Wednesday, 30 July 2008

Selamat Jalan Nenek




Aduh lamanya tak update blog nih. Agak malas dan tak berkesempatan lately ini. Actually dah seminggu pun nenek kembali ke tanahair setelah 2 bulan lebih nenek bersama kami sekeluarga di bumi Manchester ini. Kami semua menghantar nenek ke airport pada 22hb lepas. Iqbal kata dia nak ikut naik aeroplane tapi dia tak nak balik Malaysia. Apa la Iqbal nih.

Selesai nenek checked in tibalah saat perpisahan (I don't like it) sedih tengok nenek dah nak balik. Rasa macam sekejap sahaja kami bersama nenek. Nenek pun pasti sedih tinggalkan kami kan terutama cucu kesayangannya. Nenek siap pesan Iqbal selalu call nenek nanti. Kami masih belum terasa sunyi dengan ketiadaan nenek sebab mak dan abah masih ada menemani kami di sini. Nanti macam mana kalau mak dan abah pulak yang balik??

Tapi malamnya masa tidur iqbal mimpikan nenek siap bangun sambil merengek dan tanya mama nenek mana? Mama bagi tau nenek dah balik Malaysia. lagi 2 bulan kita pun akan balik Malaysia. Dia paham dan terus sambung tido. Esoknya bila mama tanya dia nenek mana dia pulak yang jawap nenek dah balik Malaysia. Sekarang Iqbal jadi good fren atuk pulak. but ngan mak tak boleh nak fren lagi.



No comments: