Hehe bukan our raya but sempena Chinese New year lepas we had the best moment with my big family. Ada four generation all together tau. Macam ramai jer kan. Actually just my tok (mak's mother), mak and abah, kami empat beradik except for Acu Aiman he had something else (dating ker?) papa & abang Non (mama's BIL). my sweetiey nieces and my heroes.
Berkelah memang aktiviti riadah kami sekeluarga. We don't have shopping mall at our area, so picnic is part of activities we had during weekend. Sejak kecik lagi mak tok ngan atok selalu bawak anak2 depa semua pi kelah samada sungai, kat air terjun or kat beaches even our rumah jauh dari pantai tau.
Ingat lagi abah bawak kami pi jungle tracking kat hujung kampung lepas berkelah tepi sungai kat situ. Siap abah tunjukkan kawasan kubur lama kat area kampung tuh di mana batu nisan nya adalah dari batu sungai. Di hujung kampung kami jugak ada bukit batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Pulai. Ada a few gua batu kapur kat situ. Tak pasti plak apa condition gua tuh sekarang.
Berbalik pada kisah berkelah kami kat Lata Bukit Hijau. kami memang selalu ke sini sebab rumah nenek kat area sini. Mak siap masak nasi, ulam2man, pindang ikan kembung dan sambal belacan. Kat sana mak tok bakar ayam dan ikan jer. Abah plak pegi berjala (Jala @ fishing net tu abah buat masa kat Manchester dulu tau. Siap pegi cari tali tangsi kat car boot sebab stok dah abih. Abanh managed siapkan juga jala tuh bila dah balik Malaysia. Gigih sungguh my abah kan.
Nak cerita juga kami penah kelah di sini dengan lagi bigger family members. Masa tuh arwah Pak cik masih ada. Will missed the moment with you pak cik. Abah ngan pak su dulu bekas tentera so depa penah masak nasi lemang masa tuh. That was the first time makan nasi lemang tau. Sedap bau daun pisang. Sekarang depa semua pun dah berumur. Dah tak dak usaha nak buat tuh semua lagi.
Budak-budak suka sangat berendam. Naik jer makan nasi sampai bertambah-tambah la. memang out la diet kalau berkelah nih. Mak ngan bapak budak lagi la. Makan sampai tak ingat yer walaupun menu sangat la simple. Abah balik berjala siap masak pindang terus ikan yang dia berjaya tangkap. Manis rasa ikan air tawar nih but banyak sangat tulang. susah nak makan.
Balik jer dari kelah kami ke Tanjung dawai beli ikan bilis. Murah dan berkualiti tu yang sanggup pi jauh2 tau.



