Friday, 1 August 2008

Curry Kepala Ikan Mak Siti

Huih gempaq dak tajuk entry kali nih. Dengaq tajuk dah terliuq kan. Belum tengok gambaq lagi. Ha tak dan rasa lagi. Sekali cuba pasti nak lagi. orang yang tak favorite curry pun ble tukaq pilihan la. Tu la sapa yang penah kena penangan curry ikan Mak. Jangan jealous orang2 Tanjung Malim ya. Selama mak kat sini makin takut saya. Plan jer nak turunkan berat badan, bertambah ada la. Macam2 curry Mak masak. Huih memang terangkat.

Ni hari ni istimewa sikit. Mak masak curry ikan tenggiri campoq ngan kepala ikan salmon juga. Yang tambah ummh curry mak nih rempah curry mak blend sendiri. Memang wallaa. Yang best nya plak mak ada assistant tentulah abah. Siap ja masak curry terus makan nasi panas-panas walaupun abah komen nasi di Manchester tak dak rasa. Hehehe. Iqbal siap hirup kuah curry macam hirup sup. Siap abah alih kan sudu dan mangkuk curry pun dia ikut juga. Punya la sodap.

Mula-mula rempah curry di blend halus. Campuran nya kena tanya Mak yer. Saya tak tau

Tumis bahan-bahan ini yer (bawang merah, bawang putih, daun kari, halba campuq, cili padi dan serai)

Santan yang baru dibancuh sebab guna santan serbuk Maggie

Ini la the best assistant chef. Abah

Bila bahan tumisan kekuningan, mak masukkan rempah yang halus diblend tadi. Bila rempah dah pecah minyak masukkan santan dan ikan serta kepala ikan dan juga asam keping. Masak sampai semua mendidih. Siap la

Mak abah tak penah makan curry kepala ikan salmon nih. Lepas jer rasa hari nih terus kata sedap la kepala ikan salmon. (ada ker kepala ikan salmon kat Malaysia nih?).



Thursday, 31 July 2008

2nd Hero ku

I am lack of idea lately. Don't know where to start the story because I have no story lah. Ahaks. Just the story about my 2nd hero Mikhail. His getting bigger but until today I don't know his weight progress. Of course dah naik but how much increase? eager to know. Sabar and waiting for the appointment with the pead on next week.

After almost sebulan lebih Mikhail dah boleh senyum-senyum bila diagah. Cepat jer his eyes melilau cari who ever datang dekat to him. And one thing I realize Mikhail macam takut with his big bro bila Iqbal jerit-jerit dekat dia. Mikhail akan terus nangis ler. Cian anak mama sorang nih. Kecik-kecik dah kena buli yer.

Layan ler gambar latest Mikhail with his new Rainforest bouncer











Wednesday, 30 July 2008

Riadah ke Heaton Park lagi....kali ni dengan mak dan abah

Ni pun cerita basi kejadian hari Khamis 24hb july 08.


Dari semalam mama dah janji dengan Iqbal nak bawak dia gi main football kat taman. Yer la nenek dia baru ja balik Selasa lepas. So kurang ler teman bermain dia. Petang semalam masa papa balik school dan ajak ke taman mama pulak not available sebab tengah siapkan biskut mazola. (tak sempat ambil gambar sebab laku sangat). So, petang Jumaat tuh kami bawak mak dan abah ke Heaton Park. Ada lagi funfair kat taman nih. Kami sampai hampir pukul 6ptg dan funfair pun sudah sedia untuk tutup.

Iqbal sampai jer ke padang terus start his training. main ball sampai puas dan penat. Rehat sebentar sambil menikmati warkers chips nya. Kami jalan2 sampai ke animal farm. Ada horses, cow & donkey kali ini. Sempat ambil gambar untuk tatapan orang kampung. Hehehe. Then, terus balik sebab adik dah mula meragam sebab dah sejuk kat luar nih. LAyan ler gambar2 kat sana tuh.


Selamat Jalan Nenek




Aduh lamanya tak update blog nih. Agak malas dan tak berkesempatan lately ini. Actually dah seminggu pun nenek kembali ke tanahair setelah 2 bulan lebih nenek bersama kami sekeluarga di bumi Manchester ini. Kami semua menghantar nenek ke airport pada 22hb lepas. Iqbal kata dia nak ikut naik aeroplane tapi dia tak nak balik Malaysia. Apa la Iqbal nih.

Selesai nenek checked in tibalah saat perpisahan (I don't like it) sedih tengok nenek dah nak balik. Rasa macam sekejap sahaja kami bersama nenek. Nenek pun pasti sedih tinggalkan kami kan terutama cucu kesayangannya. Nenek siap pesan Iqbal selalu call nenek nanti. Kami masih belum terasa sunyi dengan ketiadaan nenek sebab mak dan abah masih ada menemani kami di sini. Nanti macam mana kalau mak dan abah pulak yang balik??

Tapi malamnya masa tidur iqbal mimpikan nenek siap bangun sambil merengek dan tanya mama nenek mana? Mama bagi tau nenek dah balik Malaysia. lagi 2 bulan kita pun akan balik Malaysia. Dia paham dan terus sambung tido. Esoknya bila mama tanya dia nenek mana dia pulak yang jawap nenek dah balik Malaysia. Sekarang Iqbal jadi good fren atuk pulak. but ngan mak tak boleh nak fren lagi.



Monday, 28 July 2008

Ziarah kuburan Mukhriz

Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga termasuk mak dan abah ke Tanah perkuburan di mana jasad Mukhriz di kebumikan. Kami bertolak dlm pukul 10pg dan sampai satu jam kemudian. Iqbal kata kami pegi lawat baby 'yiz' sleep. Mikhail mama tinggalkan dalam kereta. Kami yang lain sahaja yang turun sedekah kan bacaan doa buat Mukhriz. InsyaAllah mama dan papa akan datang lagi menziarah Mukhriz. Papa dan abah ada discuss dan letakkan tanda pada kubur Mukhriz. Supaya senang dikemudian hari kami nak datang ziarah lagi. Semoga Mukhriz tenang dan happy di sana.

Tuesday, 22 July 2008

Cerita Jalan-jalan London



Nama kota gah ini sudah lama di nanti-nanti untuk ke sana. Sebut sahaja London terbayang bilakah agaknya dapat kami jejakkan kaki ke sana. Jadi, pada 16 July (Rabu) lepas kami bertolak ke London. Rombongan di sertai oleh papa (driver), mama, abah, mak, nenek, Iqbal dan adik Mikhail (di usianya 38hari). Tujuan asal memang untuk bawak family jalan-jalan sebab nenek akan bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa the next week. Papa kata alang2 kami ke London so, teruskan sekali register birth adik dan apply pasport Mikhail.

Di sana kami bermalam di rumah sewaan di mana pemilik nya juga Malaysian. Cadangan awal nya nak bermalam di hotel tapi sebab kan kami terlambat booking banyak hotel yang kami mampu dah fully booked. But ok juga dapat sewa rumah tuh. Murah dan bole masak makanan sendiri. Click sini untuk info pasal guess house tuh.


Day 1:

HAri Rabu tuh sampai dalam kul 12 tghari. Lepas lunch (Bekal nasi goreng yang mak sediakan) kami bertolak ke Malaysia Hi Comm. Kami ke sana menaiki tube. Actually kami guna tiket one day pass (any train & bus). Sepatutnya dekat jer nak ke Hi Comm from the station tapi kami tak tahu jalan memang ler sesat jadinya. puas keliling park jugak dibuatnya. dengan mendukung Mikhail. Ala-ala penat buat field work lah. Dalam sesat jalan tuh sempat jugak menjeling designer butik yang tengah summer sale kala ini. Alangkah best kalu dapat singgah sebentar ke butik2 ini. At last sampai la kami di Imigresen Malaysia. Tapi malang nya kami sampai dah petang. Semua urusan sepatutnya dilakukan awal pagi dan collection di buat sebelah petang. So, today we just get the application form. Have to come back again tomorrow.

Lepas jer balik dari Hi Comm kami jalan2 ke Birkingham Palace. Sempat la bergambar walau pun kaki nih dah penat melangkah. Singgah rehat sebentar di taman berdekatan. Selepas tuh kami teruskan perjalanan ke Trafargar Square. Ada konsert plak. so kami terus kan perjalanan ke Horse Guard. Ambik gambar ngan askar berkuda tuh. Then jalan lagi ke Big Ben. Sampai sini suma orang dah pancit. Iqbal pun dah mula buat perangai sebab dia kelaparan. Sempat bergambar sekejap then shopping biskut dan kek buah kat TESCO untuk Iqbal, lepas tuh kami ambil bas balik semula ke rumah sewaan.

Day 2:

Awal pagi lepas sarapan pagi mama & papa isi borang. Ingat kan dapat bertolak awal, tapi bila deal ngan anak-anak jadi kami bertolak dah pukul 9.30 pg. Sampai Hi Comm dalam kul 10 lebih. Siap urusan penghantaran borang dalam kul 12 lebih. So sempat la kami jalan2 sementara nak tunggu untuk collection kul 3 ptg nanti. Kami ke Queensway. Shopping sorvinior buat teman dan kenalan di tanahair nanti. Tak sempat lama di sini kami terpaksa ambil bas dan kembali ke Hi Comm for pasport collection. Selesai urusan di Hi Comm kami terus ambil bas ke Big Ben dan berjalan menyusur sungai ke London Eye. Singgah rehat sebentar dibangku yang disediakan sambil menikmati milo panas dan roti dari Mark & Spencer. Bekalan untuk kami hari ini. Iqbal sempat bermain dengan merpati2 liar dengan memberi makan potato chips nya.

Bergambar sebentar di sini dan akhir nya kami membuat keputusan untuk terus pulang di sebabkan adik Mikhail dah mula meragam kerana kesejukkan agaknya.

Day 3:

Check out rumah sewa dalam pukul 10 pagi. Hari ini lawatan ke stadium di sekitar kota London. First destination Fulham. Chelsea & Arsenal. Papa macam biasa bought the official merchandise from all the FC. Dah petang dalam pukul 5 petang kami bertolak pulang ke Manchester. Sebabkan papa yang kepenatan banyak la services yang kami singgah. Akhirnya alhamdulillah kami selamat sampai ke 16 Larch Gardens pada pukul 11mlm. Ini lah cerita jalan-jalan ke London.

Sunday, 20 July 2008

Sepetang di Manchester


Hari Selasa lepas, papa ajak semua jalan-jalan tengok town Manchester. Ye la sejak mak abah datang belum sempat bawak diorang ke mana-mana sebab papa tengah sibuk siapkan researh projectnya. So, petang tuh our first destination ke Manchester Ford. Hehe sebenar nya dekat sangat tempat nih ngan flat kami. Sekangkang kera jer. Cuma tak sempat nak bawak diorang jalan-jalan lagi.

Sampai jer sini kami masuk satu kedai ke kedai lain. Mak abah dan nenek tengok2 barang. At last kami ke TK Max. Mama ternampak hand bag. Mama tunjukkan nenek dan mak. Suka dorang. Mama ngan papa ke Boots untuk beli harness Iqbal. memang we really need this thing. This budak macam tak cukup tanah bila dapat lepas. Semua tempat dia nak explore. Hey anak mama nih. After all we choose the safety reins harness from Tommee Tippee. Price around 11.99 pound. Demi untuk keselamatan Iqbal papa beli jugak.

Kat TK Max tengok nenek ngan mak masing2 tengah pegang handbag sorang satu. Mama pun apa lagi join sekali pilih. Dapat la satu bag yang memang mama cari selama ini besar and sesuai untuk masukkan barang2 anak. Lepas tu we went to Old Trafford Stadium. Actually the Megastore dah tutup pun by the time we arrived there. Kami cuma bergambar kat depan stadium jer. Then, kami ke The Lowry Mall. Tak masuk mall pun sebab nak lepak kat the quay jer. Papa just ambik gambar mak abah nenek dan Iqbal jer.

Sekian.. esok mama sambung cerita jalan-jalan London yer......