Friday, 18 April 2008

Lunch Masakan Kampung

Ni cerita hari minggu lepas. Ahad pagi tuh kami ke Openshaw market. Hajat hati nak cari kain cotton yang Syikin, bestfriend mama pesan tuh. Sambil tuh nak ler cari sleeping mat for twins and plastic lapik meja. (Almaklumler orang jauh nak datang). Dulu masa first time datang mama pernah nampak suma tuh ada jual kat sini. This time tak der plak. Kechiwa jugak la. At last I got my new jumpers. Hehehe. Murah jer 5 pound. ble buat pakai gi spital nanti. hehehe.

Balik dengan hati yanga agak keciwa, mama pun decide la nak masak2 special sikit hari nih. Best jugak sebab semua bahan memasak mmg ada cukup. mula la start project kat dapur sempit tuh. Start dengan siang ikan. Ha ayam plak papa yang tolong siangkan. Papa pun dah rajin menolong mama di dapur sekarang. Dah bole siang ikan and ayam ler. Untuk jadi chef belum ler lagi. :)

So, ini la juadah tengah hari for that day lah. Ada ikan bakar Lenggong, Ayam goreng gajus Mantin, Ulam bendi dan terung rebus dan yang best ada air asam mama. (Nama2 resepi diberi sempena teringat makan lauk2 tuh kat sana. Hehehe)

Ikan Bakar Lenggong:
1 ekor ikan sea bass (siang dan bersihkan)

Sambal
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji cili kering
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.

Semua bahan dikisar dan di tumis dah masak sambal sapukan pada ikan. Lapik alluminium foil ada daun pisang lagi best nih, letak sambal sikit dulu then letak ikan. pastu sapu sambal pada keseluruhan ikan. Bakar dalam oven jer nih. Dah masak cicah ngan air asam.

Ayam goreng gajus Mantin

2 ketul dada ayam ( potong dadu)
1 sudu besar tepung jagung
gula
garam
semua bahan di atas digaul bersama
gajus di goreng dengan minyak hingga kekuningan angkat dan asingkan.
goreng bahan gaul hingga masak angkat dan toskan

tinggal 2/3 sudu minyak dalam kuali gorengkan bawang besar, bawang putih (cincang), masukkan sos tiram dan sedikit air. dah agak pekat masukkan ayam dan gajus tadi. dah siap.

1 comment:

Mommy Lily said...

salam perkenalan mas...

iuhh seronoknye dok oversea yee..? mami tk pernah jejak kaki ke sana tau

thank you dtg blog mami. nanti singgah2 la lagi yee