Friday, 10 July 2009

Adik Mika Story Mory

The last time I loaded my darling Mika's pictures was a few months back. He is one year old now. (sat ja dah besaq) how's time flies. July last year was his expecting date, but Allah organized everything and He knows everything as well adik was delivered one month earlier. Adik only can say good bye to his twin Mukhriz and may rest in peace......

Today adik Mika can crawls everywhere...(dah start panjat2 some more). So active. Makan alhamdulillah he got appetite to taste any food. (crossing his eyes and terhidu dek his nose). pendek kata pantang nampak sungguh. Tapi apa bole buat dah namanya anak En Samsul. Both of them (Mika and Iqbal) slim melim macam papa yer. (tak sorang pun ikut mama yang tembon nih).

Ini la abang ngah........... eh belum lagi.......Adik Mika la.



Hello semua .....seronok tau gerak sana sini dalam walker nih.........



Allo mama.......dah satu rumah saya pusing tau.........




Adus dah penat la mama.....Bila mama nak angkat adik nih......






Mama.........





Mama tak dengar ke........... (mama tgh sibuk update blog)





HuwAaaaaaaaaaaaa..............








Ha ini la reason why its so difficult for me nak memblog yer semua......(siap ada prove kat bawah).....









HuwAaaa dah pasrah mama tak nak angkat.......(hilang terus macho adik mama)



Finally ini la story about me Muhammad Shauqi Mikhail..........

Nanti kita jumpa lagi......Mama kata nak cerita pasal abang lepas nih tak pe adik pun ble menyelit jugak.







p/s: Tak sabar tunggu esok nak pi check up Mikhail. Nak monitor dah berapa weight darling sorang nih.












Saturday, 4 July 2009

Bye Mommy Aida


Ni hero 1st Aida, Aiman. sama jer macam Iqbal bila nak ambik gambar dia mula nak tutup muka yer.
Cheeky sangat.

Last Thursday I met with my old friend. Mem Aida. She so gorgeous forever even now with her 3 heroes. But to bad just met her for a few minutes only (tak sempat borak la we...). Her flight was that night.

She accompanied her husband working in Doha. Ala next time balik we meet again la yer.





Welcome back!

After almost 4 months, today mama back to blog. Eventho I did't update blog for a very long time but mama still spent time for friends blog. Baca orang punya blog jer. Got so many comment from friends and family especially my lurve one pun ckp "dah tak update blog ker?" simple answer from me "no time lorr".

But early morning today Mama with new vision (ayat tu) woke up and started to do something with "Jurnal to Remember". Here goes new look of my lovey dovey blog.

But before "we" (the whole family participated in choosing this layout tau) Iqbal choose this one. When mama published it looks like so crowded. Hmmm mama thinking to find something simple and nice for your eyes......

Tada.......

cun tak???..............

Cun la ni kan................

Ada aku kesah?...................

Sunday, 8 February 2009

MU @ KLCC



MU@KLCC,........hehe
Ape lah title tu? Anyone wants interprete it? Actually as our plan nak bawak two kiddos ni ke KLCC park tercapai jua akhirnya. Pagi Sabtu tu tercapai jua. Both of the boys wake up quite early and siap everything (those kids stuff yang taking a lot of time). Around 9.30am jugak keluar rumah headed to KLCC. Iqbal keep on saying dia nak pegi office papa tak nak pegi office mama. Huhuhu dia tak tau office mama ngan papa sharing the same entrance. Sampai jer parking kami bawak bebudak ke KLCC park.



jom adik kita swimming jom......

Seronok sungguh Iqbal kat playground tuh. He had a very wonderful time. Adik Mika mama dokong. Memerap jer tak mo letak langsung. May be sebab dia tak selesa ngan cuaca yang panas hari tuh. Lepas dah penat masuk Suria dan makan. Before 2 pm kami semua dah kat rumah nenek. Lepas ni bole la bawak lagi kan papa.



huwaaaa.......sini panas la abang


Cayang adik abang nih.....


Dah lepak2 rumah nenek lepas boys mandi (dah jadi rutin mama akan mandikan budak2 kat rumah nenek b4 balik) we went back to our rumah la.


Saturday, 7 February 2009

Picnic di hari raya

Hehe bukan our raya but sempena Chinese New year lepas we had the best moment with my big family. Ada four generation all together tau. Macam ramai jer kan. Actually just my tok (mak's mother), mak and abah, kami empat beradik except for Acu Aiman he had something else (dating ker?) papa & abang Non (mama's BIL). my sweetiey nieces and my heroes.

Berkelah memang aktiviti riadah kami sekeluarga. We don't have shopping mall at our area, so picnic is part of activities we had during weekend. Sejak kecik lagi mak tok ngan atok selalu bawak anak2 depa semua pi kelah samada sungai, kat air terjun or kat beaches even our rumah jauh dari pantai tau.

Ingat lagi abah bawak kami pi jungle tracking kat hujung kampung lepas berkelah tepi sungai kat situ. Siap abah tunjukkan kawasan kubur lama kat area kampung tuh di mana batu nisan nya adalah dari batu sungai. Di hujung kampung kami jugak ada bukit batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Pulai. Ada a few gua batu kapur kat situ. Tak pasti plak apa condition gua tuh sekarang.

Berbalik pada kisah berkelah kami kat Lata Bukit Hijau. kami memang selalu ke sini sebab rumah nenek kat area sini. Mak siap masak nasi, ulam2man, pindang ikan kembung dan sambal belacan. Kat sana mak tok bakar ayam dan ikan jer. Abah plak pegi berjala (Jala @ fishing net tu abah buat masa kat Manchester dulu tau. Siap pegi cari tali tangsi kat car boot sebab stok dah abih. Abanh managed siapkan juga jala tuh bila dah balik Malaysia. Gigih sungguh my abah kan.

Nak cerita juga kami penah kelah di sini dengan lagi bigger family members. Masa tuh arwah Pak cik masih ada. Will missed the moment with you pak cik. Abah ngan pak su dulu bekas tentera so depa penah masak nasi lemang masa tuh. That was the first time makan nasi lemang tau. Sedap bau daun pisang. Sekarang depa semua pun dah berumur. Dah tak dak usaha nak buat tuh semua lagi.

Budak-budak suka sangat berendam. Naik jer makan nasi sampai bertambah-tambah la. memang out la diet kalau berkelah nih. Mak ngan bapak budak lagi la. Makan sampai tak ingat yer walaupun menu sangat la simple. Abah balik berjala siap masak pindang terus ikan yang dia berjaya tangkap. Manis rasa ikan air tawar nih but banyak sangat tulang. susah nak makan.

Balik jer dari kelah kami ke Tanjung dawai beli ikan bilis. Murah dan berkualiti tu yang sanggup pi jauh2 tau.










Friday, 6 February 2009

Cerita Balik Kampung

Hooray after about 4 months kami had a very best time to balik kampung. Lepas raya Aidilfitri lepas kami tak berpeluang balik kampung so raya Cina kali ni kami sama2 menyibukkan jalanraya utk balik kampung. My kampung kat Baling Kedah. Iqbal pun seronok sangat. Raya cina kat on 26 Jan (monday) so, utk elak trafik yang sibuk we started our journey pagi Ahad 25 Jan. Jalan dah clear.

As usual we not gonna use PLUS high way 100%, Kami guna highway dari Rawang & exit Tanjung Malim, having the simple breakfast at Tanjung Malim food court, then guna jalan biasa ke Gopeng. Kami mmg pilih to use this route sebab tak bosan sangat. Dari Gopeng guna highway la sampai exit Kuala Kangsar. Then, dari situ guna jalan Kuala Kangsar-Grik melalui Lenggong. Sampai Grik nak cepat lagi kami guna jalan Grik-Balik melalui hutan tau. Kena hati2 betul guna jalan nih sebab banyak bukit and selekoh tajam.

Sampai kampung dah tengah hari apa lagi tak sabar la nak makan masakan mak kan. Mak tok, atok, angah, anjang, acu, kak izzah & kak Dina dah lama tunggu Iqbal and Mikhail tau.

At night plak we had the simple BBQ. kira sangat koboi ler sebab tak plan. Papa ajak adik2 ipar dia cari bahan. Angah bersihkan ayam & sotong while mama tukang merinate semua, then anjang plak do the BBQ.

Satu family besar Pak Mustafa ada lepak kat luar sambil BBQ sampai pukul 11pm jugak ler......
Seronok betul budak-budak semua.





Iqbal dan kak Iffah. Iqbal kurang ngam ngan kak adik ni tau may be sebab depa beza setahun jer. Kak Iffah tengah demam masa nih.


BBQ tengah disediakan oleh Anjang dan Acu.


Siap dan ready semuanya. Simple BBQ ada ayam, sotong dan sosej.


p/s: Papa kata dia plan nak organize BBQ everytime balik kampung. OK gak kan




Thursday, 5 February 2009

Bila rindu bertandang

Lama sungguh tak update blog nih. satu sebab utama nya lap top down ler (technical problem tuh). Actually I selalu update blog using laptop Acer. pastu ada problem ngan kipas nya. Asyik cepat jer panas at last dah down tak bole guna lagi. Huwaa.

we have another one cik putih apple saya tuh. kena do something ngan C*lcom nyer broadband utk dpt guna. Asyik lupa jer nak bawak gi celc*m akhirnya dah tak bole buat apa semlm baru hubby bawak kan. Thanks papa.

Hasilnya ni ha nak tanam azam semula la. Rajin mengupdate blog nih. Banyak aktiviti but tak banyak entry nak dia buat sbb kesuntukan masa as usual.

Banyak cerita Abang Iqbal and adik Mika nak mama share kan di sini hopefully I have energy utk buat semua tuh.

Masa mama tulis ni anak-anak and papa anak tengah layan movie spiderman kat bilik atas. Mama plak masih kat bawah nak prepare porridge utk my love Mika.

Dah lama sangat rasa mama tak share story pasal Mika. My cutey baby dah nak masuk 8 months this coming Monday. with weight around 6 kilos. tiny! yup he still tiny baby but don't worry he is healthy and sound baby. selera makan is good. dia suka porridge prepared by his big momma. (Will update with detail soon with the picture of course).

Abang Iqbal pulak he is so active. Everyday with different story from him. Macam hari ni dia bagitau kat school dia jadi 'ayah' masa mama dtg nak jemput anak-anakku ini. Then, mama pun tanya ler staff kat school tuh. Diorang cakap pagi tadi diorang main pakai uniform ada jadi doctor, cikgu and ada jadi ayah, mak and anak-anak. and my big boy jadi ayah ler. (bagus jugakkan ada aktiviti macam ni kat day care dia) Macam dalam 'Balamory' pulak rasanya.

Pastu rupanya Iqbal dah siapkan his own masterpiece tau. Dia colored no 1. Masa tuh cikgu Ana tanya mana no. 1 terus dia capai no tuh. rupa nya dia dah kenal no yer anak mama sorang nih. Actually kami as parent memang plan nak ajar but not too stress on those thing la. we guna cara main2. Rupanya dia cepat tangkap apa yang kita ajarkan. Hebat kan anak mama & papa nih.

p/s: papa dah panggil sebab dah time utk anak2 tidor. Biar mama menulis sampai pagi pun bole nih. Will update later.







Sunday, 4 January 2009

Lunch di Tahun Baru

Sempena cuti tahun baru kami yang tak der plan nak gi jalan2 jauh ni, tak der lain aktiviti makan jer la. Breakfast pagi tuh mama masak. then, for lunch ask papa to have lunch kat luar. Iqbal dok asyik mintak nak kek hapi berday. Siap tunjuk action tiup lilin. Kesian anak mama dok teringin tiup lilin tuh. So papa kata jom cari kek ler. Dah la anak kami ni susah betul nak makan.

Kami pun ke Bandar Baru Sg. Buloh. melalui Bandar Rahman Putra. Entah la tiap kali lalu jalan area kampung kat sini aku selalu doa one day aku mampu untuk punya banglo macam kat area sini or at least punya rumah corner lot yang luas kawasan tanahnya. Enough for my vegetable patch plan. Oh teringat aku ngan angah tanam sayur masa semester break kat kampung dulu. Memang ler tak sempat petik hasilnya sendiri but at least mak ada bgtau semua sayur tuh menjadi. Siap bole bagi pada jiran2 lagi.

Tapi apa pun aku tetap bersyukur aku punya rumah sendiri walaupun punya la jauh dari tempat aku mencari rezeki. Kami tenang di sini. dan aku rasa sini adalah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak2 kami. Aku dulu selalu merungut. (sekarang pun sebagai alasan sebab rumah ni pilihan papa). Tapi aku pikir balik kalau kita sabar pasti Tuhan akan membantu kita. Papa sebenarnya tak penah berungut langsung rumah ni jauh la. penat bangun pagi la, penat buat keja rumah la (papa seorang yg byk membantu keja rumah) drive gi keja la. So aku sekarang pun dah boleh terima tuh semua. Dalam diam mama bangga punya suami seperti papa.

Seriously, aku memang suka sangat dengan environment sini. Tenang especially hujung minggu dapat bukak tingkap pagi2 tu masa yang mama tunggu. Ada kabus tau pepagi kat area rumah kami nih.

Oh Ok balik cerita jalan2 cari makan tadi kami pun singgah ke secret recipe. Our fav banana chocolate cake utk Iqbal, tom yam kung noodle for papa, grill chicken black pepper for mama and puting kosong for Mika. Hihihi

Sebenarnya mama nak tom yam tuh sebab papa dah order yang tuh tak kan mama nak order sama kot so bila order kami sampai mama bodek papa. Hehehe at last tomyam tuh mama yang punya and papa makan grill chicken mama. Sedapppppp nyerrrr.




Yummy!!! tengok tuh tak sabar nak makan mata dah tak pandang camera.


Jemput makan semua. Papa memang tak sesuai makan tom yam udang tuh sebab papa ada resdung. Selalu gatal2 hidung. Huhuhu sukanya mama.



Dah bagi kek hepi berday pun tak happy lagi muka tuh. Mana la hilang nafsu makan anak mama nih. Pulangla.....



"Sayang adik abang long ni"


Bahagianya mama dan papa tengok. Semoga keakraban adik dan abang akan terus berkekalan.



Sayanyer order tak der ker mama. Puting kosong pun ok jugak saya lagi suka. ;)




p/s: Nak siap gi Tanjung Malim pulak nak tengok rumah angah. Pastu nak gi ambik baju mama tailor tuh kata dah bole siap hari nih. But adik Mika tidor lagi la.


****************************