

Ha ni cerita Sabtu lepas, kami join Family day MCCH kat padang Cardinal. Meriah dapat berjumpa dengan Malaysian sekampung Bukit Cheetam. Siap ada pasang khemah lagi. Cuaca pun memang nampak cantik sangat. Mama sempat masak pasta goreng pagi tadi untuk pot luck breakfast. Lunch pulak provided.

Ketibaan Iqbal & Family di padang Cardinal. Papa tolong bawak lucky draw.

Apa-apa pun kita makan dulu. Ni juadah pot luck. Iqbal selera makan nasi goreng cina.

Mama, nenek & family Dr Asmah. Tengah breakfast tuh.

Biasa la mama nih dah lama rasanya tak bersosial, malu-malu la jugak sebab rasa macam tak der orang yang akan kenal mama kan. Lagi2 pulak sejak dah saiz triple XL nih. Rupa-rupanya ada lagi yang masih ingatkan daku ini. Saja la nak bawak nenek jumpa ngan komuniti Malaysia di Manchester nih. Awal sampai jumpa ngan Kak Onie (wife penghulu) dia kata la dah lain tak perasan pun dulu. yerla dulu mana nampak sebab dalam jacket tebal jer sekarang nih dah macam sarung nangka dah tak buleh nak sorok kan lagi. heheheh rezeki....

Bersama komuniti Malaysian yang lain. Kaum ibu especially.

Acara sukaneka dimulakan. Iqbal bebas berlari di padang ini. Siap guling-guling lagi.

Lepas tuh jumpa ngan Asmah, sembang2 dengan dia rupanya dia pun dah pindah rumah lain. lepas tuh mula la makin ramai yang bertegur sapa. Then, Nor & co pun sampai.
Nor & anak2 dah sampai. Iqbal tunggu nak main dengan Azim.

Acara sukaneka pun dimulakan. Dimulakan dengan acara kanak-kanak, pastu remaja, budak bawah 4 tahun, kaum bapa dan kaum ibu. Memang sungguh meriah. Yang best nya Iqbal pun join acara untuk 4 tahun ke bawah tuh. iaitu acara pakai baju sendiri. Tapi Iqbal mengelat sebab uncle Jukie ngan papa yang tolong pakaikan baju dia. Hehhehe. Belum start lagi dia dah bising go!go!go!.
Iqbal ngelat yer.....

Papa pulak masuk acara bowling padang menggunakan bola ragbi. Heheh tak jatuh pun pin tuh. Tapi pasukan papa dapat tempat kedua. Ok la tuh papa.

Aksi seorang pro. Gaya mesti ada, tapi botol tak jatuh da....

Lepas tuh acara makan2 tengahari la pulak.
Menu tengahari curry kambing, ayam goreng, salad & buah-buahan.

Lollipop tak dapat dipisahkan dengan Iqbal nih tau.

Lepas lunch ada sambung acara sukaneka lagi. Pastu ada lucky draw. Ha papa ada sumbangkan hadiah untuk lucky draw nih. Mama yang balutkan hadiah tuh. Ok la untuk memeriahkan suasana majlis. Dah settle semua penyampaian hadiah kami pun balik. Iqbal dapat la goodie bag. Ada lollipop, milky bar & chocolate sikit.

Si budak tembam dengan buah favoritenya. Heheheh

Dua sekawan dengan dunia power rangers mereka. Yah yah. Iqbal dok bodek Azim nak main power rangers Azim. Hehehehe






Tuesday, 3 June 2008

Farewell Lunch & Boys Day Out

Entry ni papa yang rela hati nak tulis.... :)

Sebelum kami start research project, kami bebudak malaysia dah plan dgn bebudak Libya utk mkn tgh hari. Plannye makan tgh hari rumah bebudak Libya tapi start mkn pukul 3 ptg. Sebabnye masakan Libya lama plak nak masak. Lapar gak. Masakan tu ada la 2-3 jam nak siap. Diaorang plak mula masak kul 11 tgh hari. So, kitaorang bersembang je sampai makanan siap. Makanan memang sedap. Pandai bebudak Libya ni masak. Kenyang kitaorang. Cara diaorang mkn kali ni ala ala makan dulang. So, kitaorang dok keliling makanan and makan ramai ramai.


Nasi 'Mashi' nasi dimasak dalam Pepper n dicampur dgn daging cincang and rmpah. Pedas sikit.


Nasi minyak. Ayam direbus dulu dgn rempah kemudian beras dicampurkan.


Semua makan dihidangkan sekali bersama salad and fries.


Bebudak Libya bersama Hafizan and Jukie.


Iqbal and Azim menikmati juadah sambil tgk cartoon.


Lepak dulu sebelum makanan siap.

Lepak lagi sambil tunggu makanan siap.

Gelagat Iqbal and Azim.


Iqbal and Azim dikelilingi uncle.


Papa Iqbal Sam and ayah Azim Jukie.

Sunday, 27 April 2008

Acara makan-makan

Hmmm makan lagi but this time mama tak yah singsing tangan sebab mlm Jumaat tuh papa bawak kami sekeluarga makan kat Al-Jazeera restaurant, Rasholme. Together2 with family uncle Jukie & uncle Poeng. Plan kaum bapak. Katanya nak celebrate habis satu assignment. lagi 3 assignment menunggu....;) Apa pun bebudak ler paling excited dapat jumpa2 kawan sebab dah agak lama Iqbal tak jumpa peer group dia. Hehehe. Siap ble berkenalan lagi si Iqbal ngan anak orang Pakistan meja sebelah.

Papa order kabile pillow (nasi yang di masak dengan kambing tuh) and seekor baby chicken roasted and ada gravy dan salad. Minum plak mint tea (memang kena ngan juadah hari nih). Meh ler kita layan gambar-gambar nih yer.

Mama yang dah ready nak gi Rasholme. Hero kecik kat belakang.

Adik Diyah action ngan air tin...Dah besar dia. asyik dok jeling kat uncle Sam.


Sementara tunggu makanan sampai.

Iqbal pun nak jugak air tin nih. Sabar cik abang kecik nih menunggu mama tuang air dalam sippy cup dia.


Order nasi satu jer share 2 orang. portion nasi dia mmg banyak.

Dah abih makan baru nak pose ramai2. Eh mana Iqbal?


Ibal di sini mama....

Monday, 31 March 2008

Shopping Day & Guest

Last Saturday we went shopping for twins. Yer la banyak lagi barang baby yang tak prepare. Mama almost 7 months kan. Iqbal the most excited big brother. Our first destination was Mamas and Papas. Iqbal bukan main lagi memilih baju untuk adik-adiknya. 'Ni aju baby' kata dia. Hehehe. Ada satu crita dia ble plak masuk bawah gantungan sleeping suit sambil mintak papa cari dia, apa lagi siap jatuh ler semua baju2 tuh. Geram jugak nasib baik Sales assistant kat situ tak nampak. Cepat-cepat papa gantung balik. Iqbal Iqbal dah jadi makin naughty yer big boy mama.

Then we went to Boots Pharmacy looking for baby bath and baby lotion. Beli la siap-siap senang. Anything happen everything is ready. Nak masuk pharmacy ni jumpa plak ngan Malaysian tengah tunggu nak naik kereta dah. Su & family and frens. Mama kenal Su jer, But papa kenal husband kawan Su. Kawan pembolaan papa. Malu mama sebab lama tak jumpa dia pastu jumpa plak mama tengah boyot. Dia plak so gorgeous nyer. syok tengok sangat bergaya dia tuh. Iqbal plak mintak nak jalan sendiri. So dapat borak kejap jer ngan dia. Dapat jer lepas Iqbal terus melulu tempat yang dia nak pegi. Yer la Papa and mama dok sibuk tengok barang baby dia plak ntah ke mana-mana. Then dia dah macam little bit far from us, actually we still can see him mula la he screaming panggil papa. Then muka dah macam nak nangis. Hehehe cepat-cepat papa pegi ambik dia. Ha..... tau takut. Tadi ke main laju lagi.

After Boots, we went to George Store plak. Ooh here the one got something to buy for the twins. Tapi kat first floor la plak. This time memang tak berani nak lepas Iqbal sebab tak sesuai, so mengamuk la dia nak 'cucu' ler kejap-kejap nak bam (tido) ler. At last mama just grab jer apa-apa yang sesuai without pikir panjang sebab hero mama dah mengamuk and 'bekal' dia dalam car. Bayar and we masuk car cepat2 bg 'cucu' dia.

Ni kat Mothercare. Iqbal muka tension jer tak bole turun stroller. Hehehe dah ngantuk juga dia nih.

Iqbal nak naik Thomas & friends sampai tak mo balik. Budak ni pantang nampak Thomas & friends betul la.

Then we went to Mothercare plak mama nak beli changing mat sebab MC nyer murah compare tmpt lain. Papa plak nak beli avent bottle brush for twins. Sbb yang dah ada tu utk Iqbal. Tak mo share katanya. Dah abih shopping sini we headed to ASDA pulak. Mama beli egg noodle and cabbage nak masak fried noodle for our guest today. Guess who? Pastu shopping gak sikit groceries yang terlupa nak beli semalam. Mama ajak papa ke clothes section. Actually I am looking for hat, mittens & booties for twins. tapi sini susah sgt nak jumpa set tuh. dorg sini tak guna mitten kot. ntah ler. then I grab jugak 2 hats for twins. Hehehe

Ni la hasil shopping barang twin kali ini. Ada sikit2 jer lagi kot. Yang basic tuh insyaAllah dah ada.

Thats all the story about shopping with Iqbal. So tiring but end up we are so happy because Iqbal is the happiest person dapat bebas masa shopping tuh.

Balik dari shopping mama cepat2 masuk dapur nak masak mee goreng jer. Our guest from Leeds nak datang. Kak Leen and family. Kak Leen nih officemate angah kat UPSI. Mama kenal la sebab selalu jumpa kalau pi jalan2 Tanjung Malim tuh. Dorang sampai dah pukul 6 lebih. mama masak mee goreng simple and keropok udang jer. Iqbal plak happy dapat kawan Aneesa anak Kak Leen. Abih semua toys dia tunjuk kakak tuh and ajak main dengan dia. Dah pukul 9 camtuh baru dorang bertolak pulang ke Leeds. Iqbal macam sedey kawan dah nak balik kesian dia. Seronok kami dah lama tak der tetamu dtg rumah. Jangan serik datang lagi yer Kak Leen.

Papa tengah borak ngan Abg Najib (husband Kak Leen) tak der cerita lain cerita bola jer la.

Iqbal naik car ngan Aneesa. Heheeh.