Friday, 10 July 2009

Adik Mika Story Mory

The last time I loaded my darling Mika's pictures was a few months back. He is one year old now. (sat ja dah besaq) how's time flies. July last year was his expecting date, but Allah organized everything and He knows everything as well adik was delivered one month earlier. Adik only can say good bye to his twin Mukhriz and may rest in peace......

Today adik Mika can crawls everywhere...(dah start panjat2 some more). So active. Makan alhamdulillah he got appetite to taste any food. (crossing his eyes and terhidu dek his nose). pendek kata pantang nampak sungguh. Tapi apa bole buat dah namanya anak En Samsul. Both of them (Mika and Iqbal) slim melim macam papa yer. (tak sorang pun ikut mama yang tembon nih).

Ini la abang ngah........... eh belum lagi.......Adik Mika la.



Hello semua .....seronok tau gerak sana sini dalam walker nih.........



Allo mama.......dah satu rumah saya pusing tau.........




Adus dah penat la mama.....Bila mama nak angkat adik nih......






Mama.........





Mama tak dengar ke........... (mama tgh sibuk update blog)





HuwAaaaaaaaaaaaa..............








Ha ini la reason why its so difficult for me nak memblog yer semua......(siap ada prove kat bawah).....









HuwAaaa dah pasrah mama tak nak angkat.......(hilang terus macho adik mama)



Finally ini la story about me Muhammad Shauqi Mikhail..........

Nanti kita jumpa lagi......Mama kata nak cerita pasal abang lepas nih tak pe adik pun ble menyelit jugak.







p/s: Tak sabar tunggu esok nak pi check up Mikhail. Nak monitor dah berapa weight darling sorang nih.












Saturday, 4 July 2009

Bye Mommy Aida


Ni hero 1st Aida, Aiman. sama jer macam Iqbal bila nak ambik gambar dia mula nak tutup muka yer.
Cheeky sangat.

Last Thursday I met with my old friend. Mem Aida. She so gorgeous forever even now with her 3 heroes. But to bad just met her for a few minutes only (tak sempat borak la we...). Her flight was that night.

She accompanied her husband working in Doha. Ala next time balik we meet again la yer.





Welcome back!

After almost 4 months, today mama back to blog. Eventho I did't update blog for a very long time but mama still spent time for friends blog. Baca orang punya blog jer. Got so many comment from friends and family especially my lurve one pun ckp "dah tak update blog ker?" simple answer from me "no time lorr".

But early morning today Mama with new vision (ayat tu) woke up and started to do something with "Jurnal to Remember". Here goes new look of my lovey dovey blog.

But before "we" (the whole family participated in choosing this layout tau) Iqbal choose this one. When mama published it looks like so crowded. Hmmm mama thinking to find something simple and nice for your eyes......

Tada.......

cun tak???..............

Cun la ni kan................

Ada aku kesah?...................

Sunday, 8 February 2009

MU @ KLCC



MU@KLCC,........hehe
Ape lah title tu? Anyone wants interprete it? Actually as our plan nak bawak two kiddos ni ke KLCC park tercapai jua akhirnya. Pagi Sabtu tu tercapai jua. Both of the boys wake up quite early and siap everything (those kids stuff yang taking a lot of time). Around 9.30am jugak keluar rumah headed to KLCC. Iqbal keep on saying dia nak pegi office papa tak nak pegi office mama. Huhuhu dia tak tau office mama ngan papa sharing the same entrance. Sampai jer parking kami bawak bebudak ke KLCC park.



jom adik kita swimming jom......

Seronok sungguh Iqbal kat playground tuh. He had a very wonderful time. Adik Mika mama dokong. Memerap jer tak mo letak langsung. May be sebab dia tak selesa ngan cuaca yang panas hari tuh. Lepas dah penat masuk Suria dan makan. Before 2 pm kami semua dah kat rumah nenek. Lepas ni bole la bawak lagi kan papa.



huwaaaa.......sini panas la abang


Cayang adik abang nih.....


Dah lepak2 rumah nenek lepas boys mandi (dah jadi rutin mama akan mandikan budak2 kat rumah nenek b4 balik) we went back to our rumah la.


Saturday, 7 February 2009

Picnic di hari raya

Hehe bukan our raya but sempena Chinese New year lepas we had the best moment with my big family. Ada four generation all together tau. Macam ramai jer kan. Actually just my tok (mak's mother), mak and abah, kami empat beradik except for Acu Aiman he had something else (dating ker?) papa & abang Non (mama's BIL). my sweetiey nieces and my heroes.

Berkelah memang aktiviti riadah kami sekeluarga. We don't have shopping mall at our area, so picnic is part of activities we had during weekend. Sejak kecik lagi mak tok ngan atok selalu bawak anak2 depa semua pi kelah samada sungai, kat air terjun or kat beaches even our rumah jauh dari pantai tau.

Ingat lagi abah bawak kami pi jungle tracking kat hujung kampung lepas berkelah tepi sungai kat situ. Siap abah tunjukkan kawasan kubur lama kat area kampung tuh di mana batu nisan nya adalah dari batu sungai. Di hujung kampung kami jugak ada bukit batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Pulai. Ada a few gua batu kapur kat situ. Tak pasti plak apa condition gua tuh sekarang.

Berbalik pada kisah berkelah kami kat Lata Bukit Hijau. kami memang selalu ke sini sebab rumah nenek kat area sini. Mak siap masak nasi, ulam2man, pindang ikan kembung dan sambal belacan. Kat sana mak tok bakar ayam dan ikan jer. Abah plak pegi berjala (Jala @ fishing net tu abah buat masa kat Manchester dulu tau. Siap pegi cari tali tangsi kat car boot sebab stok dah abih. Abanh managed siapkan juga jala tuh bila dah balik Malaysia. Gigih sungguh my abah kan.

Nak cerita juga kami penah kelah di sini dengan lagi bigger family members. Masa tuh arwah Pak cik masih ada. Will missed the moment with you pak cik. Abah ngan pak su dulu bekas tentera so depa penah masak nasi lemang masa tuh. That was the first time makan nasi lemang tau. Sedap bau daun pisang. Sekarang depa semua pun dah berumur. Dah tak dak usaha nak buat tuh semua lagi.

Budak-budak suka sangat berendam. Naik jer makan nasi sampai bertambah-tambah la. memang out la diet kalau berkelah nih. Mak ngan bapak budak lagi la. Makan sampai tak ingat yer walaupun menu sangat la simple. Abah balik berjala siap masak pindang terus ikan yang dia berjaya tangkap. Manis rasa ikan air tawar nih but banyak sangat tulang. susah nak makan.

Balik jer dari kelah kami ke Tanjung dawai beli ikan bilis. Murah dan berkualiti tu yang sanggup pi jauh2 tau.










Friday, 6 February 2009

Cerita Balik Kampung

Hooray after about 4 months kami had a very best time to balik kampung. Lepas raya Aidilfitri lepas kami tak berpeluang balik kampung so raya Cina kali ni kami sama2 menyibukkan jalanraya utk balik kampung. My kampung kat Baling Kedah. Iqbal pun seronok sangat. Raya cina kat on 26 Jan (monday) so, utk elak trafik yang sibuk we started our journey pagi Ahad 25 Jan. Jalan dah clear.

As usual we not gonna use PLUS high way 100%, Kami guna highway dari Rawang & exit Tanjung Malim, having the simple breakfast at Tanjung Malim food court, then guna jalan biasa ke Gopeng. Kami mmg pilih to use this route sebab tak bosan sangat. Dari Gopeng guna highway la sampai exit Kuala Kangsar. Then, dari situ guna jalan Kuala Kangsar-Grik melalui Lenggong. Sampai Grik nak cepat lagi kami guna jalan Grik-Balik melalui hutan tau. Kena hati2 betul guna jalan nih sebab banyak bukit and selekoh tajam.

Sampai kampung dah tengah hari apa lagi tak sabar la nak makan masakan mak kan. Mak tok, atok, angah, anjang, acu, kak izzah & kak Dina dah lama tunggu Iqbal and Mikhail tau.

At night plak we had the simple BBQ. kira sangat koboi ler sebab tak plan. Papa ajak adik2 ipar dia cari bahan. Angah bersihkan ayam & sotong while mama tukang merinate semua, then anjang plak do the BBQ.

Satu family besar Pak Mustafa ada lepak kat luar sambil BBQ sampai pukul 11pm jugak ler......
Seronok betul budak-budak semua.





Iqbal dan kak Iffah. Iqbal kurang ngam ngan kak adik ni tau may be sebab depa beza setahun jer. Kak Iffah tengah demam masa nih.


BBQ tengah disediakan oleh Anjang dan Acu.


Siap dan ready semuanya. Simple BBQ ada ayam, sotong dan sosej.


p/s: Papa kata dia plan nak organize BBQ everytime balik kampung. OK gak kan




Thursday, 5 February 2009

Bila rindu bertandang

Lama sungguh tak update blog nih. satu sebab utama nya lap top down ler (technical problem tuh). Actually I selalu update blog using laptop Acer. pastu ada problem ngan kipas nya. Asyik cepat jer panas at last dah down tak bole guna lagi. Huwaa.

we have another one cik putih apple saya tuh. kena do something ngan C*lcom nyer broadband utk dpt guna. Asyik lupa jer nak bawak gi celc*m akhirnya dah tak bole buat apa semlm baru hubby bawak kan. Thanks papa.

Hasilnya ni ha nak tanam azam semula la. Rajin mengupdate blog nih. Banyak aktiviti but tak banyak entry nak dia buat sbb kesuntukan masa as usual.

Banyak cerita Abang Iqbal and adik Mika nak mama share kan di sini hopefully I have energy utk buat semua tuh.

Masa mama tulis ni anak-anak and papa anak tengah layan movie spiderman kat bilik atas. Mama plak masih kat bawah nak prepare porridge utk my love Mika.

Dah lama sangat rasa mama tak share story pasal Mika. My cutey baby dah nak masuk 8 months this coming Monday. with weight around 6 kilos. tiny! yup he still tiny baby but don't worry he is healthy and sound baby. selera makan is good. dia suka porridge prepared by his big momma. (Will update with detail soon with the picture of course).

Abang Iqbal pulak he is so active. Everyday with different story from him. Macam hari ni dia bagitau kat school dia jadi 'ayah' masa mama dtg nak jemput anak-anakku ini. Then, mama pun tanya ler staff kat school tuh. Diorang cakap pagi tadi diorang main pakai uniform ada jadi doctor, cikgu and ada jadi ayah, mak and anak-anak. and my big boy jadi ayah ler. (bagus jugakkan ada aktiviti macam ni kat day care dia) Macam dalam 'Balamory' pulak rasanya.

Pastu rupanya Iqbal dah siapkan his own masterpiece tau. Dia colored no 1. Masa tuh cikgu Ana tanya mana no. 1 terus dia capai no tuh. rupa nya dia dah kenal no yer anak mama sorang nih. Actually kami as parent memang plan nak ajar but not too stress on those thing la. we guna cara main2. Rupanya dia cepat tangkap apa yang kita ajarkan. Hebat kan anak mama & papa nih.

p/s: papa dah panggil sebab dah time utk anak2 tidor. Biar mama menulis sampai pagi pun bole nih. Will update later.







Sunday, 4 January 2009

Lunch di Tahun Baru

Sempena cuti tahun baru kami yang tak der plan nak gi jalan2 jauh ni, tak der lain aktiviti makan jer la. Breakfast pagi tuh mama masak. then, for lunch ask papa to have lunch kat luar. Iqbal dok asyik mintak nak kek hapi berday. Siap tunjuk action tiup lilin. Kesian anak mama dok teringin tiup lilin tuh. So papa kata jom cari kek ler. Dah la anak kami ni susah betul nak makan.

Kami pun ke Bandar Baru Sg. Buloh. melalui Bandar Rahman Putra. Entah la tiap kali lalu jalan area kampung kat sini aku selalu doa one day aku mampu untuk punya banglo macam kat area sini or at least punya rumah corner lot yang luas kawasan tanahnya. Enough for my vegetable patch plan. Oh teringat aku ngan angah tanam sayur masa semester break kat kampung dulu. Memang ler tak sempat petik hasilnya sendiri but at least mak ada bgtau semua sayur tuh menjadi. Siap bole bagi pada jiran2 lagi.

Tapi apa pun aku tetap bersyukur aku punya rumah sendiri walaupun punya la jauh dari tempat aku mencari rezeki. Kami tenang di sini. dan aku rasa sini adalah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak2 kami. Aku dulu selalu merungut. (sekarang pun sebagai alasan sebab rumah ni pilihan papa). Tapi aku pikir balik kalau kita sabar pasti Tuhan akan membantu kita. Papa sebenarnya tak penah berungut langsung rumah ni jauh la. penat bangun pagi la, penat buat keja rumah la (papa seorang yg byk membantu keja rumah) drive gi keja la. So aku sekarang pun dah boleh terima tuh semua. Dalam diam mama bangga punya suami seperti papa.

Seriously, aku memang suka sangat dengan environment sini. Tenang especially hujung minggu dapat bukak tingkap pagi2 tu masa yang mama tunggu. Ada kabus tau pepagi kat area rumah kami nih.

Oh Ok balik cerita jalan2 cari makan tadi kami pun singgah ke secret recipe. Our fav banana chocolate cake utk Iqbal, tom yam kung noodle for papa, grill chicken black pepper for mama and puting kosong for Mika. Hihihi

Sebenarnya mama nak tom yam tuh sebab papa dah order yang tuh tak kan mama nak order sama kot so bila order kami sampai mama bodek papa. Hehehe at last tomyam tuh mama yang punya and papa makan grill chicken mama. Sedapppppp nyerrrr.




Yummy!!! tengok tuh tak sabar nak makan mata dah tak pandang camera.


Jemput makan semua. Papa memang tak sesuai makan tom yam udang tuh sebab papa ada resdung. Selalu gatal2 hidung. Huhuhu sukanya mama.



Dah bagi kek hepi berday pun tak happy lagi muka tuh. Mana la hilang nafsu makan anak mama nih. Pulangla.....



"Sayang adik abang long ni"


Bahagianya mama dan papa tengok. Semoga keakraban adik dan abang akan terus berkekalan.



Sayanyer order tak der ker mama. Puting kosong pun ok jugak saya lagi suka. ;)




p/s: Nak siap gi Tanjung Malim pulak nak tengok rumah angah. Pastu nak gi ambik baju mama tailor tuh kata dah bole siap hari nih. But adik Mika tidor lagi la.


****************************

Wednesday, 31 December 2008

Sorotan Jurnal 2008

Jurnal to remember for the year 2008:

What we had gone through for the year 2008. This blog baru setahun jagung. Purposely for my family and my own self nyer jurnal. A few more minutes to year 2009. Setahun lagi kita melangkah. A lot of things we had experienced. Pahit manis terpaksa jua kita lalui.

Januari 2008:
We finally managed to adapt with our life in the UK. Still in the winter season just came back from Scotland. I am still in the early pregnancy. Happy with the vacation and the twin pregnancy. First time play with snow. Sikit jakun. Kampung saya tak der snow yer.......

Februari 2008:
Can't wait for Iqbal's Birthday Bash. Plan to have a big celebration but end up party with only three of us jer. I am still in the nausea sickness. Itu pun rajin gak memasak yer. Macam2 resepi I try. Wuih tu yang membesar bagai juara !!!

March 2008:
Our 3rd Anniversary. Ester Holiday ke Wales. Nice country surrounding with slate mountains. Dapat ipod shuffle dari papa. Now I still bring along dalam hand bag.

April 2008:
Masih lagi rajin memasak walaupun makin sarat mengandungkan twin.

May 2008:
Nenek Arrive from KL nak visit cucu n anak nyer. Papa went to Spain for the field trip.

June 2008:
Kegembiraan menyambut kelahiran Mikhail. You are healthy and sound baby. My tiny baby. Mama got to face the mix feeling kerana kedukaan meredhai pemergian arwah Muhammad Shauqi Mukhriz (Rinduku Mukhriz).

Julai 2008:
Mak tok dan atok sampai ke UK. seronok sangat mama at that time. Perjalanan ke London after 11 bulan di bumi Manchester.

August 2008:
Tiring month. Pack semua barang dah nak balik tanahair. Kalut ngan baby baru still sempat shopping.

September 2008:
Malaysia here we come. Alhamdulillah selamat sampai ke tanahair. 9th was my besday.

October 2008:
Menyambut Aidilfitri di kampung halaman mama di Kedah. Makan lemang mak dan abah with gulai daging mak.

November 2008:
Masa untuk kemaskan rumah. Renovation done. Bumbung dan lantai bilik which cost us dalam 11 ribu. Lantai kena tukar juga sebab parkey dah rosak akibat dari tangki air yang bocor sepeninggalan kami.

December 2008:
Hadiah tahun baru dari papa untuk papa, mama, Iqbal dan Mikhail. Hehe adalah...........

Lama betul la nak siap kan satu entry without gambar nih. Huh ini lah halangan dan rintangan yang terpaksa mama lalui sepanjang menulis blog untuk suka2 ini. Idea melimpah ruah tapi apakan daya masa dan tanggung jawap lain mengatasi segalanya.

InsyaAllah jika diizinkan Allah mama punya masa jua untuk mencoretkan jurnal keluarga kita.



p/s: Selamat Tinggal 2008. Selamat datang 2009M dan 1430H. Didoakan semoga anak-anak yang tengah membesar akan lebih kuat ketahanan badan. Sihat dan lebih berselera makan. (Susah hati betul bila anak2 susah betul nak makan) Apa lagi tips untuk tingkatkan selera makan anak2 yer.



*********************





Teman tapi mesra

Ni kira entry terkenang kisah lama. Actually tadi tengok2 gambar raya lepas. Then come across gambar2 nih. Rasa nak blog la pasal dorang ni. Mereka ini adalah sahabat karib ku. Jom kita kenal dorang.

For the first time ever in this blog present to you Shida. or nama penuh dia Noor Shida bt Mohd Hazam. Dia kawan sekampung I tau. Kami kira membesar together la. We know each other and our family pun kenal sesangat. We share everything. Kiranya semua cerita suka duka zaman kanak-kanak and remaja kami tersimpan dalam poket masing2. Kami penah tidur sebantal (sebantal??? eh no sebilik yer) and makan maggie sesama tau. Balik sekolah pegi jalan ke sungai. Main dengan kawan sekampung yang lain. Shida ni kira ratu kat kampung dulu. Menjadi rebutan pemuda kampung. Heheheh. Kalau la dia baca ni jangan marah yer.

Shida and the kids. the girl is her niece anyway. Juadah raya sebab masa ni kan raya lagi yer.


Muhammad Shafique Iqbal, Muhammad Danish Haikal & Muhammad Duranni Haziq (Hush nama anak2 sekarang too long but nice and meaningful)

Seronok sangat zaman kanak-kanak. Pagi ke sekolah, petang sekolah agama. Balik terus tukar baju jalan dan main kat kampung belakang. Happening nya hidup. Tak der rasa penat pun. Bila dah remaja kami sama2 keja lepas SPM. (walaupun di halang keras oleh abah pada masa tuh, sebab abah takut I akan hilang minat nak sambung belajar lagi). Abah tak tau anak dia ni cita2 besar. :)

Dah dapat sambung belajar kat UKM life of course makin happening. SS Club still remember? Member of the club Syikin, Bibi Iklima & Ad. We all not the person who really active with college or fac nyer activity but we have our block nyer activity. but after all we still have place in the college for 3 years tau. Lucky us.


Me and kids, Syikin & Balqis, Bibi & Damia. Picture taken by Mr. Papa.


So, last Aidilfitri I managed to meet the three of my best friends except for Ad (dia jauh kat pantai timur). Very happy eventho the time very limited. Shida of course we met at our hometown. Shida, she's married with 2 kids (Danish and Haziq) and now she settle down at Malacca.

While the other two friends I met during Syikin's open house purposely for us kan. Syikin with R*nhi*l, Bibi plak teacher cum master's student tau. Gigih sungguh la this lady. She so lady like and sangat rajin OK. Hihi seronok met with the kiddos jugak. Syikin and kids (Balqis & Baslan). Bibi plak ngan Damia. and of course with their hubby jugak. makin meriah bila sekarang anak2 pun dah ble berlari2.

Last time when we on the way back from Malacca dapat jumpa Shida lagi. tapi sorry untie tak bawak buah tangan pun. Too bad kan. Bole terlupa. InsyaAllah next time yer.

p/s: Hopefully we can meet again next year. I pray for happiness to all my family and friends.

Tuesday, 30 December 2008

One mission completed

Dah lama bebenor looking for something to place all my handbags. Tak der la beg mahal pun. And tak der la banyak sangat pun begnya. But still my handbag collection. My hubby dok bising ada bag tapi asyik guna satu tuh jer. Hhiii sebenarnya tak sempat nak tukar-tukar beg ler papa. Lagi plak tak nampak la ada beg2 tu semua sebab beg2 tu dalam kotak la, kat bilik lain la. Kiranya sepah2 la.

Pastu kan ada la ke rumah angah hari tu tengok semua handbag dia place kat shelf ni. macam menarik gak. I nak jugak la kan. So semalam cuti tahun baru Islam kan so after zuhur we went to IKEA ler nak jugak beli itu shelf. Murah jugak RM59 jer.


Ni la dia bentuk shelf tuh ha. simple jer. Ada plak belakang pintu bilik ni sudut sesuai utk benda alah ni. So menetap ler shelf ni di situ yer.


Lepas ni tersusun ler semua beg yang sebelom ni sepah2 yer. Mama pun ble la senang tukar2 beg (if rajin) sebab semua beg dah nampak depan mata. kui kui kui.

Tarraaa. ini lah resultnya la. Collection beg untuk dijual. Hihi ada ker yg sudi belinyer. Siap ada beg from ASDA tuh. kira beg penyelamat mama masa kat airport hari tu. if tak der beg ni harus kena tinggal some of our stuff tau.


p/s: Bosan nyer. I am on leave until new year but my hubby keroja. huhuhu tak ble plan gi jejalan pun. But I can spent time with my 2 heroes.




Friday, 26 December 2008

Adik demam pulak

Kesian adik Mikhail tak sihat demam batuk selesema. All in one. Tadi ke klinik adik kena pakai inhaler tuh. Menjerit dia tak mo mintak dibebaskan. Alahai berdrama la anak ku ni. Balik rumah bagi makan ubat pun sama. Dari abang ssampai ke adik cukup payah makan ubat. tapi kan si abang masa adik makan ubat siap pegang kaki adik cam mama buat kat dia masa dia makan ubat. Mama doakan adik cepat sembuh yer.

Monday, 22 December 2008

Adussssssss

Oooouuuwwwhh....
Its the time to say good bye. To whom? :)
to my wisdom teeth.


Ni gigi yg sihat yer. mine dah rosak ler.


Actually last Thursday I went to see the dentist for oral check up. Dah lama sesangat tak gi jumpa dentist. At first place just nak check up ler at last panjang plak ceritanya. 2 of my wisdom teethes dah rosak. The dentist plannyer nak tampal la. At the end no solution kecuali ca-bu-tttt.

Huh seram gak becoz tis is my first time facing with the problem. Sebelum ni cuma tampal jer and penah wat root canal nyer treatment but not removal. Oh! No....tak nak cabut hari tu la.

So, today lepas pikir panjang during the weekend tuh I pun ngajak papa gi jumpa dentist kat rumah and nak surrender la today. So hasilnya cabut la satu of my wisdom teeth kanan bhgn atas. kecut gak den. Tapi ok la tak der sakit sangat kecut jer yg lebih. (kawan2 beranak lg skit lor).



p/s: Huhuh nanti ada satu lagi gigi utk jadi korban. Tadi gi Tjg Malim sbb I dpt MC for 2 days. Visit my sis and tempah bj kurung kat tailor biasa. huh dah mahal gak kurung pahang RM38 but if kain lembut RM44. Mahal ker?? Ada ker tempat yg lagi murah upahnyer.




Sunday, 21 December 2008

Aktiviti hujung minggu

Angah was here. Overnight at our home. Friday morning she went for shopping for her up coming project. Let her do the story telling ok. Saturday morning plak mama and papa took Baby Mikhail to see Dr. Musa at DSH. Sampai pun dah lil' bit late kena la tunggu yg sangat lama. Abang Iqbal angah pinjam. hihih dorang went to our cousin's house for her kenduri rumah baru. Adik ambik dua injection this time Hipetitis B and pneumococoal.

Lepas jer ambik jab tu we set place to meet abang Iqbal since angah have to go back to TM (ader keja katanya). Abang Iqbal dah tertidor rupanya. So tired la tuh. so we headed to KL plak. Dah lama tak bawak this 2 kids ke KLCC. Dalam car Iqbal dah bangun and keep on tunjuk Tower 1 as office papa and Tower 2 tu office mama. hihih apa2 la abang Iqbal ni kan.


After we had our late lunch we went to Aquaria. seperti plan asal kami. kena pegi before Iqbal cecah 3 yrs kata papa sebab dah 3 yrs and above kena tiket. HIhihi kedokut nyer statement. Actually we all really excited tau. looking forward nak gi situ. But baby Mika was asleep masa Aquaria tour tu. Tiket kena RM22 for aldult tu lepas discount utk P*tron*s staff.








Seronok sangat dalam Aquaria. mama yang dah penat pun excited sgt. especially tour kat underwater tu. nampak shark yang comel. hihihi snap picture but without flash so gambarnya golap ler. Macam2 tau. Nanti if baby Mika dah besar kita datang lagi yer papa. Hopefully the price is still the same.



p/s: byklagi nak update nih. hmmmm



Monday, 8 December 2008

Selamat Hari raya Aidil Adha


Seronok jugak menyambut raya korban di rumah sendiri nih. This is our first time celebrate raya in our home sweet home tau. The most busy person of course ler the mama. Since yesterday evening mama already prepare juadah for raya. Rendang daging ala Mak-Siti. Hihi. Plan asal nya mama siap nak balut ketupat palas. beras pulut dah beli but daun palas nyer tak der. Apa kes? Itu la orang gi pasar early morning ni kami gi pasar lepas lunch, boleh? Banyak barang cam dah abis nasib ler daging dah beli earlier. pastu rebus ketupat mini dan beli jer ketupat palas 20 biji. Cukup ler.....

Selamat Hari Raya korban buat semua yer.

Papa gi sembahyang raya sorang due to sapa nak jaga the boys kan. so mama kat rumah mandikan the boys early morning then adik sambung tido while abang plak lepak depan tv ler, mamanyer kat dapur rebus ketupat tambahan untuk bawak ke rumah nenek kejap lagi. Papa balik jer we all terus gi Kepong ke rumah nenek. Tapi cuaca not so good. It was raining all day. Sojuk ler jawapnya.

Kat rumah nenek ada mak long, pak long and kak hada. Iqbal main ler ngan kak hada. Mak long masak nasi ayam and nenek masak laksa utara. Dah memasing kekenyangan kami pun balik rumah ler. Hujan lagi kat luar tuh....

While mama blogging the elder hero tengah main PSP (budak skg umor tak sampai 3 thn dah terrer main game tau-dah ler ckp pun pelat lagi tau). Adik plak tengah nenen. heheeh 2+1 kan.





ooowhh esok dah keja.....





Sunday, 7 December 2008

Latest project

Dah almost one month our boxes sampai, tapi kan still unpack lagi sebab we don't have enough space utk letak itu barang. Actually barang nyer tak der la banyak pun. ciput jer but still need proper place jugak kan. End up last Monday we went to furniture shop hunting for cabinet. We looking for a very simple but elegent style for our display cabinet. Yer la barang nak display pun bukannyer banyak kan. (Actually kat UK dulu ada tengok Italian bagai but tak memenuhi cita rasa ler rasa cam mak datin sangat).

So, present to you our latest project.............


Semua ni collection masa kat UK dulu. Sikit-sikit ja. main susun jer janji ble buang dah suma kotak. Yer la hasil kerja dari seorang yang keras tangan.





p/s: Angah itu pasal kami tak dapat balik kpg budget dah abih kat benda alah ini. kui kui kui. Alasan nak sedap kan hati yer tuan2. Pagi tadi dengar jiran bising2 ropernye dorang tengah siapp nak balik kampung. huwaaaa. tak per kita raya kepong..... (sedapkan hati laggi) don't forget to bring lemang mak tau.





Saturday, 6 December 2008

Update terkini!!!!

Salam
Hmm dah lama betul tak blogging. The reason is too busy with daily routine as been mentioned in the passed entry and no internet access in our home sweet home. Tak syiok ler guna office nyer kan. Actually dah lama papa Sam called the TM agent utk pasang kan str*am*x. Tapi kan rupanya at our block certain area tak der fix line lagi. Then sgt ler lama nak tunggu TM pasang kan line bagai. End up we went to Celc*m register for the broadband. Huh jadinya secara resmi we have the internet already. But if still tak update itu sebab mim-alip-lam-alip-sin ler.

Isnin nih dah nak raya haji. Hmmm actually mengikut plan papa Sam kali ni we ol akan beraya di home sweet home jer. Sebabnya we don't have cuti lagi ma. Balance cuti papa nak digunakan utk event lain. Tunggu........

Mak tok and atok dah tepon tanya I balik ker raya nih. Huhuhu tak balik ler macam dah muktamad jer. Cam tak der talian hayat jer lagi. Balik Kepong ler raya haji nih. Beraya rumah nenek. But mak tok and atok will come to our house lepas raya nih. Syiok tu.......

Ok la I nak ucap kan Selamat hari raya korban to all. Berkorban apa saja. Selamat bercuti and hati-hati di jalan raya.



p/s: For those in the UK seronok yer masing2 post masa snow.

Wednesday, 12 November 2008

Cerita anak

Iqbal budak baru baik demam.
Ngantuknyer saya kena bangun awal di hari Ahad nak hantar mak tok ngan atok balik kampung.

Curi-curi masa kat office nih. Nak jugak masukkan gambar terbaru my 2 heroes. Tu pun export dari angah nyer blog. Thx yer. Iqbal the cheeky boy and Mikhail the cutey baby. Sepeninggalan mama ke office dorang ni tinggal di Nursery Tunas Husnina, BTP. Starting from 6.25am to 6.10pm. Huwaaa almost 12 hours jugak ler ditinggalkan. Apa bole buat mama have to work for both of you jugak kan.




Tahu tak mama always ajar abang long a.k.a Iqbal untuk doa cam ni "Ya Allah ya Tuhanku beri lah papa kami kaya supaya mama tak payah kerja lagi" Amin. Hiihi. Sweet kan dia pun amin kan doa tuh. Suka tengok and excited sangat bila dah petang gi jemput dua beradik nih. Dua-dua tengah tunggu kat luar. Si abang sure la tengah main ball while si adik plak duduk kat 'mak cik' (yg handle adik ler). Nampak jer car papa abang dah excited dah. adik pun sama tersengeh2 bila mama ambik and tegur-tegur dia tau.




Inilah nasib anak-anak sekarang terpaksa ditinggalkan demi mencari rezeki. (Really miss my life in the UK). For those who still kat UK tuh please appreciate every moment you spend with your family there. Dah balik Malaysia dah tak dapat dah..




Last 2 weeks Iqbal kena food poisoning + batuk selsema. Now dah recover. kesian sangat dia sampai tinggal tulang sebab tak mo makan. Nasib ada nenek jaga seminggu and mak tok dtg KL sebab nak jaga cucu yang sakit. ALhamdulillah dah berselera dia. Suka tengok dia makan sekarang. Adik plak batuk yang berkahak tuh tak baik-baik lagi nih. A few times we went to clinic already. Harus ke pead juga ler nanti. but when? Huh tak sempat sungguh.



Tuesday, 11 November 2008

Cerita pasal diri sendiri

Entry tak bergambar yer....
Huh. everyday asyik tension jer bila tengok diri sendiri kat depan cermin. Umur muda lagi tau baru 28. Hehehe tapi dah kena lupakan baju2 orang muda. Geram betul. Badan nih nak naik cepat jer. Tapi nak turun punya la siksa. Last masa pregnant naik sampai 93 kilo, Lepas deliver turun lah ke 83 now turun sikit lagi ke 74. banyak gak kan. tapi nak turun lagi banyak...boleh? Malam tak leh skip makan ler sebab Mr Sam kuat makan. Nampak jer slim mlim tapi makan boleh tahan tau dia. Sekarang tengah nak start diet balik. Harap-harap kali ni menjadi. This time ngan supervision seseorang. Doakan lah yer.
Apa la mukadimmah panjang betul. Lama tak update blog ini. busy sungguh terkejar kejar bila dah start kerja nih. Nak tau rutin harian ku....
5.00am: Wake up call
5.15am: Betul2 nyer wake up
5.30-5.45am: Siap kan baju & keperluan anak2 ke nursery.
5.45-6.20am: Siapkan diri sendiri ke office. Masa ni la nak pilih baju, iron, mandi, solat, make up sikit (most of the time skip ler this part)
B4 6.30am dah keluar rumah ke nursery and headed to KL.
7.30am-5pm: Office ler
5.00-6.30pm: bertolak balik......reach home ambik anak2.
7.00pm-8.00pm: Berkerja kat dapur. Masak for dinner. Very the simple. But if malas pasar malam or kedai jintan manis jer alamatnyer.
8.00pm to 10.00pm: mandi solat makan main anak susu anak suap anakbasuh kain ( tak payah sidai, Mr Sam akan uruskan sidai & lipat kain) cuci botol susu n pam. dah pancit baring ler jawapnya sambil susukan Mikhail. At last ter lelap. Sam atau Iqbal akan kejutkan naik bilik n tidor. Huh boring n tak happening betul routine harian ku.
Kawan-kawan cam ner nak happeningkan life kita nih??? Cam masa kita cuti dulu??? Apa kita nak buat hah???? Any idea?????

Tuesday, 14 October 2008

Rindunya blogku ini

Oh lama nya tak memblog. windu windu i pinky blog nih. Dah start keja dah mula la busy. Huk miss my day with anak2 mcm masa kat UK dulu. Sekarang every morning bersilat siap barang anak then rush ke office. Oh sungguh tak happening pun. Masa rasa sempat baca jer tak der masa nak update blog. ni pun curi2 kena kejap jer nih. Tunggu streamix la kat rumah.. Tapi ada masa ker haku nih????