But, I realize that I don't have macaroni at home, I only have spirali Italian pasta. Bole la janji pasta kan. So, lets begin...Taraa hasilnya seperti gambar2 di sini. dah pun siap. Jom makan. Ni disertakan resepi yang dicelok dari internet. Resepi from Kak Noor Masri. Thanks to you kak. jasamu dikenang dan diubahsuai oleh Masrita yerla tambah mushroom and cupsicum. Resepi pada sesiapa atau anak2 mama di kemudian hari nak cuba. Selamat mencuba.
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
sedikit mushroom
sedikit cupsicum
2 putih telur
500 ml sos putih
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering
3. Masukkan tomato, mushroom butang, cupsicum, garam dan lada sulah, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara
Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .
Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180'C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
No comments:
Post a Comment