Friday, 20 June 2008

Welcome to the Family

Mikhail and abang Long, suka abang Iqbal dapat hug baby Mikhail. Sayang anak-anak mama dunia akhirat. Background gambar roses papa belikan untuk mama. Romantik kan papa ni?


Muhammad Shauqi Mikhail Bin Samsul Bari dilahirkan pada 9 Jun 2008 (Monday 3.49pm), di North Manchester General Hospital. Kembar pertama mama selamat dilahirkan melalui emergency ceaserian section. Dengan berat 2.46kg. Alhamdulillah. Pengalaman kelahiran akan mama coretkan di lain kelapangan. Bila mama dah bersedia......

Tenang setenang nya bila dapat ku tatap wajah anak kecil ini. Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepadanya.




Sesungguhnya kelahiran Mikhail dinanti-nanti oleh mama, papa dan abang Iqbal. Semua persedian sudah dilakukan. Hanya doa mengiringi perjalanan mama ke hospital tengah hari itu.


Mikhail, walaupun adik kembar Mikhail tak dapat diselamatkan hari itu, tapi ketahuilah Mikhail pengubat duka hati mama. Kehadiran Mikhail menyelamatkan mama, sayang. Terus terang mama katakan mama menjadi kuat dengan adanya Mikhail di sisi mama. Sesungguhnya mama beruntung masih punya Mikhail yang perlukan kasih sayang dari mama. InsyaAllah mama dan papa akan sedaya mungkin menjalankan tanggungjawap dan amanah ini sebaiknya.


Anak mama Mikhail, sedih mama lihat anak mama dipasang drip untuk antibiotik di tangan halus mu kerana kekurangan kandungan glucose dalam darah mu. Mikhail juga terpaksa bermalam di Special Care Unit kerana suhu badan mu yang rendah. Alangkah sedihnya bila mama kenangkan keadaan anak kecil mama saat itu. Hanya papa yang menjadi penghubung antara kita sebab mama tak berdaya menjengok Mikhail di sana.


Syukur Alhamdulillah anak mama cuma semalaman sahaja di Special Care Unit. Midwife khabarkan pada mama hero mama ini menjerit mintak kan susu. Tersenyum mama dalam sakit saat itu. Anak ku, mama doakan agar Mikhail akan kuat, dan terus sihat dan membesar seperti abang Iqbal juga.



4 comments:

Faizah said...

Tahniah di atas kelahiran Mikhail..semoga cepat sembuh..take care

mAs said...

Thanks Faizah. Alhamdulillah sekarang dah beransur sihat.

Jelly said...

Take care... doa saya utk mikhail......

mAs said...

Thanks jelly. :)