Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Sunday, 8 February 2009

MU @ KLCC



MU@KLCC,........hehe
Ape lah title tu? Anyone wants interprete it? Actually as our plan nak bawak two kiddos ni ke KLCC park tercapai jua akhirnya. Pagi Sabtu tu tercapai jua. Both of the boys wake up quite early and siap everything (those kids stuff yang taking a lot of time). Around 9.30am jugak keluar rumah headed to KLCC. Iqbal keep on saying dia nak pegi office papa tak nak pegi office mama. Huhuhu dia tak tau office mama ngan papa sharing the same entrance. Sampai jer parking kami bawak bebudak ke KLCC park.



jom adik kita swimming jom......

Seronok sungguh Iqbal kat playground tuh. He had a very wonderful time. Adik Mika mama dokong. Memerap jer tak mo letak langsung. May be sebab dia tak selesa ngan cuaca yang panas hari tuh. Lepas dah penat masuk Suria dan makan. Before 2 pm kami semua dah kat rumah nenek. Lepas ni bole la bawak lagi kan papa.



huwaaaa.......sini panas la abang


Cayang adik abang nih.....


Dah lepak2 rumah nenek lepas boys mandi (dah jadi rutin mama akan mandikan budak2 kat rumah nenek b4 balik) we went back to our rumah la.


Saturday, 7 February 2009

Picnic di hari raya

Hehe bukan our raya but sempena Chinese New year lepas we had the best moment with my big family. Ada four generation all together tau. Macam ramai jer kan. Actually just my tok (mak's mother), mak and abah, kami empat beradik except for Acu Aiman he had something else (dating ker?) papa & abang Non (mama's BIL). my sweetiey nieces and my heroes.

Berkelah memang aktiviti riadah kami sekeluarga. We don't have shopping mall at our area, so picnic is part of activities we had during weekend. Sejak kecik lagi mak tok ngan atok selalu bawak anak2 depa semua pi kelah samada sungai, kat air terjun or kat beaches even our rumah jauh dari pantai tau.

Ingat lagi abah bawak kami pi jungle tracking kat hujung kampung lepas berkelah tepi sungai kat situ. Siap abah tunjukkan kawasan kubur lama kat area kampung tuh di mana batu nisan nya adalah dari batu sungai. Di hujung kampung kami jugak ada bukit batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Pulai. Ada a few gua batu kapur kat situ. Tak pasti plak apa condition gua tuh sekarang.

Berbalik pada kisah berkelah kami kat Lata Bukit Hijau. kami memang selalu ke sini sebab rumah nenek kat area sini. Mak siap masak nasi, ulam2man, pindang ikan kembung dan sambal belacan. Kat sana mak tok bakar ayam dan ikan jer. Abah plak pegi berjala (Jala @ fishing net tu abah buat masa kat Manchester dulu tau. Siap pegi cari tali tangsi kat car boot sebab stok dah abih. Abanh managed siapkan juga jala tuh bila dah balik Malaysia. Gigih sungguh my abah kan.

Nak cerita juga kami penah kelah di sini dengan lagi bigger family members. Masa tuh arwah Pak cik masih ada. Will missed the moment with you pak cik. Abah ngan pak su dulu bekas tentera so depa penah masak nasi lemang masa tuh. That was the first time makan nasi lemang tau. Sedap bau daun pisang. Sekarang depa semua pun dah berumur. Dah tak dak usaha nak buat tuh semua lagi.

Budak-budak suka sangat berendam. Naik jer makan nasi sampai bertambah-tambah la. memang out la diet kalau berkelah nih. Mak ngan bapak budak lagi la. Makan sampai tak ingat yer walaupun menu sangat la simple. Abah balik berjala siap masak pindang terus ikan yang dia berjaya tangkap. Manis rasa ikan air tawar nih but banyak sangat tulang. susah nak makan.

Balik jer dari kelah kami ke Tanjung dawai beli ikan bilis. Murah dan berkualiti tu yang sanggup pi jauh2 tau.










Sunday, 21 December 2008

Aktiviti hujung minggu

Angah was here. Overnight at our home. Friday morning she went for shopping for her up coming project. Let her do the story telling ok. Saturday morning plak mama and papa took Baby Mikhail to see Dr. Musa at DSH. Sampai pun dah lil' bit late kena la tunggu yg sangat lama. Abang Iqbal angah pinjam. hihih dorang went to our cousin's house for her kenduri rumah baru. Adik ambik dua injection this time Hipetitis B and pneumococoal.

Lepas jer ambik jab tu we set place to meet abang Iqbal since angah have to go back to TM (ader keja katanya). Abang Iqbal dah tertidor rupanya. So tired la tuh. so we headed to KL plak. Dah lama tak bawak this 2 kids ke KLCC. Dalam car Iqbal dah bangun and keep on tunjuk Tower 1 as office papa and Tower 2 tu office mama. hihih apa2 la abang Iqbal ni kan.


After we had our late lunch we went to Aquaria. seperti plan asal kami. kena pegi before Iqbal cecah 3 yrs kata papa sebab dah 3 yrs and above kena tiket. HIhihi kedokut nyer statement. Actually we all really excited tau. looking forward nak gi situ. But baby Mika was asleep masa Aquaria tour tu. Tiket kena RM22 for aldult tu lepas discount utk P*tron*s staff.








Seronok sangat dalam Aquaria. mama yang dah penat pun excited sgt. especially tour kat underwater tu. nampak shark yang comel. hihihi snap picture but without flash so gambarnya golap ler. Macam2 tau. Nanti if baby Mika dah besar kita datang lagi yer papa. Hopefully the price is still the same.



p/s: byklagi nak update nih. hmmmm



Monday, 8 September 2008

Journey to London

We'd arrived Manchester safely on Friday evening. Alhamdulillah. Sampai rumah jer dah around pukul 8.00mlm. Iftar time already. Sempat tapau makanan dari Lahori Kebabish kat depan tuh. Itupun dah kira lambat sebab queue panjang betul la. Plan asal nak berbuka di situ jer but Iqbal plak melabor. Kena la rush back home.

Actually tujuan kami ke London sebab papa ada urgent meeting kat ofis Petronas LNG kat Exchange Tower. We sampai Marriott Hotel (West India Quay) pun dah pukul 4.00 pm. Bertolak awal jugak tapi sebab melencong ke Portmerion Stoke, Aston Villa FC dan Birmingham FC tu yang lambat sikit sampai. Check in suma and siap2 dah pukul 5.30 headed ke Exchange Tower. The meeting start at 6.00. Took taxi tapi at last jalan kaki separuh jalan sebab punya la jem sebab ada jalan under construction. Sampai jer meeting pun ber mula.

Mulanya ingat mama nak jugak join the meeting. Yer la eager to know the company news la kan, but then mana nak letak 2 heroes nih, so tunggu ler kat office sama2 dgn mommies yg lain. Iqbal macam biasa berlari sana sini macam tak cukup tanah (mmg bukan atas tanah pun) dengan his best fren Azim. Huh lotih mama ngejar nya.

Apa pun majlis berbuka ala kadar jer. Tapi alhamdulillah semua pun kenyang ler. Balik dah agak lewat jugak. Masuk bilik bersihkan anak-anak dan tidor la.

Esoknya awal pagi mama dah siap semua barang untuk check out. Plan nya nak ke Tower Bridge. Sekali train station kat Tower Bridge tu tutup, hujan plak tuh, so kami pun naik keta terus ke Wesham Stadium ler. pastu balik. On the way balik ni la traffic very bad along the way home. Geram betul driver. Mama and anak-anak ok jer sebab kami just tido kat belakang. ;)


Possing kat Aston Villa FC. Hujan masih turun, mama dalam car jer ngan Mika.


Possing kat Birmingham FC. Hujan makin lebat. Papa stop kejap jer pegi ke store nak beli gift.


Sementara tunggu kaum bapa check-in we all possing dulu la yer. Anak-anak paling aktif.


Possing-possing in the hotel room. Dah lama tak tidor hotel la katakan.


From Manchester to London with.....all here la. Bawah plak gambar Iftar


Confius traffic light. Berserabut betul.Dah nak balik pose dulu. Papa n Ibal at West Ham United.

Seronok lagi mama dapat award dari Mama 3Hz. Mama dah tepek kat award corner tuh. Terima kasih yer.

Monday, 1 September 2008

Old Trafford Museum & Stadium Tour




Papa's dream comes true, when yesterday was the day. After came back from Bowlee CBS, we went to the stadium. Again. For more than 10 times already. Will be the last one for the year (mana tau ada rezeki datang lagi). With unplanned decision of course. First place just for merchandise hunting, but then papa decide for stadium tour as well.

One hour tour so meaningful (tiringful) for us. Plus got to take a lot of photos as well. Snap everywhere and me and my 2 heroes were the models of the day. After all we are so excited and the pictures as the collection for future.






Thursday, 28 August 2008

Jalan-jalan Bank Holiday

Cerita hari Ahad:


Ala as usual on Sunday we won't miss the chances to go to Car Boot Sale. Last week we went to Bowlee CBS. Hmm meriah jugak ler. sungguh ramai manusia di sini. And Malaysian as well. Jalan2 hujung minggu la katakan. Family untie Nor pun pegi sama.

Hari ni hujan plak, from renyai-renyai it change to heavy rain. Oh terbantut la plan nak jadi orang awal ke CB. Hihihi. Then, papa sorang jer yg redah hujan. Mama, Iqbal and Mikhail tak kuasa nak redah sama. Papa datang balik ke car bawak baju hujan untuk Iqbal. Hujan macam nak stop we ol pun turun ler jalan hunting for car boot stuff. Hasilnya taraa.....


Car boot Bowlee & the cloudy day.

Iqbal : Mama, apa tuh? (sambil tunjuk ke arah langit mendung)
Mama : Cloud
Iqbal : tan la awan la (bukan la awan la).
Mama : ??? sama la tuh cloud in english, awan in bahasa. (dah tau lagi mau tanya)

Budak age Iqbal memang cam tuh kan. Kuat betul bertanya. Kengkadang tak terlayan nak menjawapnya. tapi seronok plak melayan cakap dia sekarang nih.

Hasil untuk hari ini. Barang mama cuma the nice summer bag. Lain cuma buku-buku untuk Iqbal koyakkan. Hihih and toys. Iqbal got his rain coat and boot. Bole la main ayaq lecah lepaih nih ya. Barang papa 2 set of 1000 pieces puzzle. (Pa, bole complete ker? Papa cakap nak bawak balik kampung mintak mak tolong pasangkan). Hobi mak kat sini cantum puzzle tau.



Adik Mikhail sleep jer sebab sejuk.

Lepas nih we headed to Colne. Shopping sikit and window shopping banyak. :). Bought 2 pairs of wedges shoes from Hush Puppies. 10 pounds jer. and wallet brand 'tula' (itu la). Papa beli kan mama baju hujan Regatta color oren. Hihi. Malu nak pakai tapi pakai je la sebab papa belikan. Untie Nor bagi kami mee goreng, makan dalam car sebelum start jalan kat Boundry Mill mall ni.


Cerita Hari Isnin plak:


Kami ke Cheshire Oak Designer Outlet lagi. Biasala dah nak balik nih shopping ler lagi apa yang patut. Tapi mama nih macam not in shopping mood. Sebab papa dah ajak mama ikut jer la. Pagi2 mama prepare bihun goreng. Plan asal nak gi ngan untie Nofri, tapi dorang keluar awal ke Chelford CBS dulu, so kami gerak sendiri la. Sampai jer mak oi punya la ramai manusia kat sini. Sebab cuti bank holiday kan and banyak outlet ada extra 20% discount.

Sebab kan not in shopping mode mama just pilih tops for Iqbal & Mikhail jer. Buat baju raya nanti. Balik Malaysia dah nak raya la katakan And nothing for us. Kena balik awal papa nak siap kan final project nya dah nak submit keesokkan hari nya.






Ni la aksi anak mama kelaparan. Makan fish and chip sampai habis. Makan nak, kalau cam ni mama bawak jalan selalu pun ok. Janji nak makan.







Sunday, 24 August 2008

Cerita Lama bersama Mak & Abah

Sebab kan last week tak update pun. Alasan nyer sibuk like a bee (BuZz BuZz) so banyak la entry-entry tertunggak nih. Nak jugak story kat sini aktiviti selama mak dan abah kat sini. Tak der la jenjalan jauh-jauh pun sebab nya papa sekarang tengah sibuk siapkan his final projek.

Suatu Petang ke Manchester Muzium:



Satu hari tuh (Alamak! hari apa yer dah tak ingat) papa nak gi school nak siapkan/prepare poster untuk research projek papa la. Kami nih sebab kan papa tengok macam keboringan sangat, papa ajak semua ke school. Bukan untuk tolong papa buat poster pun tapi pegi lawatan sambil belajar ke Manchester Muzium. Ada mummy kat sini tau. Sebab kan bawak baby Mikhail we memang avoid ke area mummy tuh. Serammmm....






Suatu Petang ke Boundry Mill, Colne:

Actually that was the day papa kena submit his wonderful wording poster (Can I name it like that papa?). That afternoon we had appointment at New Colligiate Medical Centre. Lepas dah settle meeting the doctor we headed home, Then papa decided to go shopping. Mana tau abah ngan mak ada lagi barang nak dishoppingkan.

Balik jer rumah, mak dah siap masak pun, She said Ok nak gi siap. Seronok yer nak shopping nih. Kami pun meredah hujan on that day untuk ke Boundry Mill. Seronok mama retail therapy mama pun bermula. Ada jugak la barang yang mama beli sebelum balik KL kan (Tak yah tunjuk la, nanti ada orang yang teringin. Heheh ada ker?)

Nak tahu tak dalam mall yang kecik ni pun ada orang tuh susah hati cari mama takut mama sesat. Sebenarnya mama tak der sesat pun mama merewang ler ke area barang mama. Apa la papa nih terbantut hajat nak shopping baju hari tuh. (tapi sempat jugak ler grab a few tuh). Dengan bantuan mak yang pilih, yang pasti office ware and for outdoor activity (mana tau kena gi fieldwork lagi). Itu jer la cerita nya......







Friday, 22 August 2008

One Raining Day

Pagi tadi papa siapkan report. Then papa kata mama pegi la siap we going to town lagi hari nih. nak jalan-jalan Arndale. But outside still raining. tapi kami redah jer la.

Actually papa nak ajak mama cari gift from Manchester. Selama kami kat sini tak der lagi cenderahati from Manchester except Mikhail (hehe. u know what I mean kan?) Kami ke town Hall ke gift shop. Macam biasa bought something for our collection. Fridge magnet, badge ngan Manchester mug. Even kat luar tuh still hujan.

Kami jalan jugak ke Primark. Tengok-tengok jer barang kat situ pastu baby Mikhail dah ngamuk sebab dia dah poo poo banyak. Dah tak selesa and lapar. Redah ler mama mencari changing room. Tanya SA kat sini rupa nya changing room sini not open to public. Sapa yang tanya baru SA dia bawak kan. Hmm ntah apa-apa la kan.

Lepas jer mood adik kembali ok, mama pun start ler shopping lagi and at last terbeli pyjamas Iqbal. Thomas & Friends ngan tee for Mikhail. With all stuff cost me GBP 5 only. But have to go back to Primark sebab pyjamas tu ter'over' saiz lor. Kena tukar nih.

Then we headed home, Before sampai umah ke Maplin. Papa beli bulp lampu and mama ke the store bought some groceries. Tapi ada jugak lagi barang yang lupa nak beli. Bila nak gi plak nih.


Mak abah kat depan kafe batu keras.


belakang tuh channel M TV

Kat dalam Arndale Mall dah nak balik ke parking nih. tak sempat jalan-jalan Arndale pun sebab kaki mama dah melecek dek kasut free ini.


Ni la fridge magnet ngan badge yang di beli kat City Hall tadi.

Abah dan Mak di Bumi Manchester

Salam.

Lama sangat tak update ini blog. Since papa very busy with his final project tak der la jalan-jalan. So, just stay at home with nothing interesting to do. Kesian semua....

Dalam papa sibuk tuh pun sempat ler jugak bawak abah dan mak jalan2 area dekat2 nih jer. Macam biasa every Sunday ke car boot sale. Dah complete ler mission abah ke car boot. Sebenar nya banyak lagi barang yang abah berhajat nak cari kat car boot tuh. Tapi sebab dah nak balik apa2 yang ada jer la.

Ni la gambar sikit untuk kenangan di sini. Mak dan abah dah nak balik hari Sabtu ni.

Kami di Taksin Stadium. Manchester City Football Club. Papa nak masuk store nak tengok new jersey design. Tapi sampai jer store pun dah tutup. Hehe...

Jalan-jalan ke Chelford car boot. Lengoh jugak bahu mama dokong putera kedua mama.


Abah seronok dapat barang yang dihajatkan. Tu abah beli mesin memotong tiles tuh.

Hari Ahad ke town jalan-jalan ke Eye on Manchester.

Macam biasa papa mesti akan ke sini everytime nak bawak jenjalan. Ni dah tak ingat kali keberapa ntah kami ke Old Trafford Stadium.

Manchester United Football Club. Jangan marah yer orang Jitra. Adik Aiman ku.

Ni masa shopping kat Cheshire Oak Designer Outlet. Mak abah shopping kasut.

Atok dukong Iqbal yang nak lepas bebas jer. Lotih atok dengan kerenah cucu sorang nih.

Rupanya ada lagi gambar mak abah. Hmm mama update later-later la yer.








Monday, 11 August 2008

Knowsley Safari Park




Last Saturday (09 Aug 08) we went to Knowsley Safari Park. The journey took about 40 minutes. On that day it was rainning. Plan to cancelled at that time but we redah jer la. Sebab kalau tunggu2 bila lagi dapat ke sana.

Iqbal was the most excited person la. Actually suma pun excited tak sabar nak jumpa lion. The ticket price is 12 pound per pax. But ok la we going back sooner so bila lagi nak abiskan pound kan.

Safari Drive took about one hour per trip to be completed. After complete one trip we stopped for lunch. As usual mak was the cook for the day. Mak masak nasi daging, ada air asam, rendang ayam plus salad juga. Sedap makan dalam kereta jer sebab it still raining outside.

Tak puas hati sebab tak dapat tengok lion dengan dekat so we move to the next trip plak. This time hujan dah stop. Dapat tengok lagi banyak animals. Ada lion yang memang banyak berlegar-legar kat area tuh. Seronoknya rasa macam kat Africa pun ada. Hehehe

Area baboons la paling excited si Iqbal jerit-jerit sebab baboon tuh panjat-panjat car. Nak minta potato chip Iqbal sambil jilat-jilat air hujan kat side mirror car. Ada juga yang bagi makan banana sampai satu group baboon panjat car diorang. Siap patah ler side mirror car dia.

Tak lupa we bought fridge magnet and badge as survinior. Lepas Safari Drive we stop jalan-jalan kat area sana. Iqbal siap kejar chikens lagi. Abihla ayam-ayam mak kat kampung nanti kena kejar dek Iqbal. Abih satu kawasan kami round. Its time to say good bye......

Balik rumah semua orang pun kepenatan.......

Monday, 4 August 2008

Jom! Fruit Picking

Dah lama hajat hati nak ke dusun buah-buahan orang sini. Kalau di Malaysia sekarang musim dorian, rambutan, dokong etc. Sini plak musim bery-bery (semua macam berries), plum, apple & pear masak dalam bulan 9. Mak dan abah plak memang nak sangat ke dusun orang sini. So hari Khamis lepas Nofri ajak join diorang and the others ke fruit farm at Cheshire. Papa terus jer on pelawaan tuh.

So on Saturday tuh we all sefamily (abah, mak, papa, mama, Iqbal & Mikhail) with uncle Nizam family, uncle Taufik family, uncle Apek family & Dr Den family went to Eddisbury Fruit Farm. The journey took about 45 minutes.

When we arrived there we were very excited to start picking the fruits. Ropanya all the berries dah nak abih musim. Strawberries dah abih pun. Left only tayberries, longanberries, blacberries, blaccurrant and rasberries. Tak kisah la janji ada berries lagi. Sambil petik sambil ngap masuk mulut jugak.

Iqbal the most excited person on that day sebab he got lots of friend. Before nih asyik fren dengan abah and mak jer kan. So today got Eiman as his good buddy. Hehe. Tapi bad things happen kat Iqbal before we start fruit picking ada ke Iqbal terjatuh terlentang dari atas meja kat depan shop tuh. Menangis dia. Kesian anak mama.

After all the happy picking without tiring even turun naik bukit, we headed to the park for pot luck lunch. Makan time. Siap ada sate and ayam bakar tuh. Mak sediakan bekal nasi goreng, ayam bakar dan sosej goreng. Yang banyak2 lagi food prepared by other mummies lor.

Anyway, lets layan the pictures lah. Enjoice.......


Wednesday, 30 July 2008

Riadah ke Heaton Park lagi....kali ni dengan mak dan abah

Ni pun cerita basi kejadian hari Khamis 24hb july 08.


Dari semalam mama dah janji dengan Iqbal nak bawak dia gi main football kat taman. Yer la nenek dia baru ja balik Selasa lepas. So kurang ler teman bermain dia. Petang semalam masa papa balik school dan ajak ke taman mama pulak not available sebab tengah siapkan biskut mazola. (tak sempat ambil gambar sebab laku sangat). So, petang Jumaat tuh kami bawak mak dan abah ke Heaton Park. Ada lagi funfair kat taman nih. Kami sampai hampir pukul 6ptg dan funfair pun sudah sedia untuk tutup.

Iqbal sampai jer ke padang terus start his training. main ball sampai puas dan penat. Rehat sebentar sambil menikmati warkers chips nya. Kami jalan2 sampai ke animal farm. Ada horses, cow & donkey kali ini. Sempat ambil gambar untuk tatapan orang kampung. Hehehe. Then, terus balik sebab adik dah mula meragam sebab dah sejuk kat luar nih. LAyan ler gambar2 kat sana tuh.


Tuesday, 22 July 2008

Cerita Jalan-jalan London



Nama kota gah ini sudah lama di nanti-nanti untuk ke sana. Sebut sahaja London terbayang bilakah agaknya dapat kami jejakkan kaki ke sana. Jadi, pada 16 July (Rabu) lepas kami bertolak ke London. Rombongan di sertai oleh papa (driver), mama, abah, mak, nenek, Iqbal dan adik Mikhail (di usianya 38hari). Tujuan asal memang untuk bawak family jalan-jalan sebab nenek akan bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa the next week. Papa kata alang2 kami ke London so, teruskan sekali register birth adik dan apply pasport Mikhail.

Di sana kami bermalam di rumah sewaan di mana pemilik nya juga Malaysian. Cadangan awal nya nak bermalam di hotel tapi sebab kan kami terlambat booking banyak hotel yang kami mampu dah fully booked. But ok juga dapat sewa rumah tuh. Murah dan bole masak makanan sendiri. Click sini untuk info pasal guess house tuh.


Day 1:

HAri Rabu tuh sampai dalam kul 12 tghari. Lepas lunch (Bekal nasi goreng yang mak sediakan) kami bertolak ke Malaysia Hi Comm. Kami ke sana menaiki tube. Actually kami guna tiket one day pass (any train & bus). Sepatutnya dekat jer nak ke Hi Comm from the station tapi kami tak tahu jalan memang ler sesat jadinya. puas keliling park jugak dibuatnya. dengan mendukung Mikhail. Ala-ala penat buat field work lah. Dalam sesat jalan tuh sempat jugak menjeling designer butik yang tengah summer sale kala ini. Alangkah best kalu dapat singgah sebentar ke butik2 ini. At last sampai la kami di Imigresen Malaysia. Tapi malang nya kami sampai dah petang. Semua urusan sepatutnya dilakukan awal pagi dan collection di buat sebelah petang. So, today we just get the application form. Have to come back again tomorrow.

Lepas jer balik dari Hi Comm kami jalan2 ke Birkingham Palace. Sempat la bergambar walau pun kaki nih dah penat melangkah. Singgah rehat sebentar di taman berdekatan. Selepas tuh kami teruskan perjalanan ke Trafargar Square. Ada konsert plak. so kami terus kan perjalanan ke Horse Guard. Ambik gambar ngan askar berkuda tuh. Then jalan lagi ke Big Ben. Sampai sini suma orang dah pancit. Iqbal pun dah mula buat perangai sebab dia kelaparan. Sempat bergambar sekejap then shopping biskut dan kek buah kat TESCO untuk Iqbal, lepas tuh kami ambil bas balik semula ke rumah sewaan.

Day 2:

Awal pagi lepas sarapan pagi mama & papa isi borang. Ingat kan dapat bertolak awal, tapi bila deal ngan anak-anak jadi kami bertolak dah pukul 9.30 pg. Sampai Hi Comm dalam kul 10 lebih. Siap urusan penghantaran borang dalam kul 12 lebih. So sempat la kami jalan2 sementara nak tunggu untuk collection kul 3 ptg nanti. Kami ke Queensway. Shopping sorvinior buat teman dan kenalan di tanahair nanti. Tak sempat lama di sini kami terpaksa ambil bas dan kembali ke Hi Comm for pasport collection. Selesai urusan di Hi Comm kami terus ambil bas ke Big Ben dan berjalan menyusur sungai ke London Eye. Singgah rehat sebentar dibangku yang disediakan sambil menikmati milo panas dan roti dari Mark & Spencer. Bekalan untuk kami hari ini. Iqbal sempat bermain dengan merpati2 liar dengan memberi makan potato chips nya.

Bergambar sebentar di sini dan akhir nya kami membuat keputusan untuk terus pulang di sebabkan adik Mikhail dah mula meragam kerana kesejukkan agaknya.

Day 3:

Check out rumah sewa dalam pukul 10 pagi. Hari ini lawatan ke stadium di sekitar kota London. First destination Fulham. Chelsea & Arsenal. Papa macam biasa bought the official merchandise from all the FC. Dah petang dalam pukul 5 petang kami bertolak pulang ke Manchester. Sebabkan papa yang kepenatan banyak la services yang kami singgah. Akhirnya alhamdulillah kami selamat sampai ke 16 Larch Gardens pada pukul 11mlm. Ini lah cerita jalan-jalan ke London.

Sunday, 20 July 2008

Sepetang di Manchester


Hari Selasa lepas, papa ajak semua jalan-jalan tengok town Manchester. Ye la sejak mak abah datang belum sempat bawak diorang ke mana-mana sebab papa tengah sibuk siapkan researh projectnya. So, petang tuh our first destination ke Manchester Ford. Hehe sebenar nya dekat sangat tempat nih ngan flat kami. Sekangkang kera jer. Cuma tak sempat nak bawak diorang jalan-jalan lagi.

Sampai jer sini kami masuk satu kedai ke kedai lain. Mak abah dan nenek tengok2 barang. At last kami ke TK Max. Mama ternampak hand bag. Mama tunjukkan nenek dan mak. Suka dorang. Mama ngan papa ke Boots untuk beli harness Iqbal. memang we really need this thing. This budak macam tak cukup tanah bila dapat lepas. Semua tempat dia nak explore. Hey anak mama nih. After all we choose the safety reins harness from Tommee Tippee. Price around 11.99 pound. Demi untuk keselamatan Iqbal papa beli jugak.

Kat TK Max tengok nenek ngan mak masing2 tengah pegang handbag sorang satu. Mama pun apa lagi join sekali pilih. Dapat la satu bag yang memang mama cari selama ini besar and sesuai untuk masukkan barang2 anak. Lepas tu we went to Old Trafford Stadium. Actually the Megastore dah tutup pun by the time we arrived there. Kami cuma bergambar kat depan stadium jer. Then, kami ke The Lowry Mall. Tak masuk mall pun sebab nak lepak kat the quay jer. Papa just ambik gambar mak abah nenek dan Iqbal jer.

Sekian.. esok mama sambung cerita jalan-jalan London yer......