Sunday, 20 July 2008

Ye ye mak abah dah sampai ;)


Ni kira entry minggu lepas 13 July 2008, Ahad. Mak abah sampai ke Manchester pada tengah hari ini. Today weather memang sangat cantik. So, dalam pukul 10.30am kami baru bertolak ke Chelford Car Boot Sale (CBS). Biasala bila bangun pagi nak kena siap kan anak2 sebelum ready untuk keluar. Sampai ke CBS mama memang sangat teruja sebab memang first time tengok besar nya area CBS tuh, siap ramai pulak orang hari ini. Memang meriah. tapi kami sebenarnya agak terlewat hari ini. Mama ngan nenek jer yang shopping CBS. Papa jadi baby sitter hari ni. Iqbal ngan Mikhail dalam car. Plan asal mama want to buy bicycle Iqbal, pramsuit /snowsuit for Mikhail dan untuk mama jacket atau tableware.

Tapi at last apa yang mama dapat baju Mikhail and toys dan buku untuk Iqbal dan Mikhail. Barang mama tak der la. Tak sempat nak tengok betul2. Sekejap jer kat CBS tak habis pusing pun, terus mama ajak nenek ke car sebab risau Mikhail nangis. Sampai car baik jer Mikhail tengah sleep. Then, our next destination is Manchester Airport. Sampai jer tengok Flight from Dubai dah arrived and tengah baggage reclaiming. Tak sabar rasa mama nak jumpa abah dan mak. papa asyik usik mama kata panjang leher mama mencari. hehehe.....

Akhirnya nampakla kelibat abah dan mak. Mama dan Iqbal terus ke arah mereka sebab risau depa tercari-cari mama nanti. Baby Mikhail nenek yang pegangkan. Iqbal macam malu-malu sebab baru jumpa selepas hampir setahun tak jumpa mak dan abah.

Cuaca hari ni masih cerah. Sampai rumah nenek masak nasi dan sambal ikan talang masin, pagi tuh mama dah siap masak kan kari daging. Kami pun makan beramai-ramai. Meriah rasa bila dapat berkumpul bersama. Mak abah bawa sedikit rambutan, kerepek pisang, ikan masin dan rempah ratus untuk kami di sini. Daun kesom pun ada. Bole masak asam pedas nih.






No comments: