Saturday, 3 May 2008

Spring & Jalan-jalan ke Heaton Park

Hari ni kami ke Heaton Park lagi. Actually semalam kami dah ke sana. tapi kelakarnya bila sampai ja parking Heaton Park, mama toleh belakang anakanda ku dah terlentok tidur. Mama dah agak dah sebab dia belum nap. Kesian pulak nak kejutkan, Apa lagi terus ja la pusing balik rumah and ukar plan datang lagi hari nih.

Hari nih dah bagi dia nap awal2 lagi. Papa balik ja sembahyang Jumaat kononnya nak gerak ler ke Heaton Park. mama plak tengah kukus pau tak siap lagi. Tunggu pau masak and siap semua tup tap tup pukul 4.30pm jugak ler gerak. This time mmg mama dah pesan siap kat Iqbal jangan sleep nanti nak main ball kat taman.

Sampai jer ke Heaton Park bukan main seronok lagi Iqbal siap lari bawak ball dia sampai tak mo papa pegang dia langsung nak jalan sendiri. Risau jugak sebab banyak doggie2 area nih. (dog bertuan la, mama yang takut lebih). Stop kejap kat tepi lake tengok duck kat sini. swan pun ada tapi kat area jauh sikit.

Sampai jer area lapang Iqbal pun start ler kick the ball ngan papa and mama pun join sekali. Memang seronok tengok dia main. Lepas tu kami terus ke playground area. Kat sini plak Iqbal stop main ngan kuda kayu :) pastu possing2 sekejap ngan kuda kat animal farm nih. Ha on the way nak ke playground tuh ternampak squirrel nih. Geram betul sebab lagi papa snap gambar dia lagi dia dok bagi pose comel. Heheh. Iqbal siap kejar2 lagi.

Dah lama bagi Iqbal main kat playground tuh kami pun balik. Tapi puas la nak pujuk anak bujang nih meninggalkan playground tuh. siap nangis2 lagi. nak main lagi la tuh. Next time ada masa kita datang lagi yer Iqbal. May be next time kita datang ngan nenek, mak & abah pulak ya. Mesti depa suka kan.......


Aksi-aksi Iqbal kick the ball. Legend in training.








Gelagat di Playground plak....I wanna play that....I wanna play this ;)




















Antara animals in the park. Ni black stallion.





Bunga-bunga mekar serinya di kala spring tiba......wa........







2 comments:

Faizah said...

bestnyer layan gambar2 tu....
cantik..

mAs said...

Tq Faizah. cantik kan view kat Heaton Park tuh. Tapi kalau guna kamera canggih lagi terserlah keanggunan nya. Hehehe