Sunday, 15 June 2008

Innalillah

Ajal maut di tangan Tuhan. Bila mana Allah telah tentukan ajal seseorang tak akan lambat walau sesaat. dan tak akan cepat walau sedetik. Begitulah juga ajal yang Tuhan telah tentukan buatmu Muhammad Shauqi (Rinduku) Mukhriz bin Samsul Bari.

Mama, papa, Abang Iqbal dan Mikhail hanya dapat mengenali "Rinduku" Mukhriz dalam rahim mama. Belum sempat kita bersua muka Allah telah mengambil kembali Mukhriz dari mama. Sesungguhnya begitu berat dugaan ini, tapi sesungguhnya jua Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

"Rinduku" Mukhriz, sesungguhnya mama meredhai pemergian mu anak ku. Mama redha dengan ketentuan Illahi. Masih mama ingat tiap kali kita bertemu masa scanning session, mama la ibu paling gembira saat melihat kedua-dua degup jantung anak-anak mama. Sesungguhnya mama ibu yang terpilih nak. mama bangga kerana nikmat memiliki 2 anak kembar, Allah anugerahkan buat mama dan papa.

"Rinduku" Mukhriz, walaupun kita hanya bertemu di kala jasad anak mama kaku, tapi mama tahu Mukhriz juga tahu mama sayang dan akan terus merindui Mukhriz sepanjang hayat mama. InsyaAllah kita akan bertemu di akhirat kelak. Mukhriz nanti kan mama, papa, abang Iqbal dan abang Mikhail di syurga ya.

"Rinduku" Mukhriz, Mama mohon ampun dan maaf andai sepanjang perkenalan kita (di alam rahim) mama pernah menyakiti mu. Tapi percayalah mama tidak pernah berniat begitu. Maaf juga Mukhriz mama tak dapat bersama di saat akhir pengebumian Mukhriz sebab mama sakit. Mama wakilkan papa untuk sampaikan salam sayang mama buat Mukhriz. Dengan pesanan mama akan sentiasa merindui "Rinduku" Mukhriz dan semoga kita bertemu di sana nanti. Alhamdulillah papa cakap semua pesanan mama papa dah sampaikan. Syukur mama.

"Rinduku" Mukhriz, jasad mu di semadikan di Southern Cemetery, Manchester, 212 Barlow Moor Road, Chorlton Manchester M21 7GL. Alhamdulillah urusan pengebumian berjalan dengan lancar. "Rinduku" Mukhriz, walau pun kuburan mu di perantauan, mama dan papa berazam andai ada rezeki mama dan papa akan menziarah Mukhriz nanti.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua warga Malaysia Cheetam Hill, Manchester yang banyak membantu urusan pengebumian jenazah ini. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik dan keikhlasan kalian.

Monday, 9 June 2008

Doa buat mama :)

Assalamualaikum.

Ni kira my last entry InsyaAllah before mama deliver. Actually tomorrow dah kena admitted kat NMGH at 12 noon and will going to induce due to no space for the baby lagi. Esok jugak ada last check up and scanning. Based on report on Friday tu both babies in good condition and saiz pun lebih kurang sama. Tapi sonographer tuh confius sikit dengan report on Wednesday compared dengan growth report last 2 weeks nye growth result show they are bigger than last Wednesday. Mana mungkin kan. Mama rasa technical problem la sebab different sonographer yang measured. Lepas tuh they call me back on Friday to repeat the scanning. As the result I have to be induce on Monday which is tomorrow.

Alamak mak cik ni tengah takut nih......Apa pun tawakkaltoalallah.

Walaupun dah experienced induced masa Iqbal dulu tu la yang lagi menakutkan daku. sebabnya sakit ooo. At last kena request Epidural. But this time wallahuaalam. Mintak2 Tuhan permudahkan hambanya ini. Amin

Kepada sesiapa yang pernah baca blog nih atau penah singgah, saya nak ambik kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andai penah mengguris perasaan kalian semua secara langsung atau tidak langsung.

Especially to my hubby Samsul Bari, sorry dan ampunkan Mas yer bang sebab selalu sangat moody tak tentu pasal, dan abang tetap memahami situasi Mas dengan terus melayan kerenah Mas nih. dan juga anak mama Muhammad Shafique Iqbal mama mintak maaf andai mama selalu angin ngan Iqbal sebab Iqbal tak dengar cakap mama. But you still a very good boy to me. cuma mama yang kekadang tak boleh control amarah ini. Sorry darling.

Hmm barang2 nak bawak ke spital tak packing habis lagi. Macam nak gi bercuti plak rasa tapi kali ni bukan bawak baju jalan tapi banyak bawak baju tido la. Nasib tak der bawak baju kelawar ke sini dulu kalau tak harus ku bawak bersama.

Doakan keselamatan mama dan kembar. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran kembar yang sihat dan sempurna. Amin. Adusss mama masih takut jugak nih..........

Semoga ketemu lagi di lain entry. Bye


Thursday, 5 June 2008

Family Day MCCH-31 May 2008

Ha ni cerita Sabtu lepas, kami join Family day MCCH kat padang Cardinal. Meriah dapat berjumpa dengan Malaysian sekampung Bukit Cheetam. Siap ada pasang khemah lagi. Cuaca pun memang nampak cantik sangat. Mama sempat masak pasta goreng pagi tadi untuk pot luck breakfast. Lunch pulak provided.

Ketibaan Iqbal & Family di padang Cardinal. Papa tolong bawak lucky draw.

Apa-apa pun kita makan dulu. Ni juadah pot luck. Iqbal selera makan nasi goreng cina.

Mama, nenek & family Dr Asmah. Tengah breakfast tuh.

Biasa la mama nih dah lama rasanya tak bersosial, malu-malu la jugak sebab rasa macam tak der orang yang akan kenal mama kan. Lagi2 pulak sejak dah saiz triple XL nih. Rupa-rupanya ada lagi yang masih ingatkan daku ini. Saja la nak bawak nenek jumpa ngan komuniti Malaysia di Manchester nih. Awal sampai jumpa ngan Kak Onie (wife penghulu) dia kata la dah lain tak perasan pun dulu. yerla dulu mana nampak sebab dalam jacket tebal jer sekarang nih dah macam sarung nangka dah tak buleh nak sorok kan lagi. heheheh rezeki....

Bersama komuniti Malaysian yang lain. Kaum ibu especially.

Acara sukaneka dimulakan. Iqbal bebas berlari di padang ini. Siap guling-guling lagi.

Lepas tuh jumpa ngan Asmah, sembang2 dengan dia rupanya dia pun dah pindah rumah lain. lepas tuh mula la makin ramai yang bertegur sapa. Then, Nor & co pun sampai.
Nor & anak2 dah sampai. Iqbal tunggu nak main dengan Azim.

Acara sukaneka pun dimulakan. Dimulakan dengan acara kanak-kanak, pastu remaja, budak bawah 4 tahun, kaum bapa dan kaum ibu. Memang sungguh meriah. Yang best nya Iqbal pun join acara untuk 4 tahun ke bawah tuh. iaitu acara pakai baju sendiri. Tapi Iqbal mengelat sebab uncle Jukie ngan papa yang tolong pakaikan baju dia. Hehhehe. Belum start lagi dia dah bising go!go!go!.
Iqbal ngelat yer.....

Papa pulak masuk acara bowling padang menggunakan bola ragbi. Heheh tak jatuh pun pin tuh. Tapi pasukan papa dapat tempat kedua. Ok la tuh papa.

Aksi seorang pro. Gaya mesti ada, tapi botol tak jatuh da....

Lepas tuh acara makan2 tengahari la pulak.
Menu tengahari curry kambing, ayam goreng, salad & buah-buahan.

Lollipop tak dapat dipisahkan dengan Iqbal nih tau.

Lepas lunch ada sambung acara sukaneka lagi. Pastu ada lucky draw. Ha papa ada sumbangkan hadiah untuk lucky draw nih. Mama yang balutkan hadiah tuh. Ok la untuk memeriahkan suasana majlis. Dah settle semua penyampaian hadiah kami pun balik. Iqbal dapat la goodie bag. Ada lollipop, milky bar & chocolate sikit.

Si budak tembam dengan buah favoritenya. Heheheh

Dua sekawan dengan dunia power rangers mereka. Yah yah. Iqbal dok bodek Azim nak main power rangers Azim. Hehehehe






Jom Jalan ke Taman

Ni pun kisah lama, cerita pada 29 May 08, Khamis lepas. Papa ajak shopping groceries kat ASDA, lepas jer shopping kami terus ke Heaton Park sebab dah janji ngan hero kecik nak bawak dia main ball kat taman. On da way ke taman macam biasa hero kecik nih tido plak. but kali nih kami tetap teruskan perjalanan sebab mmg nak bawak nenek gi jalan ke Heaton Park jugak.

Rupanya sekarang tengah ada fun fair kat Heaton Park nih. Ada la orang yang main tapi tak ramai sangat mungkin sebab hari kerja ajaknya. Iqbal pulak dengar jer muzik kuat dari fun fair tuh terus terjaga and tersenyum. Excited la tuh. Mama mintak papa bagi Iqbal main car pusing2 tuh, tapi papa kata nanti Iqbal takut pulak. At last kami jalan sampai playground. Oh playground penuh dengan budak2 la pulak, so tak dapat ler Iqbal nak naik kuda kayu lagi hari nih. Ha kat animal park tuh dah tak der horse lagi. Dah ditukar dengan donkey pulak. ada la beberapa ekor donkey.

Dah malas nak ambik gambar sangat sebab mama dah penat jalan rasa nak cari kerusi jer masa tuh. Lepas tuh kami ke area padang dekat ngan fun fair tuh sebab dah plan asal nak main ball. mama apa lagi cari tempat landing kat atas rumput tuh sambil makan buah limau yang mama bawak bekal tuh. Sekejap jer layan Iqbal main ball pastu kami pun balik. Mama dah penat da....

Tuesday, 3 June 2008

Monday Bank Holiday

Last Monday 26 May 08 was bank holiday in UK. We did not planned to go anywhere in the morning then at the afternoon dah mula rasa boring sesangat, then papa ajak jalan2 at Picadilly. Ok la kan since mama pun ada a few things to buy kat Primark tuh. Papa park the car kat Arndale then kami jalan ke Primark. Orang punya la ramai, but baru jer start nak shopping si hero kecik Iqbal dah sleep dalam stroller itu. Lega mama ble la merayau sakan lagi.

Mama beli baju tido sepasang yang strechable, robe dah lama cari nih, pakaian dalam dan sliper 1 pound. Semua barang untuk persiapan bercuti di North Manchester General Hospital nanti. Hehehe.

Nenek pun ada shopping baju jugak. Then we went to TK Maxx. Mama tak plan nak beli apa 2 pun kat sini tapi sekali ternampak jumper (yer ke nama dia jumper) yang mmg ku cari selama ini. sesuai plak. Nenek pun kata cantik. So mama beli la. Nenek pun ada beli blouse kat sini. cantik. Papa pulak gi beli PSP game Transformers kat entertainment shop.

On the way balik ke car Iqbal baru bangun. Siap menggigil kesejukan rupanya pastu dia cakap dia takut naik lift yang glass kat Arndale mall tuh. Kesian anak mama. Sampai jer area rumah dah bising 'Ibal tak nak alik umah, Ibal nak gi alan2 aje'. Faham tak? :)

Posing kat depan Primark lepas shopping hehehe. Tengah2 jalan pun dah tak heran.

Iqbal yang lena tidur tak sedar dah habis shopping kat Primark tuh. Lepas nih ke Arndale pulak ke TK Maxx.

Iqbal bergaya dengan jersey England papa baru beli kat Sport Centre Outlet.

Aksi Iqbal lagi. Macam nak kick ball jer.

Eh! at last main game. Ingatkan main football pakai jersey bukan main lagi. Apa la....







Farewell Lunch & Boys Day Out

Entry ni papa yang rela hati nak tulis.... :)

Sebelum kami start research project, kami bebudak malaysia dah plan dgn bebudak Libya utk mkn tgh hari. Plannye makan tgh hari rumah bebudak Libya tapi start mkn pukul 3 ptg. Sebabnye masakan Libya lama plak nak masak. Lapar gak. Masakan tu ada la 2-3 jam nak siap. Diaorang plak mula masak kul 11 tgh hari. So, kitaorang bersembang je sampai makanan siap. Makanan memang sedap. Pandai bebudak Libya ni masak. Kenyang kitaorang. Cara diaorang mkn kali ni ala ala makan dulang. So, kitaorang dok keliling makanan and makan ramai ramai.


Nasi 'Mashi' nasi dimasak dalam Pepper n dicampur dgn daging cincang and rmpah. Pedas sikit.


Nasi minyak. Ayam direbus dulu dgn rempah kemudian beras dicampurkan.


Semua makan dihidangkan sekali bersama salad and fries.


Bebudak Libya bersama Hafizan and Jukie.


Iqbal and Azim menikmati juadah sambil tgk cartoon.


Lepak dulu sebelum makanan siap.

Lepak lagi sambil tunggu makanan siap.

Gelagat Iqbal and Azim.


Iqbal and Azim dikelilingi uncle.


Papa Iqbal Sam and ayah Azim Jukie.

Shopping di Cheshire Oaks Designer Outlet

Ni kira entry lama baru nak update sebab mama dah tahap malas lately nih. Anyway we went to Cheshire Oaks Designer Outlet on Saturday 24 May 08. Nak bawak mak shopping baju2 kat sini sebab Monday tuh bank holiday in UK. Ada la sale sikit but still tak byk discount pun. Our first visit Sport Center. Cuma beli Iqbal nyer England jersey. Suka dia sampai tak mo lepas. Dia kata Iqbal nak pakai main foot ball. hehehe.

Then we went to Timberland Outlet. Papa borong his office shoes plus boot and sandal sekali. So, here papa grabbed 3 pairs of shoes. Semua shoes papa ada discount. Siap ada yg 9.99pound jer. Murah kan. Cuma sandal jer mahal sikit 25pound but it is comfortable kata papa. Mama pun dah nampak shoes yang mama berkenan dah lama dulu price dia dlm 40 pound tak mampu den hari ni dah turun jadi 19.99pound, so apa lagi mama pun ambik ler satu. mintak2 lepas babies kluar nanti ble pakai la yer sebab sekarang kaki ku sebesar kaki gajah. Ohh no!. Pastu tengok but yg discount tuh ada lagi mama pun beli kan satu for my beloved brother Anjang. Rasanya sesuai sangat la untuk digayakan dengan motor RXZ dia tuh. hehehe.

Lepas tuh masuk Levi's. Mahal la jeans kat sini compare Malaysia. Papa tak jadi shopping seluar tapi beli juga satu kat GAP. Masuk clarks shoes nenek dah excited dapat beli sandal yang nenek suka. bestnya price 25pound and buy the next one with 1pound. Ha melilau cari, nenek tak jumpa saiz plak. pastu mama pun ambik kesempatan bought my sandal jugak. share ler ngan nenek nye koata key. Papa bought sepasang kasut kerja. Cantik.

Pastu masuk pumpkin patch outlet mama dah tak der hati nak shopping baju Iqbal n twins, Iqbal pun dah mula buat perangai baik dia. Actually his hungry yer la dah lunch time masa tuh. Dok mintak lollipop dia, but we left all the foods dalam itu car. So, have a break sekejap. kita makan dulu bihun goreng mama plus bananas and teh 'o' panas (dalam keta jer).

Lepas makan kita sambung shopping ke NEXT plak mama's fovourite outlet. But this time sale tak banyak juga even dah clearance. But mama still bought 1 tunic and 1 pant. so dapat ler sepasang. Nenek cari2 baju tetap jugak tak berkenan. rata2 fesyen long sleevenya berleher luas. So, cancel tak jadi la nenek beli.

Dah penat shopping, we went to Liverpool Stadium pulak. Papa nak bawak nenek jalan2 ke stadium pulak (actually papa nak beli servinior for himself, last time tak beli). Pastu ke Everton Stadium pulak. Mama dah malas nak turun kereta so I just waiting for them in the car jer. Kaki dah sakit oooul.

Ni la gambar2 shopping hari nih, but gambar barang shopping tak de sebab dah malas nak snap gambar tuh. :)

Ni la keje mak buyong shopping/jalan sikit cari tempat duduk. Sakit kaki ku. Badan dah berat sangat tau.


Jalan-jalan cari SALE. hehehe

Lepas shopping seluar papa kat GAP

Nenek depan Liverpool Stadium. Mama tak der masa ni tunggu dalam kereta jer sebab kaki dah sakit.

Nenek lagi. Iqbal pun tak der sebab dia dah tido dalam car. kepenatan.....

Papa ngan Iqbal kat depan Everton FC megastore.

Sana nun Stadium Everton.

Ada budak kecik interframe ler.